Ramai orang suka permandangan pantai sampai sanggup memandu jauh semata-mata untuk menikmati keindahan alam. Ombak dengan setia menyisir pasir dan batu tepi pantai selama jutaan tahun.

Bagi yang tertanya-tanya, ombak terjadi kerana daya daripada angin pada permukaan. Tenaga angin menyebabkan pergerakan air dalam bentuk bulat (George, n.d.). Jadi ombak membawa tenaga angin sebenarnya – bukannya air pun. Air tetap ada di situ, dibentuk angin.

Tenaga angin mengambil kira tentang kelajuannya dan juga keluasan laut. Angin yang meniup 55.6 kilometer sejam pada permukaan air 1,000 kilometer akan menyebabkan ombak sebesar 0.7 meter. Tetapi jika angin sama meniup pada permukaan sama selama 48 sama, maka saiz ombak akan melambung 10.5 meter.

Jadi semua faham bab hubungan alam ini. Ombak tidak terjadi dengan satu faktor sahaja. Angin lebih laju dengan permukaan air lebih kecil – maka bergelora habislah jadinya.

Kena bayang sendiri. Tiang sebagai penanda ketinggian manusia.

Walau bagaimanapun, ada kalanya alam mengambil kira faktor-faktor sampingan seperti ribut taufan (masih angin) dan pencairan ais kutub.

Itulah sebab entah dari mana tiba-tiba saja permukaan laut beralun sampai melambung ombak setinggi gunung (Vaughan, 2019). Barangkali tenaga angin daripada tempat jauh yang dibawa ke tempat timbulnya ombak tinggi.

Jadi sekarang kita berbincang macam mana tsunami terjadi.

Pengaruh Bangsa Yang Menyumbang Pada Sains

Perkataan tsunami diserap daripada bahasa Jepun atas faktor sejarah. Negara ini selalu diheηtαm ombak tsunami. Perkara ini sentiasa berlaku sejak zaman Paleolitik lagi seperti terbukti di kampung Noda yang terletak di pesisiran Sanriku (Inoue, et al., 2017).

Manusia sudah mendiami Jepun sekurang-kurangnya sejak 30,000 tahun yang lalu (Hudson, 2009). Semakin lama mereka membina sebuah tamadun yang menjadi negara Jepun hari ini. Tamadun ini sentiasa merakam kejadian tsunami, yang bermaksud “ombak pengkalan” dalam bahasa tempatan.

Gambaran digital.

Belek saja lembaran sejarah. Gempa Bumi Hakuho-Nankai pada tahun 684 menyebabkan tsunami yang menenggelamkan kawasan sebesar 500,000 shiro (30,000 kilometer persegi).

Teruk sebenarnya. Kalau letak saiz ini pada peta Malaysia, tenggelam habis Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Itu pun ada baki sekitar 4,000 kilometer persegi yang dinaiki air.

Banyak gempa bumi dan tsunami dicatat bangsa Jepun sejak hari itu. Maka pengaruh ilmu ini menyumbang nama “tsunami” yang diguna dunia.

Proses Kejadian Tsunami

Lambungan ombak jenis tsunami sudah tidak normal. Maka puncanya bukan pasal tenaga angin. Rakaman sejarah Jepun bercerita pasal dua kejadian yang berkaitan antara satu sama lain – tsunami dan gempa bumi. Perlu ada gempa bumi untuk melambungkan tsunami.

Tetapi prosesnya tidak semudah itu. Mekanisme kejadian tsunami bergantung pada gangguan laut (Haugen, et al., 2005). Maksudnya apa-apa jua gangguan boleh menyebabkan tsunami, seperti keruntuhan dasar laut (tanah runtuh), letusan gunung berapi dan pergerakan ais glasier (Margaritondo, 2005).

Alam saintifik sekarang sudah rumit. Kalau 100 tahun dahulu, saintis pakat mencari jawapan mudah: ini sebab gempa bumi. Tetapi sekarang letusan gunung berapi sendiri menyebabkan gempa bumi. Jadi jika tsunami berlaku, apa puncanya?

Kejadian gempa… atau letusan gunung berapi? Kebiasaannya, memang gempa bumi jadi punca utama. Kerana dasar laut bergerak dan menggerakkan air di atas.

Bercakap pasal tsunami, mesti kejadian tahun 2004 dikenang balik. Puncanya adalah kerana gempa bumi, yang melambung air setinggi 30 meter.

Seramai 230,000 orang pergi buat selamanya, sekali gus menjadikan tsunami ini paling dαhsyαt dalam sejarah.

RUJUKAN:

George, A. (n.d.). What causes waves in the ocean? New Scientist.

Haugen, K., et al. (2005). Fundamental mechanisms for tsunami generation by submarine mass flows in idealised geometries. Marine and Petroleum Geology. 22 (1-2): 209-217.

Hudson, M. (2009). Japanese Beginnings. Blackwell. Halaman 15.

Inoue, T., et al. (2017). Paleo-tsunami history along the northern Japan Trench: evidence from Noda Village, northern Sanriku coast, Japan. Progress in Earth and Planetary Science. 4 (42).

Margarintondo, G. (2005). Explaining the physics of tsunamis to undergraduate and non-physics students. European Journal of Physics. 26 (3): 401-407.

Vaughan, A. (2019, April 25). Extremely fast winds and high waves are now happening more often. New Scientist.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply