Hari demi hari, harga barang semakin meningkat biarpun GST telah pun pupus. Kenaikan harga barang ini telah menyebabkan ramai daripada kita teragak-agak untuk berbelanja. Akhirnya, masalah itu telah diselesaikan oleh Eco Shop yang menawarkan kesemua barang pada harga RM2.40. Bagi marhaen seperti kita, itu adalah nikmat yang tidak terhingga kerana kita boleh berbelanja sakan tanpa perlu risau dengan harga.

Namun pernah tak anda terfikir macam mana Eco Shop buat untung? Sebagai peniaga, menjual barangan pada harga terlalu rendah seseolah sedang meletakkan parang di leher. Hal ini kerana terdapat beberapa peniaga yang cuba bermain harga dengan meletakkan RM3.00 untuk chicken chop dan RM1 untuk setiap lauk makan tengah hari. Pada mulanya, ramai pelanggan yang berkunjung tapi lingkup juga sebab tidak balik modal.

Apa yang peliknya Eco Shop sudah bertahun-tahun menjual barangan dengan harga sangat rendah tetapi masih lagi mampu bertahan. Jadi macam mana Eco Shop buat untung atau mereka memang gemar lakukan amal jariah?

1. Manipulasi Harga

Kalau anda perasan sebenarnya tidak semua barangan di Eco Shop dijual dengan harga sangat murah. Macam mana tu? Cuba anda bandingkan harga beberapa barang di Eco Shop dengan Speedmart. Anda akan dapat melihat terkadang harga sesetengah barang di Speedmart lebih murah berbanding Eco Shop.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Senang cerita, Eco Shop tawarkan banyak barang  dengan harga yang rendah sambil letakkan harga sama pada barang lebih murah untuk menyerap segala kos. Sebagai pelanggan, anda tidak akan menyedari hakikat ini kerana sudah dikaburi dengan propaganda bahawa barangan di Eco Shop terlajak murah.

2. Bungkusan Lebih Kecil

Kebanyakan barang berjenama di Eco Shop dijual dengan bungkusan yang lebih kecil agar bersesuaian dengan harga. Sebagai contoh, syampu berjenama Sunsilk biasanya berharga RM8 hingga RM12 untuk bungkusan 300 ml.

Di Eco Shop pula, mereka hanya menawarkan Sunsilk dengan kapasiti 70 ml sahaja. Bagi sesetengah orang, harga RM2.40 untuk syampu berjenama Sunsilk memang sangat murah. Maka pelanggan akan tetap beli tanpa mereka menyedari bahawa harga yang murah itu telah dikaburkan dengan bungkusan lebih.

3. Guna Jenama Sendiri

Mungkin ada yang kata, elok je Eco Shop jual barang dengan kuantiti dan saiz yang lebih besar. Tapi anda perlu sedar, Eco Shop juga ada membangunkan jenama sendiri dan anda boleh lihat kesemuanya di rak-rak yang menawarkan makanan dan sabun. Kenapa Eco Shop sibuk nak bangunkan jenama sendiri?

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Jawapannya mudah sahaja iaitu untuk menyerap segala kos. Bermakna, mereka hanya perlu mengambil barang daripada kilang secara pukal dan bungkus semula menggunakan jenama sendiri. Kalau anda perasan, teknik ini juga diguna pakai oleh pasar raya besar seperti Lotus dan Econsave.

4. Kenal Pelanggan

Sebelum nak jual apa-apa sekalipun, kita perlu kenal pelanggan kita terlebih dahulu. Inilah yang dilakukan oleh Eco Shop apabila hanya membuka cawangan di kawasan berpendapatan rendah dan sederhana. Hal ini dapat dilihat melalui pembukaan Eco Shop di Pasir Gudang. Eco Shop tersebut telah dibuka berhadapan dengan flat kos rendah.

Mereka tahu orang yang berpendapatan rendah dan sederhana sangat sensitif dengan harga barang. Jadi jika Eco Shop dibuka di kawasan tersebut, dalam masa yang singkat terus mendapat perhatian daripada pelanggan. Mungkin inilah sebab mengapa sehingga ke hari ini, Eco Shop tidak pernah membuka cawangan mereka di Bukit Jelutong dan Seksyen 13. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply