Setiap kali membeli ubat di farmasi, kadang-kadang nak tergeliat lidah juga bila cuba nak sebut nama ubat. Sama ada ianya terlalu sukar disebut (contohnya Xeljanz (ubat sendi)) atau manfaat ubat itu sendiri (kelebihan Viagra untuk orang lelaki). Jadi, bagaimana sesebuah ubat itu diberi nama?

Agaknya orang fikir nama ubat-ubat ini dipetik macam perkataan rambang. Hakikatnya, setiap ubat yang ada di pasaran mempunyai tiga nama iaitu nama komponen kimianya, nama komersial dan kod nama ubat yang didaftarkan. Ia seperti mempelajari Bahasa Inggeris berdasarkan akar perkataan. Contohnya, jika anda tahu bio bermaksud kehidupan dalam Bahasa Yunani, anda juga tahu erti perkataan seperti biologi dan biografi.

Orang Jerman pasti mengamuk kalau nama ubat mereka ialah mist. Betul, mist bermaksud kabus dalam Bahasa Inggeris tetapi dalam bahasa mereka, ia bermaksud tahi. Busuk!

Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika melibatkan bahagian komersial firma pembuat ubat. Pihak pengurusan pastinya mahukan nama yang popular dan mudah dikenali di pasaran. Tetapi pada masa sama, nama yang dipilih mestilah tidak mempunyai maksud yang negatif termasuk menghina individu atau kumpulan tertentu. Misalnya, nama mist bermaksud kabus dalam Bahasa Inggeris tetapi dalam Bahasa Jerman, ia bermaksud tahi.

Atas sebab itulah, bagi memuaskan hati pengurusan syarikat pembuat ubat dan agensi kawal selia ubat di pelbagai negara, bahagian kreatif dan strategik syarikat akan memikirkan RATUSAN nama untuk SATU UBAT. Ya, untuk SATU UBAT sahaja. Kos untuk semua ini boleh memakan ratusan ribu ringgit dengan keseluruhan proses mengambil masa dua hingga tiga tahun kecuali untuk ubat Covid-19.

Setelah itu, senarai tersebut akan dipendekkan beberapa kali sebelum diluluskan oleh pihak pengurusan dan agensi kawal selia ubat seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA). Kebiasaannya, nama yang dipilih ada kaitan dengan ciri biologi ubat berkenaan. Contohnya, ubat melanoma Zelboraf merujuk kepada molekul yang menghalang gen BRAF.

Ada pula yang menamakan sesetengah ubat dengan harapan dapat mengusik emosi pengguna. Misalnya, ubat Advair yang diberi kepada penghidap lelah dan penyakit penghalang pulmonari kronik diberi nama sedemikian kerana dapat membantu penggunanya mudah bernafas. Sementara Viagra pula merujuk kepada kekuatan batin yang diperoleh seorang lelaki bagi mengatasi masalah tenaga batin yang lemah.

Siapa sangka nama pelukis Perancis, Henri Matisse jadi inspirasi kepada nama ubat bulu mata Latisse.

Sesetengah syarikat pembuat ubat lebih kreatif dengan menggabungkan dua nama bagi menghasilkan nama yang unik. Misalnya, ubat Latisse yang digunakan untuk merawat masalah bulu mata yang sedikit merupakan gabungan dua nama. La merujuk kepada eyelash (bulu mata dalam Bahasa Inggeris). Sementara Tisse pula diambil daripada nama pelukis terkenal Perancis, Henri Matisse.

Tetapi bagaimana pula dengan ubat biasa? Kebiasaannya, ubat ini diberi mengikut suku kata tertentu yang disusun bagi menyampaikan maklumat kimia atau bagaimana ubat ini bertindak. Contohnya, mana-mana ubat yang berakhir dengan suku kata -vir merujuk kepada ubat antiviral. Manakala suku kata -mab pula merujuk kepada mana-mana ubat kanser.

Yang pasti, selepas nama ubat diserahkan kepada FDA, semua aspek akan diperiksa termasuk perundangan. Salah satu aspek yang dinilai ialah sama ada pengeluar ubat mendakwa ubat mereka mampu menjadi penawar atau tidak. Sebab itu, tiada satu pun nama ubat farmasi tidak mengandungi perkataan ‘sembuh’ atau ‘penawar’. Tapi geng penjual ubat tertentu termasuk yang menunggang sentimen agama peduli apa, janji apa saja asal duit masuk dalam poket.

Setelah itu, barulah ia diberi kelulusan dan syarikat boleh menjualnya di pasaran. Tetapi ada ketikanya, nama ubat boleh diubah sekiranya ia mencetuskan kekeliruan dalam kalangan doktor dan pesakit. Contohnya, ubat pedih ulu hati Losec terpaksa ditukar nama kepada Prilosec pada 1990. Ini selepas nama Losec amat hampir dengan nama ubat diuretik Lasix.

Pertukaran nama ubat sebegini pada mata kasar merugikan pendapatan syarikat pembuat ubat. Tetapi dengan berbuat demikian, ia mencegah lebih ramai pesakit daripada mendapat ubat yang salah untuk rawatan mereka dan membantu mereka cepat pulih.

Nama Pfizer kini sinonim dengan vaksin Covid-19.

Seperti jenama-jenama produk di pasaran, pengguna juga sudah tahu ubat mana yang terkenal di pasaran. Contohnya untuk parasetamol, nama Panadol sudah pasti yang paling popular. Sementara Viagra terus menjadi sebutan di sebalik kemunculan ubat-ubat penyakit batin di pasaran. Manakala untuk vaksin pula seperti vaksin Covid-19, nama Pfizer dan AZ (singkatan untuk AstraZenecca) menjadi sebutan.

RUJUKAN

Colino, S. (2022, 10 Jun). How drugmakers come up with evocative brand names like Viagra and Lunesta. National Geographic.

Boyle, R. (2013, 23 April). FYI: How Does A Drug Get Its Name?. Popular Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply