Perαηg Rusia-Ukraine sudah masuk hari yang entah ke berapa. Pihak Rusia masih gagal mengambil Kharkiv dan Kyiv. Kegagalan ini menaikkan semangat Ukraine, yang mula mendapat bantuan daripada pihak NATO.

Dan populariti Presiden Volodymyr Zelenskyy sudah mencanak begitu tinggi. Tidak melampau untuk kami berkata yang beliau akan menjadi Person of the Year dalam Majalah TIME nanti.

Masih terlalu awal untuk cakap Rusia sudah kalah. Peperαηgαη ini mendedahkan banyak kepincangan dalam struktur Rusia. Imej Rusia pun teruk terjejas.

Pada tahun 2014 dulu, Rusia masih terapung pada mata marhaen dengan penularan meme pasal Natalia Poklonskaya misalnya.

Wajah salah satu Most Wanted Person di Ukraine

Sekarang seluruh dunia bersatu mengecam Rusia, dengan kerajaan-kerajaan sedunia menghalau Rusia keluar daripada sistem antarabangsa seperti SWIFT misalnya.

Cuma ada yang tertanya-tanya: mana perginya NATO? Takkan setakat hantar dana dan seηjαtα saja?

Realiti Di Lapangan Global

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebenarnya enggan turun padang kerana Ukraine tidak pernah menjadi ahli NATO. Bukan kerana tidak mahu. Sebaliknya, permohonan keahlian Ukraine tidak diterima mereka.

Pada tahun 2008, NATO membuat majlis masuk minang untuk bawa Ukraine masuk.

George W. Bush menjadi jurucakap dalam majlis tersebut. Masalahnya, tiada siapa sudi menerima pinangan ini (Erlanger & Myers, 2008).

Rusia pula datang membawa rombongan untuk meminang Ukraine masuk dalam Kesatuan Eurasia. Ukraine tidak percaya kerana Rusia terlalu banyak dosa terhadap mereka seperti Holodomor misalnya.

Kezaliman Rusia yang sengaja melaparkan Ukraine.

Jangan fikir masa boleh ‘menyucikan dosa Moscow kerana 1) Rusia masih enggan mengaku bersalah dan 2) sejarah tidak wajar dilupakan.

Jadi sekarang situasinya nampak macam NATO dan EU tidak membalas cinta Ukraine. Tanggapan ini salah sebenarnya. Benar, Ukraine enggan berkahwin dengan bekas suaminya.

Ukraine rela membujang macam segelintir dalam kalangan pembaca, meskipun usia sudah menjangkaui 30-an. Lebih baik kekal bujang daripada kahwin orang salah.

Tetapi masalah bukan pada NATO dan EU. Puncanya, Ukraine yang lebih kuah dari sudu.

Mυsυh Sejati NATO Dulu

NATO ditubuhkan untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan Dunia Barat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan peperαηgαη besar seperti Perαηg Dunia Kedua.

Sebab itulah organisasi ini mengamalkan dasar pintu terbuka (open-door policy), selaras dengan Perkara 10 yang dimandatkan sejak 4 April 1949.

Pihak NATO menjadi sangat kukuh dengan penyertaan Jerman Barat. Lalu blok komunis membalas dengan penubuhan WTO. Sepanjang Perαηg Dingin, dua organisasi ini beradu antara satu sama lain.

Pertembungan NATO dan WTO berakhir dengan pembubaran Kesatuan Soviet.

Warsaw Pact adalah WTO.

NATO kemudian mula menyerap bekas ahli WTO, seperti Czechia, Hungary dan Poland. Pemimpin paling hadapan dalam misi ini adalah Joe Biden, selaku ketua dalam Suruhanjaya Hubungan Luar Senat (SFRC). Menurut Biden, “penyertaan bekas negara WTO akan membawa keamanan 50 tahun di Eropah”.

Biden semasa SFRC sangat serius dalam perkara ini. Biden dalam White House pula berbeza pendapat.

Perubahan Dimensi Dalam Masa 30 Tahun

Tujuh negara bekas WTO menyertai NATO pada tahun 2004. George W. Bush ingin menjemput Ukraine dan Georgia masuk empat tahun kemudian. Walau bagaimanapun, dua negara ini tidak pernah menerima sebarang pelan pelaksanaan yang konstruktif… sampai hari ini (Shifrinson & Wertheim, 2021).

Peta NATO 1990-2004.

Perkara ini sangat selaras dengan apa yang Biden cakap – bahawa Vladimir Putin tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengganggu kepentingan Amerika Syarikat (Greenberg, 2020). Dari sini semua boleh nampak – Ukraine bukan kepentingan Amerika Syarikat. Kerana Ukraine belum buat apa yang diminta NATO.

NATO Tidak Mengkhianati Ukraine

Semua mesti tertanya-tanya: apa yang berat sangat sampai tidak mahu kahwin dengan Ukraine? Puncanya senang saja. Ukraine memang sedap mata memandang.

Tetapi dalamannya tidak suci angkara mata keranjang dalam kerajaan. NATO meletakkan tiga kriteria utama iaitu: 1) komitmen pada demokrasi, 2) kebebasan individu yang mandiri dan 3) sentiasa menyokong kedaulatan undang-undang.

Ukraine mengaku diri sudah suci dalam tiga perkara ini. Pihak EU pula meηghυηυs jari tengah kerana Ukraine di tangga ke-117 dalam bab ketelusan (Wingrove & Jacobs, 2021).

Bab demokrasi memang elok, kerana Ukraine menumbangkan Petro Poroshenko untuk memberi laluan kepada Volodymyr Zelenskyy yang membuat kerja sangat baik.

Tetapi pihak Biden masih menutup pintu kerana Ukraine “perlu memerangi barah κorυpsi yang sangat endemik dalam sistem negara (mereka) sekarang.”

“Syarat tak lepas tapi nak masuk. Ko ingat kami kisah bapak ko siapa?”

Jadi rumusannya: NATO suruh Ukraine sucikan diri. Ukraine pula membalas, “lelaki yang baik takkan tanya past perempuan.” Buang masa lama sampailah bekas suami tidak setia yang gila talak datang meηυmbυk.

Bagi yang ingin tahu lebih mendalam pasal hal Rusia-Ukraine, kalian dijemput beli buku Putin: Tsar Moden Rusia.

RUJUKAN:

Erlanger, S., & Myers, S. (2008, April 3). NATO Allies Oppose Bush on Georgia and Ukraine. The New York Times.

Greenberg, D. (2020, Oktober 23). A Joe Biden biography with a few surprises. The Washington Post.

Shifrinson, J., & Wertheim, S. (2021, September 9). Biden the Realist. Foreign Affairs.

Wingrove, J., & Jacobs, J. (2021, Jun 15). Biden says Ukraine has work to do on (ditapiskan) to get into NATO. Bloomberg.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply