Monumen Stonehenge yang menghiasi landskap negara Britain selama ini merupakan binaan batu yang diiktiraf sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia. Monumen purba ini dipercayai dibina oleh orang Stonehenge iaitu masyarakat yang hidup sekitar 2500SM – 2200SM.  namun saintis masih kekurangan data genetik kaum ini, sekali gus menyukarkan penyelidik untuk mengenal pasti sejarah awal mereka.

Secara umum, Orang Stonehenge merupakan kumpulan masyarakat campuran di antara pemburu-pengumpul(western hunter-gatherer) dan Petani Neolitik dari Anatolia.

Orang-orang Stonehenge yang mendiami di tanah Britain mula mengalami kepupusan setelah penceroboh dari Belanda yang mula bermigrasi ke tanah tersebut.

Bell Beaker

Siapa penceroboh dari Belanda tu?

Sekitar 2500 SM ketika fasa utama Stonehenge sedang dalam proses pembinaan, satu kaum yang dikenali oleh pakar arkeologi sebagai Bell Beaker secara besar-besaran telah menduduki tanah Britain.

Gelombang pendatang baharu ini kemungkinan telah menyebabkan serangan ke atas orang Stonehenge. untuk menjustifikasikan maklumat ini, berdasarkan ukiran kapak pada batu-batu monumen Stonehenge sudah cukup memberi satu gambaran bahawa Bell Beaker ini gemar berperang.

Orang Bell Beaker dipercayai datang dari kawasan di mana terletaknya negara Belanda moden hari ini berdasarkan bukti profil genetik Bell Beaker yang sejajar dengan kumpulan genetik kaum yang tinggal di Belanda pada masa itu.

Hanya dalam tempoh yang singkat, semua penduduk awal Britain(Orang Stonehenge) telah digantikan dengan pendatang baharu(Bell Beaker) yang tiba di benua itu kemudiannya.

Peta Pendudukan Bell Beaker

Hal ini sangat menarik perhatian kerana kebanyakkan DNA tertua yang ditemui secara kebiasaan masih boleh melihat kesan interaksi antara penduduk terawal dengan gelombang pendatang baharu. justeru membolehkan penemuan seperti artifak/tulang mudah ditemui sebagai bukti primer untuk dikaji. tapi dalam kes ini adalah berbeza kerana pencerobohan itu telah melenyapkan orang Stonehenge sehingga pengkaji agak sukar untuk membuat kesimpulan lanjut.

Ketibaan Bell Beaker menjadi salah satu teka-teki yang menarik dalam sejarah Eropah. malah ukiran seni mereka juga mengagumkan dengan menghasilkan pelbagai ukiran lain termasuk penggunaan emas dan perak.

Masyarakat ini terkenal dengan pembuatan tembikar, dari situlah pakar arkeologi menamakan kaum ini sebagai Bell Beaker.

Tapi apa yang mendorong transformasi budaya ini berlaku? Banyak persoalan boleh ditanya tetapi belum tentu mampu dijawab dengan jelas. Contohnya mungkin pembuatan tembikar tersebar di eropah disebabkan budaya ini dilihat sebagai trend hangat pada zaman gangsa? atau kemunculan budaya pembuatan tembikar sebagai bukti penghijrahan besar-besaran mereka atau menandakan kejayaan misi pencerobohan?

Kajian genetik yang diterbitkan dalam laman web bioRxiv memberikan jawapan ringkas, mereka mendakwa ketibaan Bell Beaker di Britain tidak dilihat sebagai pencerobohan ganas.

Tembikar Bell Beaker

Kajian analisis genom purba yang pernah dibuat oleh Iñigo Olalde dan David Reich dari Sekolah Perubatan Harvard. Kajian ini melibatkan lebih daripada 100 orang saintis berpengalaman yang pernah mengkaji lebih daripada sejuta sample DNA yang diambil daripada tulang dan tengkorak yang ditemui di tapak perkuburan purba yang bertebaran di seluruh Eropah antara 4700 SM dan 1200 SM.

Kehilangan kaum ini telah digantikan dengan DNA kaum pendatang yang dikaitkan dengan sekumpulan masyarakat ‘berbudaya’ tembikar yang dikesan di wilayah Belanda moden.

Dalam erti kata lain, artifak tembikar muncul bukan sebagai budaya yang dieksport, tetapi sebagai barangan yang dibawa oleh gelombang pendatang atau oleh orang yang melakukan pencerobohan.

Setibanya di Britain, golombang pendatang ini membawa pelbagai barangan tembikar menggantikan budaya orang zaman batu di sana.

Pontus Skoglund ahli genetik dari Sekolah Perubatan Harvard berkata dalam jurnal Nature. Beliau mengemukakan pendapat bahawa petani zaman batu yang membina Stonehenge telah diserang oleh penceroboh Bell Beaker, dakwaan beliau berdasarkan ukiran pada batu monumen yang disebutkan pada awal artikel tadi.

Jadi masyarakat yang membina Stonehenge mungkin tidak menyumbang  warisan apa-apa kepada generasi kemudian.

Dengan sampel DNA yang terhad, saintis memerlukan lebih banyak data orang Stonehenge untuk membongkarkan persoalan dengan lebih sempurna, sama ada mereka benar dihapuskan oleh kaum Bell Beaker atau terdapat faktor lain yang mendorong kepupusan masyarakat itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply