Banyak-banyak topik pasal angkasa lepas, topik Lohong Hitam adalah topik yang menarik dan ramai yang bahas kerana rupa dan ciri-cirinya berkaitan dengan pengembaraan masa. Mengikut sains fiksyen, Lohong Hitam adalah ‘laluan’ ke dimensi lain.

 

Lohong Hitam atau ‘Black Hole’ adalah badan cakerawala yang dicipta selepas kematian bintang yang bersaiz besar dari Matahari, iaitu bintang super-gergasi merah (red supergiant). Apabila bintang ini meletup, ia akan membentuk ‘supernova’ yang mampu menerangi seluruh galaksi.

 

Selepas letupan ‘supernova’, teras bintang yang masih mengandungi daya graviti akan membentuk Lohong Hitam yang berupaya menyedut segala-galanya yang melaluinya.

 

 

Kalau kita nak bayangkan macam mana rupa Lohong Hitam ni, kita tengok pusaran air di permukaan tasik atau laut. Lohong Hitam pun macam tu juga. Pusaran air menyedut segalanya yang hadir di permukaan air, manakala Lohong Hitam pula menyedut apa saja sampai cahaya tidak terlepas dan sedutan sangat kuat itu.

 

Kalau kita disedut, kita akan tiba di permukaan Lohong Hitam bernama ‘event horizon’. Lepas saja dari permukaan ini, susah kita nak keluar semula!

 

Masa dan ruang pun tidak ketinggalan disedut oleh Lohong Hitam sampai mampu ‘bengkokkan’nya. Menurut Teori Kerelatifan Umum (General Theory of Relativity) yang dibangunkan oleh Einstein, Lohong Hitam bengkokkan ruang dan masa sehingga membentuk ‘singularity’.

 

Apa benda singulariti ni? Singulariti adalah keadaan di mana koordinat sudah tidak lagi terpakai kerana fabrik ruang-masa ‘dijerut’ sehinggakan tekanan gravitinya sangat tinggi. Sifat singulariti ini ialah ‘infinity’ iaitu ketumpatan tidak terhingga. Kalau kita masuk dalam singulariti, kita berada di dalam selama-lamanya.

 

Dikatakan juga, Lohong Hitam membentuk ‘wormhole’, iaitu jalan pintas yang menghubungkan antara dua tempat di galaksi. Tapi tiada siapa yang berani cuba. Jadi, selagi tiada percubaan, selagi itulah ‘wormhole’ sekadar teori.

 

Isi Lohong Hitam pula saintis tidak tahu lagi kerana pengiraan mereka mustahil untuk mengetahui apakah dalam Lohong Hitam tersebut. Jadi, saintis hanya boleh membuat andaian apa sebenarnya berlaku dalam Lohong Hitam.

 

 

Ada juga jenis Lohong Hitam gergasi bernama Lohong Hitam Supermasif. Biasanya jenis Lohong Hitam ni menjadi pusat galaksi, contohnya Sagittarius A* dalam Bima Sakti yang jisimnya 4.5 billion lebih berat dari Matahari, tapi Lohong Hitam ni dah ‘dorman’, tidak lagi menyedut bintang-bintang di sekeliling.

 

Nak kaji Lohong Hitam lebih dekat memang mustahil sebab graviti dia memang kompom buat kita tertarik dan terperangkap selama-lamanya dalam Lohong Hitam!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply