Ramai sekarang bawa perangai gaduh dulu bincang kemudian. Itu yang susah, tambah kalau main bab ideologi. Macam baru-baru ini, filem Mat Kilau menjadi buah mulut negara. Timbul pula segelintir yang berpendapat filem tersebut membawa agenda fasisme.

Perangai label sebegini tidak terhad di Malaysia saja. Barat pun sama. Label fasisme banyak kali dilemparkan pada Donald Trump dan Viktor Orban. Joe Biden turut dituduh fasis, kerana mewajibkan vaksinasi. Senang kata, perkataan “fasis” digunakan untuk menggambar sesuatu yang betul-betul negatif. Penggunaan yang kerap membuatkan perkataan ini akhirnya lari daripada maksud asal.

Perbezaan Antara Nasionalisme dan Fasisme

Filem Mat Kilau sememangnya membawa elemen nasionalis. Mat Kilau berjuang menentang British. Nasionalisme adalah perjuangan yang kerajaan wajib bebas daripada campurtangan asing. Dalam bab ini, senang cakap “the rights to self-determination” (hak pilih jalan sendiri) melalui wadah politik (Finlayson, 2014). Nasionalisme juga menyatukan populasi dibawah satu identiti “tunggal tetapi berkongsi” dari segi agama, bahasa dan budaya (Smith, 2010).

Politik Untuk Pemula membuka jendela baharu untuk kalian yang ingin tahu tentang sepak terajang politik. Ayuh dapatkan di Shopee kami –
https://shopee.com.my/The-Patriots-Politik-Untuk-Pemula-(Ayman-Rashdan-Wong)-i.238336777.3282451258

Zaman sekarang suara nasionalis lebih cenderung bernada konservatif. Itu tidak bermakna ideologi ini adalah tunjang fasisme. Kerana fasisme senang cakap ibaratkan “pelampau konservatif” sampai nilai konservatif sudah hilang. Kalau berbahas dalam naratif politik, fasisme diletak jauh di spektrum kanan… yakni “far-right”, sekali gus membawa mentaliti berbeza.

Fasisme Mendapat Kiblat

Tanya orang zaman sekarang pasal asal-usul fasisme, mesti semua pakat petik Jerman. Walhal roh fasisme ditiup sejak zaman Revolusi Perancis (1789-1799), semakin mekar semasa pemerintahan Napoleon III. Kerajaan Napoleon menakutkan rakyat dengan kuasa polis dan menutup mulut pihak media (Williams, 2015), sama seperti apa pihak fasis 1940-an buat. Jatuhnya Napoleon tidak menghentikan fasisme. Ideologi ini merebak lagi, dengan tanggapan umum bahawa “masyarakat memerlukan solusi mutlak kerana terlalu lama bertakung dalam krisis” (Morgan, 2015).

Antara pengamal fasis terawal.

Pihak fasis Perancis berpegang pada konsep Charles Darwin, bahawa “hanya yang kuat saja boleh hidup” (survival of the fittest). Secara berperingkat, ideologi ini menembusi seluruh Eropah… melahirkan pemikir seperti Friedrich Nietzsche yang mendakwa “Tuhan sudah mati”. Pada masa Jerman masih dibawah kuasa raja, Itali semakin tenggelam dalam arus fasisme. Dan Perang Dunia Pertama mengheret Jerman dalam kancah fasisme secara mutlak, kerana 1) ekonomi rapuh, 2) politik yang sangat panas dan 3) pemikiran takut melampau kerana Rusia sudah berubah.

Hanya apabila Jerman bangkit semula, barulah fasisme seolah-olah bertukar tangan kerana ada kiblat baru. Nilai-nilai diterapkan kerajaan Jerman antara 1934 hingga 1945 menjadi saduran utama fasisme.

Meletakkan Ideologi Pada Makna

Jujur cakap perangai tuduh-menuduh fasis tiada beza pun dengan sifat jijik segelintir umat Islam. Asal berbeza bab politik, terus label kafir. Dalam Islam, “kafir” adalah definisi sangat kotor. Jadi definisi ini dilempar untuk menyakitkan hati. Begitu juga dengan fasisme, suatu definisi disalah erti tetapi asalkan puas hati. Kena rujuk semula asas fasisme:

  • Memecah belah populasi dengan konsep darjat.
  • Mengamalkan konsep kayangan yang ada golongan elit dalam populasi.
  • Menggunakan kuasa ketenteraan.
  • Membawa pemikiran kelelakian (masculinity).
  • Menjadi wacana mirip agama.

Cuba tengok balik berapa ramai pemimpin yang lulus semua kriteria di atas. Vladimir Putin mengamalkan kelima-limanya. Abdel Fattah el-Sisi pun sama. Tetapi kerajaan mereka tidak disebut fasis oleh golongan pengkaji. Masakan kita layak ditembak fasis sedangkan Melayu dan Cina boleh saja berkahwin asalkan Islam. Kalangan bukan Islam seperti Cina dan India juga boleh buat apa saja yang diingini.

Konsep kayangan di Malaysia pula lebih pada ketidakadilan ekonomi, bukannya pengstrukturan kerajaan. Dan sememangnya kerajaan kita tidak berkuasa melalui tentera, apatah lagi wacana mirip agama. Populariti Dr. Mahathir dan Najib Razak tidak langsung mendekatkan mereka seperti seorang nabi.

Itu yang kita kena faham awal-awal. Fasisme dipetik secara berleluasa tanpa sebarang ilmu sampai definisinya sudah hilang makna. Tidak setuju dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu benda biasa. Tetapi tanya pada diri sendiri: berapa juta orang Melayu yang lepas tengok filem tersebut tiba-tiba ingin mengamuk bagai?

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Finlayson, A. (2014). 5. Nationalism. Political Ideologies: An Introducation. Routledge. Halaman 100-102.

Morgan, H. (2015). Fascism and the Doctrine of National Socialism. Xlibris.

Smith, A. (2010). Nationalism: Theory, Ideology, History. Polity. Halaman 6-7, 37.

Williams, R. (2015). The Mortal Napoleon the Third. Princeton University Press. Halaman 28.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply