Pada 1592 di Uglich, Rusia, sebuah loceng besar seberat 320 kg dibawa ke dataran bandar. Seorang tukang besi kemudiannya diarahkan untuk mengeluarkan anak loceng dan tempat ia digantung sebelum loceng disebat sebanyak 12 kali. Setelah itu, ia dibuang negeri ke Tobolsk, Siberia selama setahun sambil dibawa 60 orang penduduk yang turut dikenakan hukuman sama.

Sekali pandang, hukuman sebegini biasanya dikenakan ke atas manusia. Tetapi bagi masyarakat Rusia pada masa lampau, loceng ibarat manusia dan dianggap orang terkenal bagi sesebuah perkampungan atau kota. Dan sebagai tanda ia juga berstatus insan, maka nama juga diberi kepada loceng. Antara nama yang biasa diberi ialah Beruang (The Bear) dan Berdaulat (Sovereign).

Loceng memainkan peranan penting dalam masyarakat Rusia ketika itu. Ia bukan saja dibunyikan sebagai permulaan siang dan malam. Ia juga berperanan sebagai loceng gereja, penanda hari cuti, penanda kelahiran atau pengebumian seseorang, loceng amaran, kebakaran, gangguan haiwan atau sebagai loceng penyelamat.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Disebabkan proses pembuatan loceng memakan kos kewangan yang tinggi, ia mempunyai hayat yang panjang. Seperti manusia, ia akan dipindahkan mengikut lokasi atau fungsi tertentu seperti gereja (loceng upacara) atau kebakaran (loceng kecemasan). Setiap bahagian loceng turut dinamakan mengikut fungsi anggota badan manusia iaitu kepala, lidah, bibir, pinggang dan telinga.

Jadi, apa dosa loceng Uglich ini? Dosanya ialah ia dibunyikan tidak lama selepas pembunuhan putera terakhir Tsar Rusia, Ivan the Terrible iaitu Dmitry pada 15 Mei 1591. Akibatnya, ia mencetuskan rusuhan dengan beberapa orang dilaporkan terbunuh. Sebagai hukuman terhadap kesalahan ini, maka loceng Uglich patut menerima balasan sama seperti manusia lain.

Kemangkatan Tsarevich Dmitry oleh Pavel Pleshanov.

Tetapi loceng tersebut bukan satu-satunya loceng yang menerima nasib sebegini. Pada 1327, satu pemberontakan tercetus di Tver. Pemberontakan ini dilancarkan sebagai membantah usaha pihak Mongol-Tatar menguatkuasakan pemerintahan mereka termasuk mengutip cukai. Bagaimanapun, ia berjaya dipatahkan oleh Grand Duke of Moscow ketika itu, Ivan I of Moscow.

Susulan itu, Tver dan perkampungan-perkampungan sekitarnya dimusnahkan oleh beliau. Ivan juga turut menanggalkan loceng Tver yang dipasang di Katedral Transfigurasi dan membawanya ke Moscow. Sebagai hukuman kerana menggalakkan penduduk memberontak terhadap pemerintahan beliau, loceng tersebut kemudiannya dimusnahkan sebelum dicairkan.

Berbeza pula dengan ayahanda Ivan the Terrible, Grand Prince of Moscow Vasili III. Pada tahun 1510, Pskov diilhak dan menjadi sebahagian daripada jajahan Moscow ketika itu. Bagi menjamin kesetiaan wilayah itu terhadap Moscow, Vasili III bukan sekadar meminta mereka menyatakan taat setia tak berbelah bahagi kepadanya.

Malah, baginda turut mengarahkan 300 keluarga bangsawan Pskov berpindah ke bakal ibu negara Rusia moden itu. Seperti Ivan I, Vasili III juga tidak teragak-agak mengarahkan loceng gereja Pskov diturunkan dan dimusnahkan. Ini bagi mengelak ia digunakan sebagai cara menyemarak pemberontakan terhadap Moscow – pengajaran yang dipelajari lebih 200 tahun sebelumnya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Mengikut satu legenda, sebuah loceng di Kremlin Moscow turut dikenakan hukuman kerana mengejutkan Tsar Fyodor pada tengah malam. Murka dengan apa yang berlaku, baginda mengarahkan loceng tersebut dibuang negeri ke sebuah biara di Arkhangelsk sebagai hukuman.

Bagaimanapun, hakikatnya, perkara itu tidak berlaku. Sebab sebenar loceng itu dibawa ke Biara Nikolo-Korelsky, Arkhangelsk ialah baginda tidak menyukai bunyi loceng tersebut. Lantas, Fyodor menitahkan ia didermakan kepada biara berkenaan pada Mei 1681.

Jadi, apa yang berlaku kepada loceng Uglich? Sebaik tiba di Tobolsk pada 1593, loceng tersebut dipenjarakan selama beberapa tahun. Setelah itu, ia kemudiannya dipasang di Katedral St. Sophia dan digunakan sebagai loceng masa dan kecemasan.

Lakaran loceng Uglich yang dibuang negeri ke Tobolsk.

Ia kekal di Tobolsk selama lebih 200 tahun. Tetapi semua itu berubah apabila ia mencapai ulang tahun ke-300 pembuangan negerinya dari Uglich. Pada 1892, Tsar Alexander III memberi pengampunan kepada loceng tersebut. Ini membolehkan rombongan penduduk Uglich membawa pulang loceng berkenaan dan ia terus kekal di Uglich sehingga hari ini.

RUJUKAN

Patowary, K. (2021, 7 Jun). The Exiled Bell of Uglich. Amusing Planet.

Manaev, G. (2021, 9 Mei). How Russians executed BELLS. Russia Beyond,


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply