Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Marcapada Dunia

Macam Mana Kekayaan Memakan Diri Dave Bautista?

Menjadi kaya adalah idaman setiap orang. Sebab dengan kekayaan ni macam-macam kita boleh beli. Tapi bagi Dave Bautista, kekayaan hanya mengundang bala dalam hidupnya.

Kenapa pulak sampai macam gitu?

Selepas sahaja Dave Bautista menandatangani kontrak bersama WWF, dia terus menjadi nama besar dalam sukan tersebut. Malah Dave Bautista turut berjaya memenangi gelaran dunia sebanyak 6 kali.

Bila dah banyak kali menang dan muncul dekat TV, memang berkepuk-kepuklah duit yang Dave Bautista dapat. Masalahnya dia macam terkena culture shock setelah pertama kali pegang duit banyak.

Sebab katanya dulu, Dave Bautista ni teramat miskin. Dia punya miskin ni sampai nak makan pun tak ada duit. Kalau nak makan, kena orang lain beli. Bukan tu je, dulu perempuan pandang dia sebelah mata pun tak sudi. Ye lah siapa suruh miskin, memang perempuan reject lah.

Dekat sinilah Dave Bautista tersilap langkah. Sebab dia mula rasa seronok hidup dengan duit yang berkepuk-kepuk dekat tangan. Dia pun pergi beli beberapa kereta seperti Lamborghinis dan Mercedes dan Bentleys atas alasan nak puaskan sendiri.

Hakikatnya dia tidak pernah merasa gembira pun dengan kekayaan dan kereta yang dia ada. Sebab dia rasa itu membazir yang berpunca daripada sikap tamaknya dirinya. Lebih baik duit beli kereta tu buat bantu orang dan bagi kucing makan.

Bagi mencari ketenangan abadi, Dave Bautista keluar daripada WWF dan terpaksa bermula daripada kosong semula. Kehidupan kembali kepada asal iaitu nak makan pun susah dan tiada siapa yang sudi nak berkawan.

Selama 3 tahun, Dave Bautista tabah mengharungi segala kesusahan ini. Padahal dia boleh je kembali ke WWF untuk menjadi kaya kembali. Tapi dia tak nak dan bertekad untuk cari jalan lain yang boleh buat duit.

Dia bernasib sebab Marvel telah menawarkan watak Drax dalam Guardians of Galaxy kepadanya. Itulah permulaan kebangkitan semula Dave Bautista.

Tanpa disangka-sangka, Guardians of Galaxy menjadi sambutan yang begitu gila daripada penonton. Malah lakonan Dave Bautista turut dipuji. Setelah itu, Dave Bautista mula ditawarkan untuk berlakon dalam filem-filem lain.

Hari ni nilai kekayaan Dave Bautista adalah sekitar $16 juta. Kali ini dia jadi matang sikit sebab dah tak gunakan duit dekat benda yang sia-sia.

Apa yang kita boleh belajar adalah kekayaan bukanlah lambang kebahagiaan. Buktinya ada dekat Dave Bautista. Kalau korang rasa diri tu dah cukup kaya tetapi masih tak bahagia, cuba check kejap. Entah duit korang banyak habis dekat benda pelik-pelik.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet