Sebaik sahaja British beredar daripada Pelabuhan Jaffa, pihak Israel tidak melengahkan masa. Sebuah kerajaan terus ditubuhkan dengan David Ben-Gurion sebagai Perdana Menteri dibawah Presiden Cham Wiezmann.

Kalau dari segi sistem politik, Wiezmann hanya memegang kuasa perasmian sahaja. Jawatan beliau hanya untuk merasmikan pelantikan Perdana Menteri yang menguasai negara secara eksekutif.

Israel terus diiktiraf Harry S. Truman dan Joseph Stalin. Apabila Raja Abdullah dari Jordan akhirnya bersetuju dengan cadangan campurtangan Arab, pihak Mesir tidak melengahkan masa. Raja Farouk bersetuju dengan pendapat Presiden Syria Shukri al-Quwaitli, yang Palestin mesti diselamatkan.

Namun semangat baginda didorongi agenda, tanpa sebarang keikhlasan untuk membantu warga Arab di Palestin. Baginda enggan mendengar nasihat Perdana Menteri sendiri. Mahmoud el-Nokrashy berpendapat yang urusan Mesir perlu diutamakan (berbanding Palestin). Krisis Palestin bagi Farouk pula memberi peluang untuk popular semula di mata rakyat (Said Aly, et al., 2013).

Raja Farouk.

Kebodohan Farouk dikongsi al-Quwaitli. Kedua-duanya berpendapat Israel boleh jatuh dengan mudah (Al Jazeera, 2009). Prasangka ini dari awal melemahkan pihak Arab. Mereka mempunyai banyak agenda dan matlamat dalam peper.angan ini. Israel punya hanya ada satu matlamat: bertahan.

Pucuk kepimpinan Israel yakin, bahawa apa yang berlaku di Eropah akan berulang di Timur Tengah kalau mereka kalah (Morris, 2008). Inilah kelemahan Arab. Israel berpaut pada satu tali, sementara tujuh negara Arab mengusung tujuh agenda.

Abdullah.

Abdullah dari dulu menyokong pembahagian Palestin. Baginda mahu menjadikan Tebing Barat sebagai sebuah wilayah dalam Jordan (Karsh, 2002). Malah, baginda telah bertemu Agensi Yahudi untuk memastikan pihak Haganah, Irgun dan Lehi takkan masuk campur jika Jordan ambil Tebing Barat.

Baginda tidak mahu berjiran dengan satu lagi negara Arab (Kahana & Suwaed, 2009). Sama seperti Farouk di Mesir, Abdulllah sedang menghadapi krisis populariti kerana ada yang melihat baginda terlalu akrab dengan Barat (Sela, 2002). Jadi peper.angan dengan Israel pun ialah jalan untuk mene.bµs karier politik seorang raja.

Dengan dua raja ini bersaing untuk tujuan peribadi, datang pula Nuri as-Said yang mahu mengambil Fertile Crescent untuk Iraq yang baru bebas daripada penja.ja.han British. Lubnan dan Syria pun tidak mahu ketinggalan.

Tetapi semua pihak Arab tidak percaya pada ketua-ketua tempatan Palestin kerana azam mereka untuk menubuhkan sebuah negara merdeka. Jadi apabila semboyan berbunyi, tiada siapa bekerjasama kerana takut pihak lain lebih untung.

Dari Awal Sudah Kelahi

Pada awalnya, Lubnan dan Syria perlu menyer.ang Israel daripada utara. Jordan dan Iraq masuk melalui timur. Empat negara ini akan bertemu di Nazareth sebelum bergerak sekali ke Haifa. Pada masa sama, Mesir datang daripada selatan dan ambil Tel Aviv. Rancangan ini ditolak Raja Abdullah, kerana berpihak kepada Syria.

Cadangan baginda adalah Iraq bermula di Lembah Jezreel dulu. Liga Arab akan masuk melalui Ramallah dan Nablus untuk bertemu dengan Mesir di Hebron. Dengan cara ini, Abdullah hanya akan ambil Tebing Barat (tanpa mengapa-apakan Israel).

Tiba-tiba, Lubnan enggan masuk berper.ang kerana kerajaan Riad Solh takut populasi Kristiannya marah (Hughes, 2007).

Namun pihak Arab terlepas pandang: British sudah tiada kuasa. Bermakna kaum Yahudi dari seantero dunia dibenarkan berhijrah ke Israel (dulu dihadkan 75,000 dalam masa lima tahun).

Terdengar saja “negara Yahudi” dalam masalah, ramai Yahudi berlabuh di Jaffa dan menyertai Haganah, Irgun dan Lehi yang kemudian diserap menjadi Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dibawah Jeneral Yaakov Dori.

Penghijrahan Yahudi dipanggil “Aliyah’.

Ser.angan Mesir berakhir dalam masa lima hari. Operasi Pleshet dilancarkan IDF berjaya menukar strategi Mesir. Awalnya mereka mengas.ak (off.ens.ive).

Tetapi selepas Israel mula berla.wan, Mesir terus menjadi defensive. Jordan pula berjaya memat.ahkan pertahanan Shlomo Shamir di Latrun, dan mendapat Jerusalem Timur (termasuk semua pusat agama).

Dengan Latrun, pihak Jordan berjaya memµtµskan bekalan Israel untuk angkatannya di Jerusalem Barat (Karsh, 2002). IDF gagal memec.ahkan sekatan ini sampai terpaksa membina jalan baru ke Jerusalem Barat (yang tidak diambil Jordan kerana Abdullah hanya mahu Tebing Barat).

Sementara itu, Pertem.pµran Jenin bermula yang angkatan dibawah Mordecai Maklef dihalau Omar Ali dari Iraq. Dua bri.ged IDF cuba mengambil Jenin semula tetapi gagal kerana as.akan Iraq yang konsisten. Elok semua menang (kecuali Mesir yang berubah arah), Syria pula kalah di Lembah Kinarot.

Campurtangan Asing Yang Menguntungkan Israel

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan gencatan sen.jata selama 28 hari bermula 29 Mei 1948. Dunia Barat menyekat perdagangan dengan Arab dan Israel (untuk memastikan tiada yang mengimport sen.jata).

Tetapi kedua-dua pihak bagaikan memberi jari tengah kepada PBB, kerana menggunakan tempoh gencatan ini untuk mengukuhkan barisan. Dalam masa enam bulan, Israel menguatkan IDF daripada 29,677 anggota hingga 108,300 anggota.

Sepanjang tempoh ini, Israel melatih setiap anggota betul-betul sementara pucuk kepimpinan mengatur strategi semula. Pihak Arab seperti biasa berkelahian untuk membahagi hasil per.ang yang belum dapat (Morris, 2008). Israel mengimport senj.ata begitu banyak daripada Czechoslovakia.

Tanpa 34,000 sen.jat.a dan 50 juta pelµrµ daripada Czechoslovakia, tidak mungkin Israel mampu bertahan. Dalam kem Israel pun, ada yang mula membuat hal. Kumpulan Irgun (walaupun sudah menyertai IDF) pergi mengimport sen.jata secara haram. David Ben-Gurion khuatir jika Irgun akan buat ramp.asan kuasa. Jadi IDF diperintah bµnµh semua anggota Irgun yang terlibat dalam operasi penyelµdµpan ini (Rydelnik, 2004).

IDF menenggelamkan kapal Irgun

Sehari sebelum tempoh gencatan berakhir, Mesir mula menyer.ang Negba dan tewas pada tangan Israel. Selama 10 hari mereka berla.wan, dengan Mesir kebanyakannya cuba bertahan saja. Dan kemudian, PBB mengisytiharkan gencatan kedua.

Selepas inilah Israel mula menang, kerana operasi yang mapan. Operasi Hiram membebaskan Galilee hingga Lubnan. Tujuh operasi lain menguntungkan Israel, kerana Mesir ibaratkan sudah kalah (walaupun per.ang belum tamat). Malah Mesir menamatkan per.ang terlebih dahulu pada 24 Februari.

Apabila per.ang betul-betul tamat, Israel menguasai sempadan yang diberikan PBB. Dan Ben-Gurion mulai hari itu menjaga hubungan dengan Amerika Syarikat dan British. Tidak wajar untuk mengatakan Arab kalah dalam peper.angan ini.

Kerana mereka bukannya datang untuk membebaskan Palestin pun. Jadi yang rugi ialah kepimpinan Palestin kerana tidak dapat menubuhkan negara sendiri. Kerana Tebing Barat diambil Jordan… seperti Abdullah mahu.

RUJUKAN:

Al Jazeera. (2009, Julai 13). Why the Arabs were defeated.

Hughes, M. (2007). Collusion across the Litani? Lebanon and the 1948 (ditapiskan). Cambridge University Press. Halaman 204-227.

Kahana, E., & Suwaed, M. (2009). The A to Z of Middle Eastern Intelligence. Scarecrow Press. Halaman 4.

Karsh, E. (2002). The Arab-Israeli (ditapiskan): The Palestine (ditapiskan) 1948. Osprey. Halaman 26, 62.

Morris, B. (2008). 1948: A History of the First Arab-Israeli (ditapiskan). Yale University Press. Halaman 267, 397.

Rydelnik, M. (2004). Understanding the Arab-Israeli (ditapiskan): What the Headlines Haven’t Told You. Moody Publishers. Halaman 89.

Said Aly, A.M., et al. (2013). Arabs and Israelis: (ditapiskan) and Peacemaking in the Middle East.

Sela, A. (2002). Abdallah ibn Hussein.The Continuum Polical Encyclopedia of the Middle East. Halaman 13-14.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.