Orang zaman sekarang memang senang. Mudah merancang masa untuk apa-apa jua keadaan. Beli barang basah pun entahnya seminggu sekali kalau keluarga kecil. Simpan saja dalam peti sejuk.

Beli ayam, simpan atas. Beli sayur, simpan bawah. Silap-silap ada yang simpan daging daripada tahun lalu. Memang mudah.


Kadang terfikir juga – macam mana orang zaman dulu simpan makanan lama-lama? Orang tua-tua banyak cerita pasal bawa serunding sekantung diikat sekali dengan secupak beras. Masak saja dalam periuk kecil guna air mentah.

Itulah makanan masa lαwαη dengan Jepun dulu. Yang pasti, boleh tahan sampai habis makan. Kerana serunding dibuat dengan menggunakan proses pengeringan makanan (food drying). Proses ini sudah diamalkan penduduk Timur Tengah sejak 12,000 S.M. lagi (Nummer, 2002).

Pengeringan bukan satu-satunya kaedah yang ada. Cuba tengok ikan masin yang bersepah di pasaran dan tanya diri sendiri – siapa mulakan ikan masin pertama? Tiada jawapan tuntas, kerana pengawetan makanan dengan garam sudah diamalkan antara 5,000 hingga 10,000 tahun lalu (He & McGregor, 2007).

Dapatan ini logik sebenarnya. Kerana banyak pihak sanggup berperαηg di Shangxi seawal 6,000 S.M. demi kemudahan garam (Butler, 2013). Bayangkan – laut punya luas; zon garam juga ingin dikuasainya.

Sini semua boleh nampak – manusia sentiasa berfikir untuk mengawetkan makanan. Tidak kira apa jua cara sekalipun, sama ada pengeringan, pemasinan, penjerukan, penapaian dan penyalaian (smoking). Setakat ini saintis mengesahkan manusia sudah awet makanan secara zaman prasejarah.

Tulang Gajah Yang Diawet

Rezeki kadangkala tidak datang bergolek. Ia keluar daripada bumi. Itulah nasib yang menimpa dua orang pekebun di Michingan. Satu pagi, mereka pergi ke kebun untuk memulakan kerja… tidak tahu hari itu mereka akan jumpa tulang pinggul seekor gajah mammoth daripada zaman 11,000 tahun yang lalu (Geggel, 2015).

Gajah ini sebenarnya menjadi mαηgsα sekumpulan manusia prasejarah. Tetapi seekor saja boleh cecah 6,000 kilogram. Buang tulang, kulit dan organ – mungkin dapat 2,700 kilogram… masih banyak andainya seorang dapat sekilogram sekalipun. Lαwαη seekor gajah punya susah; alih-alih daging tidak boleh habis.

Mengeluarkan bukti sejarah.

Jadi apa mereka buat? Buang saja? Tidak. Mereka buang bαηgkαi gajah dalam sebuah kolam cetek. Kajian mendapati suhu persekitaran kolam ini sangatlah sesuai untuk bakteria Lactobacilli yang mengawet jisim otot bαηgkαi (Kish, 2021).

Jadi bukan air yang punca sebab bakteria memainkan peranan pengawetan daging selama hampir sethaun. Bakteria ini memastikan daging bebas daripada bakteria per.osak, siap bantu melembutkan daging… tetapi meninggalkan bau yang agak kuat juga.

Tanah Paya Yang Membantu

Bukan semua orang ada kolam untuk mengawet makanan. Jadi manusia prasejarah perlu cari kaedah lain. Mereka menanam makanan yang ingin disimpan.

Dengar pelik – tanam makanan? Memang betul dan menjadi. Makanan boleh tahan lama kerana tidak kena cahaya matahari atau oksigen. Cuma tanam dalam mana yang harus dijadikan persoalan.

Paya gambut.

Benua Eropah ada banyak paya gambut yang berisi tanah gambut dengan bahan organik haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Kandungan paya gambut selalunya kurang dari segi oksigen, sekali gus sesuai menjadi peti ais rata manusia prasejarah yang siap simpan mentega lagi.

Jadi sebenar-benarnya – manusia prasejarah memang cerdik dari awal lagi. Mereka berfikir panjang dan menurunkan ilmu yang diwarisi tanpa henti hinggalah hari ini. Cuma zaman sekarang – siapalah susah payah cari kolam dan paya gambut. Buka peti ais dan baling masuk saja.

RUJUKAN:

Butler, S. (2013, Januari 10). Off the Spice Rack: The Story of Salt. History.

Geggel, L. (2015, Oktober 9). Ice Age Mammoth Bones Discovered on Michigan Farm. Live Science.

He, F.J., & MacGregor, G.A. (2007). Dietary salt, high (ditapiskan) pressure and other (ditapiskan) effects on health. Reducing salt in foods: practical strategies. Woodhead. Halaman 18-54.

Kish, S. (2021, Oktober 27). How did ancient people store food before refrigeration? Live Science.

Nummer, B. (2002). Historical Origins of Food Preservation. National Center for Home Food Preservation.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.