Sebuah syarikat Amerika Syarikat merancang untuk menggali lubang paling dalam di dunia. Mereka berharap melalui usaha tersebut, mereka dapat mengakses bekalan tenaga geotermal tanpa had daripada kerak bumi.

Quaise Energy telah mengutip dana sebanyak AS$63 juta untuk mengorek lubang sejauh 20 km di bawah permukaan kerak bumi. Lubang ini dua kali ganda lebih panjang daripada lubang paling dalam di dunia iaitu Perigi Kola yang terletak di Semenanjung Kola, Murmansk, Rusia.

Dalam satu kenyataan, Quaise menggelar projek ini sebagai satu keperluan dan bukan satu pilihan. Ini kerana projek ini menawarkan sumber tenaga yang sama hebat dengan tenaga fosil dan dikelaskan dalam kategori tenaga bersih seperti tenaga suria dan angin.

Tenaga geotermal merupakan sumber tenaga paling tua yang dimanfaatkan oleh manusia. Tetapi bagi memanfaatkan tenaga ini, loji-loji tenaga geotermal dibina di kawasan-kawasan yang mempunyai aktiviti tektonik yang tinggi. Ini kerana batu-batu panas yang mahu diakses berada lebih hampir dengan permukaan kerak bumi.

Bagi mengakses lebih banyak tenaga itu, Quaise sedang merancang membangunkan gerudi baru yang dipanggil gerudi gelombang elektromagnet milimeter. Menerusi gerudi ini, ia menggunakan tiub-tiub vakum untuk menembak pancaran cahaya berkuasa tinggi ke kawasan berkenaan.

Sekiranya perkara ini berjaya dicapai, Quaise percaya mana-mana negara di dunia boleh mendapatkan sumber bekalan tenaga tanpa perlu bergantung kepada negara-negara lain. Ini juga dilihat dapat membantu banyak negara memberi fokus kepada isu lebih penting seperti perubahan iklim.

Menerusi pusingan terbaru aktiviti meraih dana yang dijalankan baru-baru ini, Quaise berharap dapat mempercepat pembangunan produk dan membina mesin gerudi yang boleh digunakan di lapangan. Syarikat berharap semua objektif ini dapat dicapai sebelum tahun 2024.

RUJUKAN

Cuthbertson, A. (2022, 17 Mac). World’s deepest hole offers ‘inexhaustible clean energy’. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply