Semua ibu bapa tahu azab apabila terpijak lego. Pedihnya boleh menyebabkan gigi retak kerana cuba menahan sakit. Yang bujang memang takkan tahulah bab ini.

Kalian boleh tahu satu lagi kisah yang sangat menarik melibatkan lego. Demikian hari pada 13 Februari 1997, berlaku satu kejadian sangat ngeri di perairan United Kingdom sebelah barat daya.

Hari tersebut sebenarnya elok saja. Angin bersepoi-sepoi bahasa, dengan bibit-bibit sejuk membelai permukaan besi sebuah kapal barangan (cargo ship) milik Tokio Express.

Contoh kapal Tokio Express.

Muatan kapal ini penuh dengan 62 buah peti pengangkutan, yang diisi barang permainan kanak-kanak. Sedang elok membelah laut, tiba-tiba laut berkocak.

Sebuah ombak begitu besar entah dari mana melambung kapal Tokio Express sampai terbalik. Tenggelam semua peti pengangkutan, tersemadi di dasar laut.

Saiz ombak ini dikatakan “saiz seabad sekali”. Dalam bahasa saintifik, ombak besar ini dipanggil “rogue wave” yang kedatangannya secara luar jangka.

Fenomena rogue wave sudah lama dilaporkan para kelasi silam. Saintis pada mulanya mentafsirkannya sebagai elemen lagenda maritim.

Gambaran digital macam mana rogue wave pukul kapal.

Kemajuan teknologi imbasan dari langit walau bagaimanapun mendedahkan fenomena ini merupakan realiti (Choi, 2008), bukannya lagenda semata-mata.

Apabila rogue wave ini menenggelamkan kapal Tokio Express, pakat berputih matalah pemain industri. Pihak pro-alam sekitar pun geleng kepala, kerana sebanyak lima juta Lego tenggelam bersama kapal… 66 peratus daripadanya ringan dan boleh berapungan (Weisberger, 2022).

Di darat, kaki ibu bapa manusia hancur kerana lego. Di laut, “kaki” ibu bapa ikan selamat pula. Dasar berat sebelah punya permainan.

25 Tahun Kemudian…

Tragedi yang menimpa kapal Tokio Express digelar “The Great Lego Spill”. Kapten kapal tersebut bercerita tentang detik-detik terakhir.

Mula-mula kapal dilambung 60 darjah ke satu arah. Tetapi kemudian kapal terlangkup 40 darjah ke arah berlawanan (Cacciottolo, 2014). Semua pakat melambung di dalam kapal. Mana tidak terpelanting semua kontena.

Dan kontena Lego memberi tempias terhadap bandar Cornwall. Dalam masa beberapa minggu, kawasan pesisiran pantai Cornwall berwarna-warni dengan kepingan-kepingan Lego.

Kepingan Lego yang bertaburan di pantai.

Kebetulan pula, banyak kepingan ini mempunyai bentuk berunsur laut. Bersepah pantai dengan ribuan kepingan lego berbentuk sotong kurita, pedang lanun dan jaket keselamatan.

Tertimbus dalam timbunan ini bentuk naga dan penyapu. Sampai hari ini Lego datang “menjenguk” pantai, ditolak sana sini pergi mari.

Kes ini secara tidak langsung menjadi eksperimen saintifik tentang masalah plastik di lautan. Saintis mendapat bukti amali (practical evidence) yang plastik tidak terlerai meskipun berdekad-dekad dalam laut.

Tragedi Lego menunjukkan yang memang betul plastik makan masa ratusan tahun untuk lerai dalam laut.

Lukisan komik yang bercerita sisi kanak-kanak dan dewasa.

Lerainya pula menghamburkan bahan kimia, sekali gus membuka jendela perbincangan tentang pencemaran pula. Cakap pasal pencemaran laut, memanglah kehidupan haiwan dibincang secara panas.

Saintis mengkaji bagaimana bahan kimia ini menjejaskan hormon haiwan dan mengganggu imbangan pembiakan ikan misalnya (Bernstein, 2009).

Kalau ikut anggaran kasar, belum tentu kepingan-kepingan Lego ini akan terlerai habis menjelang tahun 2500.

Dapatan daripada imbasan X-Ray meramal kita semua kena tunggu lagi 1,300 tahun (bukan setakat beberapa dekad semata-mata). Jadi tunggu sajalah. Cakap banyak pun tidak berguna. Memang dasar Lego – bagi sakit kaki sampai hormon ikan pun hancur.

RUJUKAN:

Bernstein, M. (2009). Plastics in oceans decompose, release hazardous chemicals, surprising new study says. American Chemical Society.

Cacciottolo, M. (2014, Julai 21). The Cornish beaches where Lego keeps washing up. BBC.

Choi, C. (2008, Ogos 4). Secret to Towering Rogue Waves Revealed. Live Science.

Weisberger, M. (2022, February 12). 5 million shipwrecked Legos still washing up 25 years after falling overboard. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply