Pada 79 Masihi, letusan gunung berapi Vesuvius tercetus. Letusan gunung berapi itu meliputi keseluruhan kota Pompeii dan bandar sekitarnya, Herculaneum dengan abu panas dan memelihara jasad orang terbunuh mengikut kedudukan mereka sebagai tatapan generasi hari ini. Tetapi ia sama sekali tidak memperlihatkan kekuatan sebenar letusan Gunung Vesuvius.

Mengikut catatan sejarawan Rom, Pliny the Younger, asap yang keluar dari letusan pada waktu tengah hari ibarat payung yang menukar suasana di Pompeii seperti malam hari. Dalam tempoh dua hari, tenaga termal yang dilepaskan Vesuvius 100,000 kali ganda lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada akhir Perang Dunia Kedua (WWII).

Dengan kekuatan sebegini, ini menjelaskan mengapa saintis merasakan ramai mangsa Pompeii mati bukan akibat terhidu abu letusan tetapi akibat haba yang dibawa awan piroklas. Ini berdasarkan penemuan ratusan rangka individu yang ditemui di kawasan perlindungan berhampiran gigi air Herculaneum.

Mereka terkejut mengapa terdapat sisa merah dan hitam pada rangka-rangka yang ditemui. Kebiasaannya, ini merupakan petanda kadar kepekatan besi yang tinggi. Ia hanya boleh terjadi akibat dua sebab iaitu objek besi didedahkan kepada haba tinggi dan darah menggelegak.

Contoh tengkorak meletup yang diambil daripada rangka-rangka mangsa Herculaneum yang terbunuh semasa letusan Vesuvius. Sumber: PLoS One.

Bagi tengkorak meletup pula, ini dapat dilihat menerusi kesan haba pada rangka. Kebanyakan bahagian atas tengkorak menunjukkan ia meletup ke arah luar dan mempunyai sisa abu. Saintis percaya tengkorak meletup berlaku selepas ia didedahkan kepada suhu haba sekitar 400 hingga 900 darjah Celsius. Suhu haba yang tinggi mendidihkan cecair dalam kepala mangsa lalu mengakibatkan ia meletup dan menukar otak mereka kepada abu.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi sekurang-kurangnya kematian penduduk di Herculaneum berlaku dengan cepat. Berbeza pula di Pompeii, kebanyakan penduduknya mati akibat kejutan haba dengan suhu sekitar 200 hingga 250 darjah Celsius. Kejutan haba ini mengakibatkan fiber otot mangsa-mangsa yang terbunuh di Pompeii mengecut.

Mungkin ada berpandangan bahaya letusan gunung berapi hanya berkisar tentang lava sahaja. Hakikatnya, awan piroklas jauh lebih merbahaya daripada lava kerana ia bergerak melebihi 450 batu sejam dan boleh mencecah suhu 1,800 darjah Fahrenheit.

Bagi pengkaji Roberto Isaia dari Institut Kebangsaan Geofizik dan Volkanologi (INGV), tempoh 15 minit terawal selepas letusan boleh dianggap sebagai tempoh semua penduduk Pompeii mati. Ini kerana mereka tidak pernah menjangka akan ditimpa peristiwa sebegitu rupa.

Runtuhan Pompeii berlatarbelakangkan Gunung Vesuvius.

Tambah Isaia lagi, mereka sudah biasa dengan fenomena gempa bumi sekitar wilayah berkenaan tetapi bukan letusan gunung berapi. Apabila itu berlaku, mereka tidak dapat melarikan diri dengan pantas dan tertimbus di bawah timbunan abu gunung berapi setinggi 30 kaki. Jika mereka dapat keluar dari kediaman mereka sekalipun, peluang untuk hidup amat tipis.

Komuniti arkeologi percaya daripada 20,000 populasi Pompeii dan Herculaneum, 2,000 penduduk dua kota berkenaan terbunuh dalam insiden letusan Vesuvius pada 79 Masihi. Mana-mana penduduk yang terselamat memilih berhijrah ke sepanjang pantai selatan Itali untuk membina kehidupan baru. Malah, ada juga yang memilih pasangan hidup dalam kalangan mereka yang terselamat sebagai manifestasi kebangkitan mereka daripada musibah berkenaan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Selepas letusan pada 79 Masihi, Pompeii dilupakan dunia selama 1,700 tahun. Ia mula menggamit perhatian dunia selepas ia ditemui semula oleh sekumpulan jurutera Sepanyol pada abad ke-18. Hari ini, ia merupakan antara destinasi pelancongan popular di Itali dan menarik kehadiran lebih sejuta pelancong setiap tahun.

Terletak di pantai barat Itali, Vesuvius merupakan satu-satunya gunung berapi aktif yang wujud di tanah besar Eropah. Tetapi besarnya impak termal yang dilepaskan Vesuvius merupakan satu amaran tentang bahaya yang menanti Naples, sebuah bandaraya yang terletak lapan batu dari gunung berkenaan. Ketika ini, Naples mempunyai populasi sekitar tiga juta orang.

Impak letusan Vesuvius seterusnya dijangka akan mengenai Naples jauh lebih teruk daripada Pompeii 2,000 tahun sebelumnya.

Dengan gunung berapi ini diketahui meletus setiap 2,000 tahun, impaknya ke atas populasi hari ini dijangka lebih dahsyat daripada apa yang berlaku 2,000 tahun sebelumnya. Perkara ini menjadi sebab kajian baru berkenaan letusan Vesuvius pada 79 Masihi dibuat. Ini bagi memastikan aspek-aspek letusan termasuk awan piroklas diambil kira bagi menyelamatkan populasi awam sekiranya Vesuvius meletus lagi.

RUJUKAN

Avery, D. (2021, 22 Mac). All life in Pompeii was wiped out in just 15 MINUTES of the catastrophic volcano eruption that suffocated thousands in the Roman city 2,000 years ago, study finds. Daily Mail.

Tondo, L. (2021, 22 Mac). Vesuvius killed people of Pompeii in 15 minutes, study suggests. The Guardian.

Daley, J. (2018, 10 Oktober). Mount Vesuvius Boiled Its Victims’ Blood and Caused Their Skulls to Explode. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply