Dalam satu senarai yang dikeluarkan Toptenz, siapakah orang popular di dunia yang sebenarnya tak pernah wujud, mereka menyenaraikan Lonelygirl15 dalam senarai mereka.

#Lonleygirl15 sensasi Youtube

Pada 2006, seorang gadis berusia 15 tahun telah membukan satu saluran youtube peribadi berbentuk vlogger. Selain daripada nama Lonelygirl15, beliau memperkenalkan dirinya sebagai Bree.

Lonelygirl15 adalah gadis remaja yang innocent. Dia mula melabel dirinya sebagai ‘dork’ dalam episod Dorkiness Pervails. Beliau memberitahu membuka channel itu kerana bosan dengan kawasan tempat tinggalnya.

First Blog: — https://youtu.be/-goXKtd6cPo

Beliau terus menjadi kegilaan ramai remaja dan juga lelaki yang mahu melihat gadis comel dengan imej periang serta kening yang cantik. Dia memberitahu dia seorang gadis yang kesunyian terutama sekali selepas balik sekolah.

Ketika itu tiada medium media sosial yang kuat seperti hari ini untuk mempromosikan gadis ini. Namun secara perlahan-lahan Lonelygirl15 menjadi tumpuan dan ikutan di Youtube. Ada yang menjadi gila dan sanggup menunggu episod baru di cyber cafe.

Youtube ketika itu dianggap orang sebagai tempat tengok video kucing. Lonelygirl15 telah mengubah persepsi itu kerana dia ternyata membuat sesuatu yang lebih luar biasa dengan Youtube dan kamera di hadapannya.

#SENSASI YOUTUBE

Jika pada hari ini, Lonelygirl15 pastinya sudah menjana puluhan juta dollar kerana populariti beliau. Anda bayangkan bebudak gamers macam Pewdepie pun kaya raya dengan channel youtube diorang.

Dia seringkali memberitahu di youtube tentang perkembangan terbaru dan juga berkongsi laman myspace.

Selepas itu followers dia meingkat sangat mendadak dengan cerita beliau setiap hari menjadi perhatian. Ada yang cuba menghiburkan beliau dengan cuba mengajak keluar.

Myspace telah menjadi medium utama yang membantu menaikkan nama Bree.

Ada yang dari luar USA sanggup untuk datang ke tempatnya untuk luangkan masa makan malam bersama. Dia ada rakan baik bernama Daniel yang kerap muncul dalam video beliau.

#KESINAMBUNGAN

Selepas itu beberapa followers beliau mulai mengesyaki yang ‘girl next door’ ini adalah hoax. Tetapi ramai yang menyerang beberapa forum yang menuduh Bree sebagai satu hoax. Bagi mereka ia tuduhan tak berasas kerana Bree memang real dan seorang gadis biasa.

Selepas itu Youtube menjadi salah satu saluran yang meningkat mendadak. Lagilah ramai pengikut Lonelygirl15. Video Bree yang paling laku ketika 2 lelaki l lipsyncing lagu tema Pokemon dan ia mendapat 24 juta tontonan. Rekod baru di youtube ketika itu.

Tetapi video itu telah dipadamkan. Mungkin Bree tak mahu 2 rakannya itu menjadi perhatian media dan hoax itu akan didedahkan.

Ia memang satu show yang menarik seperti tv show dengan episod yang bersambung.

#DI SEBALIK SKRIN

Selepas itu, kisah Lonelygirl15 didedahkan memang satu hoax. Bree adalah seorang pelakon profesional bernama Jessica Lee Rose yang berdarah New Zealand.

Syarikat penerbitan siri ini adalah Flinders dan ia bukannya seperti yang digambarkan pengikut Bree yang menggambarkan Bree sedang duduk bersendirian di hadapan laptop.

Dalam setiap episod ada berpuluh orang krew produksi di dalam bilik itu. Flinders memberitahu The Guardian, ia memang satu idea untuk mencipta satu siri di youtube. Ketika itu orang tak lihat Youtube sebagai medium yang baik untuk terbitkan drama bersiri.

Flinders mencari idea supaya orang sanggup luangkan masa di hadapan internet yang ketika itu masih ‘mahal’. Jika anda upload drama biasa, mungkin orang tak akan menontonnya.

Tetapi dengan seorang gadis yang hanya bercerita tentang daily life dia dengan wajah yang cantik dan menawan, orang akan menonton kerana ia berbentuk naratif dan interaktif.

Mereka menyusun plot cerita untuk 3 bulan dalam masa 2 minggu.

#KENAPA JESSICA LEE ROSE?

Jessica Lee Rose pada tahun lalu (2016) bersama-sama meraikan 10 tahun ulangtahun Lonelygirl15, bagi sesetengah orang ia adalah ulangtahung hoax internet paling dahsyat satu ketika dahulu.

Jessica memberitahu yang dia mendapat satu tawaran untuk beraksi di hadapan kamera di sebuah bilik dan ia di internet.

Awalnya dia menolak kerana risau ia mungkin satu scam terutama sekali pornografi. Memang sesuailah mereka pilih Jessica kerana dia memang seorang gadis agak innocent. Dalam 3 kali juga Jessica masuk audition sebelum terpilih.

Dengan ketika itu tida ada agensi lakonan lagi yang mendapat tahu tentang gadis ini, ia satu cv sangat kuat. Dahlah ada lesen profesional sebagai pelakon.

Ketika itu Jessica baru berpindah ke Los Angeles selepas menamatkan pengajian di Akademi Perfileman New York. Jessica Lee Rose dipilih selepas gadis ini ketika itu tidak begitu aktif di internet termasuk di Myspace. Jadi, sangat sukar untuk orang mencari siapakah Bree yang sebenar.

Selepas itu, Flinders menerangkan apa yang akan dia lakukan setiap episod dan dia menerima tawaran itu. Cerita ini disusun dengan watak Bree adalah gadis yang bersekolah dari rumah dan tidak memiliki ramai rakan.

Harinya lebih banyak diluangkan di hadapan komputer, membuat kerja rumah dan berjumpa dengan Daniel. Bree gadis yang minat dengan hiking, Sains dan Sejarah dan kerap menunjukkan rasa ingin tahu yang kuat.

Dia seorang yang happy go lucky dan menjaga pertururannya.

#CABARAN

Flinders telah cuba sedaya upaya memastikan Bree adalah ‘real’ di hadapan peminat beliau. Segala maklumat tentang tempat tinggal, ibu bapa dan sekolah diterangkan dalam bentuk yang penuh samar.

Sebab itulah Bree di’sekolahkan’ di rumah kerana ia langkag lebih baik untuk mengelak ada orang menjejak sekolahnya.

Flinders memaklumkan yang mereka sudah memaklumkan kepada Youtube tentang penerbitan itu untuk mengelakkan video itu dipadamkan kerana berbentuk hoax.

Selepas melihat kunjungan kepada channel itu semakin tinggi, Youtube telah menggalakan penerbitan itu supaya lebih kerap. Mereka juga mendapatkan khidmat profesional untuk mencipta laman Myspace yang menarik.

Ketika rakaman itu, Jessica Lee Rose sebenarnya berusia 19 tahun. Ramai viewers memang melihat dia jauh lebih tua daripada usia 16 tahun tetapi ramain juga peminat Bree mempertahankan gadis ini.

Watak Daniel dipegang oleh seorang bartender, Yousef Abu-Taleb. Wataknya untuk memastikan audien percaya yang Daniel adalah kawan yang boleh menjaga Bree dan boleh dipercayai. Memang sengaja diwujudkan beberapa momen yang agak ‘sweet’ di antara mereka.

Ayat pertama dalam episod pertama:

“Hi guys! so this is my first video blog, I’ve been watching for a while and I really like some of you guys on here.”

“My name is Bree, I’m 16 …”

Latar belakang Bree adalah bilik seorang remaja yang penuh dengan rona serta anak patung. Sebenarnya, ia adalah studio Flinders. Beberapa episod pertama menggunakan cara yang sama, gadis manis yang bercerita tentang kehidupan seharian di hadapan kemera dan mencari rakan di internet. Bree kemudian memperkenalkan Daniel.

Ramai mulai komen tentang kecomelan dan kepetahan Bree.

Di belakang tadbir, penerbit rancangan itu, Beckett memerah otak unutuk memastikan video itu menarik tontonan lebih tinggi setiap episod. Lalu, mereka melantik pegawai media yang membantu Bree membalas kalau boleh setiap komen.

Itu adalah tips yang diberikan youtube, untuk meningkatkan enggagement dengan penonton. Beckett meletakkan misi,

“Jika kita berjaya mendapat tontonan tertinggi mingguan, barulah kita boleh mendapat tontonan tertinggi bulanan.”

Sambutan luar biasa diterima. Pada pertengahan 2006, Bree telah mengemaskini ceritanya setiap 2 hari kerana peningkatan itu.

#ALTER-EGO

Bree kemudian muncul dalam episod yang emosi untuk membuktikan yang dia adalah remaja yang ada emosi. Dia memanggil ibu bapanya ‘suck’. Bree juga mengambil kesempatan memberitahu yang dia tertanya-tanya apakah agama ibu bapanya? Dia menjelaskan ia misteri.

Cara ini membuatkan ramai orang menasihati Bree untuk tidak biadapd dengan ibu bapanya kerana mereka kenal Bree bukan gadis seperti itu. Taktik yang mewujudkan unsur misteri, tentang agama ibu dan ayahnya juga telah menjadi salah satu cara untuk meningkatkan keinginan orang untuk berkomentar.

#TERUS MENARIK TONTONAN

Daripada 100,000 views setiap video untuk seminggu, Bree telah berjaya meningkatkan tontonan lebih sejuta seminggu.

Flinders ketika itu memang melihat mekanisme vlogger ini akan mampu membuat duit dan menjangkakan akan ramai yang akan bermanfaat daripada youtube.

Namun Flinders memberitahu mereka sudah meletakkan isu kantoi itu dalam buku mereka. Lambat laun orang akan tahu. Namun untuk Bree, mereka anggap ia berjaya kerana sangat lama gadis itu berjaya meyakinkan youtubers meskipun ada beberapa orang sudah syak itu satu hoax.

Krew Flinders akan cuba counter back komen yang mempertikaikan identiti Bree. Macam cybertroopers la.

Satu forum telah diwujudkan oleh peminat lonelygirl15 dengan ada perbicangan tentang isu hoax ini. Menariknya, ia sebenarnya dicetuskan oleh Flinders. Mereka yang paling banyak bertanya dan mengemukakan hujah bawah Bree adalah hoax.

Dengan respon daripada peminat lain, mereka akan dapat tahu apa yang membuatkan orang merasakan ia hoax. Ada yang komen tentang beberapa aspek di bilik Bree dan cara Bree bercerita.

Komen ini akan diambil oleh Flinders untuk dibincangkan dalam mesyuarat mereka dan ia akan diperbaiki mereka dalam episod seterusnya. Jadi, amat sukar melihat kesilapan ataupun kejanggalan yang sama dalam episod akan datang.

Selepas itu, beberapa wartawan dan organisasi mulai memburu Bree. Ye la, kan dah popular. Namun apa yang dilakukan wartawan ini membuatkan populariti channel Lonelygirl15 semakin mencanak.

#PERHATIAN MEDIA ARUS PERDANA

Beberapa wartawan media arus perdana yang besar mulai menulis teori, bahawa bunyi di dalam video itu mirip dengan bunyi dalam drama, filem ataupun teater.

Ada yang sanggup menganalisis video tentang pencahayaan yang dianggap terlalu bagus untuk seorang gadis biasa. Ia adalah pencahayaan seorang profesional.

Mereka juga melihat ada satu tingkap yang hampir pecah ada cahaya. Ia sengaja diwujudkan kerana tak mahu menampakkan sumber utama cahaya itu.

Seperti biasa Flinders berterusan cuba berhadapan dengan detektif ini. Namun segalanya semakin sukar apabila ada gambar Jessica Rose di Myspace didakwa terlalu mirip dengan Bree.

Bree menjelaskan itu adalah saudaranya di UK dan siap bersumpah. Jessica juga ditangkap gambar ketika sedang membeli bunga. Sukar untuk dia keluar sekarang ini.

#NOTHING TO LOSE

Namun akhirnya Beckett memberitahu pasukan penerbitan beliau yang mereka sebenarnya sudah berjaya sangat jauh dalam penerbitan itu. Tiada apa yang perlu mereka risaukan.

Mereka menjadi antara syarikat pertama yang menjana pendapatan berjuta dollar menerusi video online, tiada orang yang melakukannya ketika itu.

Tidak lama selepas itu ada beberapa peminat Bree telah mengemukakan bukti yang Bree adalah fake. Mereka membongkar IP dan juga Myspace Jessica Lee Rose.

Rose memberitahu wartawan selepas itu ia agak menakutkan apabila mengetahui dirinya diburu oleh orang yang benar-benar boleh mengesan IP komputer dan Myspace beliau.

Ketika itu dia masih muda dan tak pernah terfikir tentangnya.

“Mereka memberitahu saya di komen yang mereka sudah tahu nama sebenar saya. Ketika itu saya mulai takut dan bertanya, adakah selepas ini orang akan membenci saya.”

#TAMATNYA RIWAYAT BREE THE LONELYGIRL15

Selepas bertahan lebih 2 tahun, akhirnya Lonelygirl15 dibongkar sebagai hoax. Watak Lonelygirl15 dimatikan dengan cara agak kejam. Dia menjadi korban kepada agama pelik yang dipercayai dianuti ibu bapanya. Dipercayai Bree ada darah anak dara yang dikehendaki.

Korang layan episod akhir di sini, tapi benda ni hoax la, macam cilaka:

https://www.youtube.com/watch?v=_ianUGwrLxA

Jessica Rose memberitahu dia merindui siri itu dan menganggap ia sebahagian daripada hidupnya.

Siri ini telah menjadi inspirasi kepada ramai vloggers terutama gamers untuk menjana duit dengan youtube. Selepas itu ramai yang menjana berjuta dollar daripada vlogger.

Mereka juga mengakui, Lonelygirl15 adalah salah satu inspirasi mereka untuk memulakan channel sendiri.

Jessica memberitahu, ramai juga yang masih meminta dia berlakon dan membuat vlog sendiri di youtube.

Namun Jessica berkata:

“Nak handle instagram pun akak susah.”

Abu Taleb masih lagi aktif di channel beliau sendiri. Beliau juga menyatakan Lonelygirl15 telah mengubah hidupnya.

Ketika Flinders mengambil keputusan untuk mendedahkan yang Lonelygirl15 adalah satu drama dan ia bukan personel yang wujud, ramai juga fans kecewa.

Jessica Lee Rose faham akan kesedihan dan kekecewaan mereka.

Ini video latest Jessica Lee Rose, masih comel jugak akak ni.

https://www.youtube.com/watch?v=EautPiPw4cA

Itulah kisah hoax yang paling sensasi di youtube satu ketika dahulu. Lonelygirl15 adalah nama popular yang tak pernah wujud dalam dunia sebenar seperti mana Allegra Coleman, Uncle Sam, David Manning, Jack Dawson, Gorillaz dan juga si Hatsune Miku.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Saya seorang penulis tegar. Selalu menulis ketika mendengar lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang daripada Tegar. Tegar bukan?

Comments are closed.