Hari ni nak tahu bila waktu berbuka memang mudah. Dengar je azan dekat masjid terdekat ataupun tengok je Google. Tapi jangan pulak korang duduk dekat Buntut Pulau tapi dengar azan Kota Masai.
Itu lain dah tu. Tapi pernah terfikir tak macam mana orang Melayu zaman dulu tentukan waktu berbuka puasa? Ye lah speaker dengan radio tak ada masa tu.
Macam kita semua tahu, kebanyakkan masjid dulu gunakan beduk untuk menandakan waktu solat dan berbuka puasa dah masuk. Masalah beduk ni pulak, tak sampai satu kampung boleh dengar.
Sebab rumah orang Melayu silam ni pola petempatannya berselerak dan agak jauh dengan jiran. Kadang-kadang tu boleh capai 300 meter jarak antara rumah. Memang susah nak dengar bunyi beduk.
Jadi apa penyelesaiannya, adakah orang Melayu dulu waktu betul-betul gelap baru akan berbuka?
Ada beberapa cara digunapakai oleh orang Melayu untuk tentukan waktu berbuka puasa. Antara dengan menggunakan daun.
Caranya deme akan lihat daun ketika waktu rembang senja. Jika urat daun tidak kelihatan, maka mereka sudah boleh berbuka puasa.
Cara ini telah diamalkan sehinggalah kemunculan speaker dan rumah penduduk mula berdekatan antara sama lain. Selepas itu amalan lihat urat daun telah ditinggalkan kerana sudah ada cara yang lebih mudah.
Benda ni membuktikan betapa bijaknya nenek moyang kita menggunakan sumber alam untuk menentukan waktu berbuka. Jadi mereka boleh berpuasa dengan tenang tanpa risau terbatal kerana berbuka awal daripada waktu.
—
Sebenarnya banyak amalan silam nenek moyang kita yang boleh dicontohi. Kalau nak tahu lebih banyak, apa kata jom baca buku KITAB TAMADUN MELAYU. Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/8UuNHuVHVI




No comments yet