Dalam sejarah China bermula penubuhan dinasti-dinasti, ada satu puak ni sentiasa mengganggu ketenteraman dinasti-dinasti China sehingga terpaksa membina Tembok Besar mereka semata-mata menghalang serangan puak ini!

 

Puak yang saya maksudkan ialah puak Xiongnu. Puak Xiongnu ialah kesatuan puak-puak nomad yang menetap di Asia Tengah. Mengikut catatan, Xiongnu menyerang kerajaan-kerajaan kecil di utara China pada abad ke-5 SM.

 

Sehingga abad ke-3 SM, Xiongnu menjadi ancaman yang kuat setelah bergabung dengan puak-puak nomad lain dan diperintah oleh seorang pemerintah bergelar ‘chanyu’ yang bermaksud anak syurga.

 

Melalui kesatuan ini, Xiongnu berjaya menakluk wilayah dari barat Manchuria, Mongolia, Siberia, sehingga sejauh Pergunungan Pamir di Tajikistan.

 

Menurut rekod, Xiongnu mampu mengarahkan seramai 300,000 anggota tentera pemanah yang menunggang kuda, semata-mata menyerang utara China!

 

Kerana kekuatan luar biasa puak nomad ini, dinasti-dinasti China terpaksa membina tembok besar. Walaupun lengkap pada era dinasti Qin (220 SM), ada tembok pun tiada guna juga sebab Xiongnu berterusan menyerang China tanpa henti.

 

Masuk era dinasti Han (206 SM), dinasti ini ada cara tersendiri untuk memgurangkan serangan Xiongnu, iaitu mengahwinkan puteri maharaja dengan ketua puak Xiongnu. Tapi cara politik perkahwinan ini tidak berapa berkesan kerana Xiongnu tetap tidak berhenti menyerang China.

 

Masuk pemerintahan Maharaja Wudi (141 SM), baginda memulakan kempen melawan Xiongnu di Asia Tengah, kemudian bekerjasama dengan puak-puak yang bermusuh dengan Xiongnu.

 

Dari kempen baginda, dinasti Han berjaya menakluk wilayah Choson di utara Semenanjung Korea, selatan Manchuria sehingga ke Turkistan.

 

Pada tahun 51 SM, jajahan luas Xiongnu terbahagi kepada dua: Xiongnu timur yang menyerah kepada dinasti Han dan Xiongnu barat yang masih kekal bermusuh. Jadi, dinasti Han sekali lagi berjaya menakluk wilayah Gansu dan Xinjiang pada abad pertama Masihi.

 

Xiongnu terus bermusuh kepada dinasti selepas Han sehingga abad ke-5 Masihi. Sejak itu telah tiada puak Xiongnu yang asal kerana sebahagian mereka telah berasimilasi dengan masyarakat di tanah besar China.

 

Manakala nasib Xiongnu barat selepas abad ke-5 Masihi masih tidak diketahui. Sejarawan beranggapan puak Hun yang pernah menjarah empayar Rom pada abad yang sama ialah generasi kemudian Xiongnu, ataupun puak yang sama.

 

Inilah sejarah puak nomad di Asia Tengah yang pernah menggerunkan dinasti-dinasti China. Merekalah pahlawan padang rumput yang tidak gentar dengan kekuatan kerajaan-kerajaan lain!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply