Tahun 1962, dunia hampir musnah dalam api perang nuklear.

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sampai ke kemuncak dalam satu episod yang dikenali sebagai Krisis Peluru Berpandu Cuba.

Pada saat itu, hanya dengan satu peluru berpandu nuklear dan satu keputusan, sudah cukup untuk memusnahkan berjuta-juta nyawa.

Namun, dalam saat paling getir itu, sejarah dunia akhirnya berpusing ke arah yang selamat dek kerana seorang lelaki Soviet yang ramai orang tak pernah dengar namanya. Nama lelaki hebat itu ialah Vasili Arkhipov.

[Siapa Sebenarnya Vasili Arkhipov?]

Vasili bukan tokoh politik, bukan pemimpin negara. Dia cuma seorang pegawai tinggi Tentera Laut Soviet, berpangkat Commodore, dan bertugas sebagai timbalan komander kapal selam B-59.

B-59 ialah salah satu daripada empat kapal selam Soviet yang dihantar berlayar ke perairan sekitar Cuba ketika krisis memuncak.

Apa yang menjadikan kapal selam ini istimewa dan sangat berbahaya adalah kerana ia membawa torpedo nuklear. Dengan satu letupan, ia mampu menghancurkan satu armada laut atau satu bandar besar.

Dan lebih menakutkan: kru kapal selam diberi kuasa untuk melancarkan torpedo tanpa perlu mendapat izin daripada Moscow, asalkan ketiga-tiga pegawai tertinggi di atas kapal bersetuju.

[Detik Genting di Lautan Atlantik]

Kapal selam B-59 beroperasi secara senyap dan dalam keadaan tekanan tinggi. Mereka terputus hubungan dengan Moscow selama beberapa hari, tidak tahu apa yang sedang berlaku di dunia luar.

Ketika itu, kapal tentera Amerika mula menjatuhkan bom latihan (depth charges) ke arah kapal selam Soviet. Ia bukan serangan, tetapi satu isyarat supaya kapal timbul ke permukaan.

Namun kru Soviet yang berada dalam tekanan, kepanasan, keletihan dan tidak tahu bahawa bom itu hanya latihan. Sesetengan mereka menyangka perang telah bermula!

Kapten kapal dan seorang lagi pegawai kanan bersetuju: kita lancarkan torpedo nuklear.

[Tapi Vasili Berkata Tidak]

Dalam situasi seperti itu, sukar untuk membantah arahan atasan, lebih-lebih lagi dalam sistem ketenteraan Soviet yang sangat berhierarki.

Tapi Arkhipov bukan orang biasa. Dengan tenang dan penuh prinsip, dia menolak cadangan itu. Dia memujuk kapten agar bertenang. Katanya, mereka perlu timbul ke permukaan dan tunggu arahan rasmi, bukan bertindak melulu dalam gelap.

Akhirnya, kapal selam itu naik ke permukaan. Torpedo nuklear tak dilepaskan.

Dan dunia terselamat.

[Penyelamat Dunia yang Dilupakan]

Bayangkan jika Arkhipov tidak bersuara. Bayangkan torpedo itu dilepaskan. Amerika akan membalas dengan nuklear. Soviet akan membalas semula. Dan dunia pasti akan hancur dalam perang nuklear total. Tiada pemenang, hanya kemusnahan.

Tapi semua itu tak berlaku kerana seorang manusia membuat keputusan waras dalam situasi tidak waras.

Vasili Arkhipov tidak menerima anugerah besar semasa hayatnya. Dia meninggal dunia pada tahun 1998 dalam senyap. Tapi hari ini, ramai sejarawan percaya bahawa dia telah menyelamatkan dunia, secara literal.

[Pengajaran dari Kisah Vasili]

Kisah Vasili bukan sekadar sejarah.

Ia adalah peringatan bahawa dalam dunia yang dipacu oleh ego, senjata, dan ketakutan, akal budi seorang manusia masih boleh jadi penyelamat.

Kadangkala, dunia tidak diselamatkan oleh kuasa besar atau sistem canggih.

Ia diselamatkan oleh keberanian untuk berkata: “Tidak.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.