Hari Raya Aidilfitri bakal tiba beberapa hari lagi. Sekarang pun mesti ada antara kalian balik kampung dan beli baju hari raya baru, kan?

 

Biasanya pada hari tersebut selepas menunaikan solat sunat hari raya, kita bersalaman dan memohon maaf kepada kedua-dua ibubapa dan berkunjung ke rumah sanak-saudara untuk merapatkan silaturahim.

 

Ini sebenarnya budaya kita dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana dengan muslim di negara lain? Adakah mereka mempunyai budaya bersalaman dan berkunjung seperti kita?

 

Kita pergi ke negara United Arab Emirates (UAE). Muslim di sana akan menghiasi rumah mereka, memasang lampu, dan membeli pakaian baru sebelum tibanya 1 Syawal. Lebih kurang macam kita supaya tak kalut sambut hari raya.

 

Rakyat UAE mempunyai budaya yang mereka harus ikut semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri, iaitu bertukar hadiah dan berkongsi makanan. Selepas tunaikan solat hari raya, seluruh ahli keluarga akan bertukar hadiah dan menjamu selera bersama-sama.

 

Bagi mereka, budaya berkongsi ini adalah salah satu amalan bersedekah supaya semua warga dapat menyambut hari raya tanpa sesiapa ketinggalan. Kerajaan termasuklah NGO biasanya melakukan program pemberian makanan, pakaian, dan duit raya kepada seluruh warga UAE.

 

Orang Turkiye pula berbeza apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka memanggil perayaan ini dengan nama Şeker Bayramı yang bermaksud ‘Pesta Gula’. Ya, mereka sambut hari raya dengan memakan manisan!

 

Warga Turkiye akan pergi melawat rumah ibubapa, meminta doa untuk keberkatan dan memohon kemaafan. Bab makanan pula, mereka memulakan dengan memakan manisan iaitu baklava dan halva. Kanak-kanak Turkiye juga diberi duit raya tapi diberi bersama gula-gula.

 

Macam mana dengan komuniti muslim di negara Barat? Mereka juga menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam di Iceland, komuniti muslim sana menunaikan solat sunat hari raya di masjid ibu kota Reykjavik, kemudian menikmati juadah dari pelbagai negara dalam bentuk bufet.

 

Muslim di New Zealand pula menyambut dengan satu keluarga berkumpul beramai-ramai di luar rumah dan menikmati juadah. Hari Raya Aidilfitri menjadi hari cuti umum di sana, di mana banyak kota-kota yang mempunyai komuniti muslim menyambut dengan mengadakan pesta kebudayaan dan makanan.

 

Seperti kota Auckland, selepas menunaikan solat sunat hari raya, mereka mengadakan pesta budaya dan makanan di stadium Eden Park.

 

Banyak lagi budaya-budaya muslim luar negara semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri tapi cukup empat negara ini saja untuk kita mengetahui kepelbagaian sambutan hari 1 Syawal ini.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply