Memandangkan pagi tadi saya dah cerita pasal Hulu Langat, kita cuba tengok pada sejarah yang mengubah landskap Hulu Langat ni sendiri.
Bagaimana Hulu Langat masuk Selangor? Dan bagaimana Lukut masuk Negeri Sembilan?
Lukut pada mulanya dibuka oleh Raja Busu dari kerabat raja-raja Selangor. Walaupun beliau buka Lukut untuk keluarkan bijih timah, hasil daripada itu tak diserahkan kepada Sultan Selangor.
Pendek cerita, selepas kemangkatan Raja Busu, Sultan Selangor ke-3, Sultan Muhammad Shah isytiharkan Lukut termasuk dalam perintah Kerajaan Selangor.
Lukut pun maju hasil dari bijih timah tadi dan kepimpinan Raja Jumaat yang memerintah Lukut. Ramai orang Sungai Ujong berpindah ke Lukut.
Pelabuhan Sungai Lukut sangat sibuk. Segala hasil yang Lukut dapat masa tu tak dihantar kepada Kerajaan Selangor.
Sampaikan Residen Konsuler Melaka, Kapten MacPherson cakap Lukut ni jauh benar dari Selangor, dah macam tengah-tengah hutan tiba-tiba ada tanda kemajuan dan tamadun. Dia siap samakan Lukut dengan Melaka lagi.
Pada tahun 1862, Dato’ Kelana Sungai Ujong ketika itu iaitu Dato’ Kelana Sendeng tuntut daerah Lukut dan kata Raja Selangor ambik Lukut dengan cara yang tak adil. Sama macam British rembat Tanjung Tuan.
Kemudian Dato’ Kelana Sendeng bermesyuarat dengan Raja Abdullah (wakil Sultan Abdul Samad) dan disaksikan Residen Konsuler Melaka, Kapten Playfair.
Sultan Abdul Samad tetapkan sempadan Selangor dengan daerah Sungai Ujong ialah dari Gunung Jugra, menghilir ke kuala Sungai Langat sehingga ke titik pertemuan Sungai Ujong.
Raja Jumaat tak setuju dengan penetapan sempadan ni. Tapi beliau tak ada masa mesyuarat tu. Raja Jumaat tulis surat kepada Singapura. Tapi tak ada apa-apa tindakan sehingga beliau mangkat.
Raja Bot menggantikan ayahandanya Raja Jumaat. Tapi Raja Bot tak sebijak ayahandanya.
Pada tahun 1866, masalah persempadanan antara Sungai Ujong dan Selangor timbul balik. Tapi hingga tahun 1868, ia masih tak diselesaikan.
Sampai tahun 1877, Pegawai Pentadbir Kerajaan di Singapura Kolonel A.E.H Anson arahkan Residen British Selangor dan Residen British Sungai Ujong cari jalan selesaikan masalah sempadan Lukut ni.
Maka Kerajaan Negeri-Negeri Selat buat ketetapan yang “dipersetujui” Sultan Abdul Samad dan Dato’ Kelana Sungai Ujong Tengku Saiyid Abdul Rahman.
Perjanjian ditandatangani pada 15 Februari 1878 dimana dalam surat perjanjian tu menyatakan tempat bernama Rekoh (Hulu Langat) yang didarat dimasukkan dalam negeri Selangor. Manakala Lukut dan Sungai Raya yang ditepi laut dimasukkan dalam Sungai Ujong.
British yang konon selesaikan masalah ni langsung tak tanya Raja Bot sebagai pemerintah Lukut tu sendiri. Bila surat perjanjian tu sampai ke tangan Raja Bot, Raja Bot bantah sekeras-kerasnya.
Beliau tuntut Lukut ni kepunyaan ayahandanya Raja Jumaat yang diberikan oleh Sultan Muhammad dulu.
Tuntutan Raja Bot berlanjutan melalui peguamnya dan Residen British di Selangor.
Akhirnya pada 1880, satu perjumpaan diadakan antara Sultan Abdul Samad, Dato’ Kelana Sungai Ujong, Raja Bot dan Raja Daud dari Sungai Raya di Singapura.
Surat persetujuan ditandatangani dan Raja Bot diberikan pampasan sebanyak $27,000. Maka tamatlah riwayat Lukut dalam pemerintahan Raja Bot.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu pasal asal usul Sungai Ujong? Kisahnya ada di dalam KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Boleh dapatkan di https://bit.ly/KKTMFB12
Nak ingatkan juga pada korang, sekarang ni ada Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam!
Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply