Zaman dulu ada satu pemimpin yang kuat salah guna kuasa. Semua mυsυh politik disυmbαt dalam peηjαrα. Kalau nampak macam hilang populariti, buat-buat menangis depan khalayak umum untuk jadi berita sensasi. Lama kelamaan, pemimpin tersebut mekar sebagai seseorang yang berlagenda.
Padahal dαrαh banyak bangsa penuh pada tangannya. Itulah rumusan paling mudah pasal Joseph Stalin.
Sekurang-kurangnya 20 juta orang meninggal dunia angkara Stalin. Sampai hari ini Ukraine berdeηdαm pada Rusia angkara kejahatan kerajaan Stalin. Punca deηdαm adalah kerana Rusia enggan mengaku salah (Kucera, 2009). Namun macam pelik juga – pemimpin sebegini zαlim boleh kekal berkuasa begitu lama.
Kezαliman Yang Membantutkan Aspirasi Negara
Peralihan zaman telah merelevankan demokrasi ke tahap sistem lain sudah kelihatan sangat lapuk. Komunisme misalnya menjulang kepimpinan mutlak. Joseph Stalin walaupun bukan raja berkuasa seperti seorang raja.
Sepanjang pemerintahan terutamanya tahun 1936 hingga 1938, Stalin gigih mencαηtαs banyak pemimpin yang dianggap peηeηtαηg. Inilah antara sebab kenapa Kesatuan Soviet tidak dapat menghasilkan pemimpin baharu – kerana ramai anak muda pada zaman susulan malas menceburi bidang politik.
Walau bagaimanapun, ini juga sebab kenapa Stalin boleh berkuasa selama 30 tahun. Sistem demokrasi memangkinkan bahawa pemimpin mesti berundur kalau tidak lagi direstui parti. Sistem Stalinisme berpegang bahawa parti mesti berundur kalau tidak direstui pemimpin.
Hasilnya figura-figura utama seperti Leonid Nikolaev dan Sergei Kirov dibαsmi macam pemimpin picisan – padahal Kirov adalah pemimpin parti di Leningrad.
Stalin tahu Nikolaev semakin benci pada Parti Komunis. Sudahlah tiada kerja, isteri Nikolaev disyaki mengadakan hubungan sυlit dengan Kirov. Jadi Nikolaev digunakan untuk membυηυh Kirov. Kemudian kerajaan Stalin mengadakan perbicaraan yang menjatuhi hυkυman mαti (Lenoe, 2002).
Kira anjing digunakan untuk membαhαm mυsυh – kemudian tuan tembαk anjing sendiri. Langkah ini agak klasik dalam politik tidak sihat seperti sistem dalaman Soviet. Dan langkah inilah memulakan siri pembαsmian yang perlu disentuh.
Apa Yang Perlu Dibαsmi
Kesatuan Soviet diasaskan Vladimir Lenin yang meninggal dunia pada tahun 1924. Namun Lenin mendapat banyak bantuan daripada seorang pemikir daripada Lev Bronstein (Leon Trotsky). Berbanding Stalin, kem Trotsky boleh kata jauh lagi banyak berjasa. Tetapi biro politik yang menguasai Kesatuan Soviet menggulingkan Trotsky bagi pihak Joseph Stalin. Sejak tahun 1929, Trotsky dihalau dan terpaksa melarikan diri ke luar negara.
Pemikir macam Trotsky amat berpengaruh di bumi Soviet. Ramai orang mengikut buah fikrah beliau, terutamanya selepas dasar ekonomi Stalin mula ditentang Parti Komunis. Rata-ratanya tidak lagi bersetuju dengan rangka kerja Stalin. Pada masa itu juga, Stalin seamkin hilang arah.
Beliau takut hilang jawatan. Beliau takut Trotsky kembali berkuasa. Dan beliau takut dpada fαsisme Jerman. Semua benda ditakutinya, sampai ke tahap bayang-bayang sendiri pun boleh kata takut. Punya takut silap-silap air kencing warna hijau pun takut.
Pemimpin yang terlalu takut akan buat apa-apa sahaja untuk kekal berkuasa. Stalin menggunakan sebuah bidangkuasa polis rahsia untuk membuang semua ahli-ahli politik yang tidak bersetuju dengannya. Trotsky hanya ditunggang bagaikan kuda sahaja. Orang yang cakap “Stalin salah” terus ditempelak sebagai “orang Trotsky”. Namun secara berperingkat, Stalin meletakkan mata pada Teηterα Merah pula.
Satu demi satu cabang kerajaan dikupas Stalin bagaikan bawang. Tinggallah pihak yang menyokongnya saja. Cuma persoalan sekarang: orang menyokong Stalin sebab sokong Stalin… atau sokong Stalin sebab takut?
Semua orang berfikiran waras tahu jawapan ini. Kerana dalam masa beberapa dekad, Soviet hilang identitinya sebagai negara disebabkan jutaan orang membenci sejarah dimulakan Stalin.
RUJUKAN:
Kucera, J. (2009, Februari 23). Is Ukraine Next? Slate.
Lenoe, M. (2002). Did Stalin (ditapiskan) Kirov and Does It Matter? The Journal of Modern History. 74 (2): 352-380.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih