Biasanya kalau ada antara ahli keluarga kita kena rasuk setan, mesti kena panggil ustaz ruqyah, kan? Begitu juga penganut Kristian, kena panggil paderi yang mahir halau setan.

 

Kaum Cina pun ada penghalau setan mereka tapi dulu penghalau ini dianggap sebagai sebuah kerjaya di bawah pimpinan raja China. Penghalau setan ini dipanggil dengan nama fangxiangshi (方相氏).

 

Fangxiangshi adalah penghalau setan yang mampu melihat makhluk ghaib. Namanya juga bermaksud ‘mereka yang mampu melihat di empat penjuru’ dan ‘membawa roh ke tempat mereka berada’.

 

Kerja fangxiangshi begitu penting sejak fasa dinasti Han (202 SM) di mana penghalau setan ini akan mengadakan upacara menghalau roh jahat di seluruh kejiranan semasa upacara menghalau bernama Nuo. Fangxiangshi juga berperanan sebagai ketua pengebumian bagi menghalau setan bernama wangliang dari mengganggu si mati dalam keranda.

 

 

Menurut manuskrip Book of the Later Han, sebuah istana Gerbang Kuning (Yellow Gate) telah dicemari oleh penyakit yang berpotensi sebagai wabak jika tidak dikawal. Jadi, raja dinasti Han meminta bantuan fangxiangshi ‘menghalau’ penyakit ini dari istananya. Penghalau setan ini datang memakai kulit beruang di seluruh badan dan memakai topeng dengan empat ketul emas yang menandakan mata yang melihat alam ghaib.

 

Fangxiangshi juga membawa lembing dan perisai bulat sebagai alat menghalau. Upacara menghalau penyakit bermula di dalam istana dengan bunyi gendang yang kuat bersama mantera-mantera yang dibaca oleh fangxiangshi bersama 120 orang pegawai tadbir istana. Peristiwa ini menunjukkan penghalau setan adalah kerjaya yang penting bagi masyarakat Cina.

 

Khidmat fangxiangshi diteruskan sehingga fasa dinasti Tang (abad ke-3 Masihi) dan khidmat mereka dikurangkan saat masyarakat beralih kepada ajaran Buddha dan Confucius. Sekarang fangxiangshi hanyalah watak bomoh dalam Upacara Nuo yang disambut oleh orang Tujia di Pergunungan Wuling, demi menjaga mitologi kaum Cina.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply