Siapa peminat sejarah tamadun Rom? Kalau anda adalah salah seorang dari para peminat ini, mesti kalian biasa dengar dengan nama ‘gladiator’. Gladiator ialah sukan bertempur yang biasanya disertai oleh tentera Rom dan warga lelaki Rom. Asal gladiator sebenarnya tidak dianggap sebagai sukan, malah ia sebenarnya hiburan yang mengerikan iaitu sebuah pertempuran antara para banduan yang terpilih untuk melawan sesama sendiri sehingga salah satu lawannya meninggal dunia.

Setelah Colosseum dibina pada tahun 80 Masihi, peraturan pertandingan gladiator diubah dari hiburan berdarah menjadi sukan tempur yang mampu menjana wang bagi warga Rom. Tidak kira kau dari golongan bangsawan, pahlawan handal, pesara tentera, malah rakyat lelaki sekalipun dibenarkan menyertai sukan gladiator kerana detik menonjolkan gaya bertarung jarak dekat menjadi hiburan penonton selain peserta disajikan hadiah yang lumayan.

Tidak kurang juga ada antara peserta gladiator menaikkan nama mereka sehingga dikenali ramai umpama selebriti dunia hiburan kini. Untuk artikel ini, saya sertakan lima orang pahlawan yang terkenal ketika melibatkan diri dalam dunia gladiator.

1. Spiculus

Spiculus adalah pahlawan gladiator yang terkenal pada abad pertama Masihi. Beliau bukan saja mahir bertempur malah menjadi pahlawan kegemaran Maharaja Nero (54 – 68 Masihi) ketika zaman pemerintahan baginda.

Spiculus memulakan latihan di sekolah gladiator di Capua. Ketika Spiculus memasuki perlawanan gladiator pertama, beliau berhadapan dengan pahlawan gladiator veteran bernama Apotonetus yang telah memenangi 16 perlawanan. Akhirnya, Spiculus menang dan kejayaan beliau mendapat perhatian Maharaja Nero.

Nero kemudian memberikan bermacam-macam hadiah kepada Spiculus, termasuklah memberikan Istana khas untuk Spiculus saja dan para pembantu Istana yang sentiasa melayannya. Spiculus begitu janggal dengan pemberian maharajanya kerana beliau hanyalah berstatus hamba. Namun kepopulariti beliau sebagai pahlawan gladiator menjadikan Spiculus istimewa di mata Maharaja Nero.

Setelah Nero digulingkan pada tahun 68 Masihi, ketika baginda melarikan diri, baginda meminta Spiculus untuk membunuh maharajanya. Spiculus menolak permintaan Nero, kemudian Nero memutuskan untuk membunuh diri sendiri. Manakala Spiculus pula ditangkap oleh pihak konspirasi dan pemberontak dan membunuhnya dengan menghempap guna arca patung Maharaja Nero.

Begitu tragis kematian pahlawan gladiator kegemaran maharaja Rom yang bermasalah.

2. Marcus Attilius

Ukiran graffiti di Pompeii yang menunjukkan Marcus Attilius (kiri) dan L. Raecius Felix (kanan) bertempur. (Sumber: Ancient Origins)

Marcus adalah pahlawan gladiator popular yang bukan dari golongan hamba. Beliau menghadiri sekolah gladiator secara sukarela. Tindakan beliau yang sukarela ini menjadikan Marcus tergolong dalam golongan pahlawan gladiator elit kerana pahlawan sukarela ini biasanya adalah mereka yang berstatus tinggi.

Walaupun begitu, Marcus adalah pahlawan yang paling muda dalam bertempur berbanding gladiator elit lain. Beliau sukarela pun sebab ingin melunaskan hutangnya keliling pinggang. Lagi perit, perlawanan pertama Marcus ialah Hilarus, pahlawan gladiator veteran milik Maharaja Nero yang memenangi 12 dari 14 perlawanan.

Keputusannya, Marcus memang dengan menundukkan Hilarus. Di sinilah wujudnya lagenda tentang Marcus melawan pahlawan gladiator yang lebih berpengalaman. Perlawanan kedua Marcus juga tidak kurang popular juga, di mana beliau mengalahkan pahlawan gladiator elit yang memenangi 12 perlawanan tanpa kalah, iaitu Lucius Raecius Felix.

Perlawanan kedua Marcus ini tersemat dalam lipatan sejarah Rom sehingga terdapat lukisan graffiti di pagar Nocerian yang terletak di Pompeii, Itali.

3. Flamma

Pahlawan gladiator bernama Flamma ini mencapai kepopularitinya pada fasa pemerintahan Maharaja Hadrian (117 – 138). Sebenarnya nama sebenar beliau masih tidak diketahui. Nama ‘Flamma’ ialah nama pentas beliau sebagai pahlawan gladiator, bermaksud api dalam bahasa Rom Latin. Walaupun begitu, asal-usul Flamma dikenalpasti.

Flamma ialah seorang tentera dari wilayah Syria yang ditangkap oleh tentera Rom dan dihukum menjadi pahlawan gladiator sehingga menghembuskan nafas terakhir, Namun Flamma tidak sekadar terselamat dari perlawanan pertamanya, beliau juga telah bertempur sebagai pahlawan gladiator dalam 34 perlawanan sebelum meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Atas prestasi Flamma, beliau dikenali ramai sebagai pahlawan gladiator yang gagah. Pernah Maharaja Hadrian memberikan peluang kepada Flamma untuk membebaskan diri namun harus memilih antara empat syarat. Namun, Flamma tetap memilih untuk meneruskan karier sebagai pahlawan gladiator. Dalam 34 perlawanan dari Flamma, beliau telah memenangi perlawanan sebanyak 21 kali, seri sebanyak 9 kali, dan kalah sebanyak 4 kali.

4, Commodus

Commodus ialah maharaja Rom yang memerintah pada tahun 176 hingga 192 Masihi. Commodus adalah satu-satunya maharaja yang aktif dalam dunia gladiator, sehingga baginda begitu obses dengan pertempuran berdarah ini. Di sinilah pengkaji melihat Commodus sebagai ‘maharaja Rom yang gila’.

Maharaja Commodus ialah putera kepada Maharaja Marcus Aurelius (161 – 180) dan menjadi pemangku maharaja pada usia 16 tahun. Setelah kemangkatan Aurelius, Commodus dilantik menjadi maharaja Rom tunggal. Sepanjang Commodus memerintah, baginda tidak menghiraukan urusan pentadbiran Rom dan hanya menyibukkan diri sebagai pahlawan gladiator.

Ketaksuban Commodus ini semakin teruk sehingga baginda menganggap dirinya sebagai dewa sekuat Hercules, watak demigod terkuat dalam mitologi Rom. Commodus telah menyertai gladiator dengan perlawanan sebanyak 735 kali. Kemahiran tempur jarak dekat baginda tidak sehandal pahlawan gladiator lain namun tiada siapa sanggup kalahkan Commodus kerana statusnya sebagai pemerintah.

Pada 31 Disember 192 Masihi, Commodus telah mangkat akibat berlawan dengan ahli gusti yang dijemput oleh penasihatnya. Baginda dikatakan dicekik begitu kuat oleh ahli gusti tersebut. Tidak mustahil jika penasihat ini membenci Commodus sehingga sanggup merancang kes pembunuhan.

5.Spartacus

Spartacus ialah satu-satunya pahlawan gladiator paling terkenal dalam sejarah tamadun Rom. Beliau sebenarnya lebih terkenal dengan mencetuskan pemberontakan oleh para pahlawan melawan kerajaan. Spartacus lahir di wilayah Balkan, menjelang dewasa beliau menjadi tentera Rom.

Setelah lama libatkan diri dalam kempen ketenteraan, Spartacus terus menjadi hamba dan dibawa ke sekolah gladiator di Capua untuk dilatih sebagai pahlawan gladiator. Pada tahun 73 SM, Spartacus muak dengan layanan kasar tentera Rom di dalam sekolah gladiator. Kemudian, beliau bersama 70 orang pahlawan melarikan diri dan berlindung di Gunung Vesuvius.

Akibat tindakan melarikan diri ini, ramai hamba menyertai kumpulan Spartacus sehingga mencecah 90,000 orang! Kerajaan Rom kemudian cuba menumpaskan kumpulan Spartacus yang semakin berkembang, dan tercetusnya Pertempuran Servile Ketiga. Sepanjang usaha tentera Rom menumpaskan kumpulan Spartacus, beliau berjaya menumpaskan dua pasukan tentera Rom yang menyerbu Gunung Vesuvius.

Pada tahun 72 SM, setahun selepas Spartacus melarikan diri, beliau bersama para hamba yang telah dilatih menjadi tentera menyerang pasukan tentera Rom di Gaul dan menumpaskan dua orang ahli konsul Rom. Kelicikan Spartacus dalam mengatur pertempuran dengan tentera Rom mejadikan Rom begitu sukar untuk tumpaskan kumpulan pemberontakan ini. Sehinggalah Marcus Licinius Crassus dilantik menjadi jeneral perang Rom, Spartacus telah menemui lawannya.

Tahun berikutnya iaitu 71 SM, kuasa pemberontakan Spartacus telah ditumpaskan dan Marcus berjaya mengepung Spartacus yang hampir melarikan diri keluar dari wilayah Rom. Pengakhiran hidup Spartacus masih diketahui, sama ada telah meninggal dunia semasa berperang atau telah melarikan diri lagi dari cengkaman Rom.

RUJUKAN:

Brophy, Mark. 27 July 2022. 5 Celebrity Gladiators of Bloodthirsty Ancient Rome. Ancient Origins.

Adhikari, Saugat. 11 August 2021. Top 10 Famous Ancient Roman Gladiators. Ancient History Lists.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply