Dalam dunia kecantikan moden, Korea Selatan dah jadi kuasa besar. Mereka bukan saja cetuskan trend K-pop dan K-drama, tapi juga trend skincare yang luar biasa. Salah satu ramuan paling pelik yang tiba-tiba jadi rebutan di seluruh dunia ialah… lendir siput. Ya, lendir daripada makhluk lembap yang kita selalu elak bila jalan waktu hujan tu — kini dijadikan serum wajah yang disapu dengan bangga.
Dipanggil snail mucin atau snail secretion filtrate, lendir ni mula popular dalam dunia K-beauty sejak awal 2000-an. Ia kini ada dalam beratus produk — dari serum, esen, pelembap, sampai ke mask muka. Jenama seperti COSRX, Mizon, Benton dan Missha antara yang paling dikenali dengan produk berasaskan lendir siput. Tapi yang sering ditanya pengguna: betul ke lendir siput ni berkesan? Atau sekadar gimik marketing?
Secara kimia, lendir siput memang bukan lendir biasa. Ia kaya dengan bahan aktif seperti glycolic acid, hyaluronic acid, zinc, enzim penyembuhan luka, dan pelbagai peptida. Semua ni adalah komponen yang terbukti dalam dunia dermatologi moden boleh membantu melembapkan kulit, merangsang kolagen, mempercepat penyembuhan luka, dan melambatkan penuaan.
Beberapa kajian kecil menyokong penggunaan snail mucin. Ia menunjukkan potensi untuk membaiki tekstur kulit, kurangkan parut, dan tingkatkan keanjalan kulit. Tapi dalam skala saintifik yang lebih luas, bukti klinikal masih belum cukup kukuh. Banyak kesan positif yang diceritakan datang dari pengalaman pengguna (anecdotal), bukan ujian terkawal berskala besar.
Tapi dari sudut biologi, memang ada asas logik. Siput menghasilkan lendir untuk lindungi tubuhnya daripada bakteria, luka, dan kekeringan. Bila ia cedera, lendir ini bantu sembuhkan dengan cepat. Saintis percaya fungsi perlindungan dan penyembuhan ni boleh diterjemahkan kepada manfaat dalam penjagaan kulit manusia — sekurang-kurangnya dari segi kelembapan dan anti-bakteria.
Yang menarik, Korea Selatan ambil serius soal kualiti. Ada ladang khas untuk ternak siput dan kutip lendir secara beretika — tanpa menyakitkan siput. Biasanya siput dibiarkan merayap atas jaring halus, dan lendir yang tertinggal dikumpul secara semula jadi. Tapi ada juga pengeluar yang streskan siput dengan cahaya atau getaran — ini cetus perdebatan dari sudut etika.
Dalam sejarah biologi, manusia memang selalu cari penyelesaian pelik dari alam. Bisa ular jadi ubat darah tinggi. Racun labah-labah jadi ubat epilepsi. Dan kini, lendir siput — makhluk yang kita anggap jijik — jadi bintang dalam dunia kecantikan. Ia satu lagi bukti bahawa makhluk kecil pun boleh simpan potensi besar, kalau kita tahu caranya.
MasyaAllah, kadang-kadang ciptaan Allah yang paling kita pandang rendah, sebenarnya menyimpan manfaat yang luar biasa. Siput bukan makhluk ajaib. Tapi apa yang dikeluarkannya adalah sistem pertahanan semula jadi yang hebat — dan hari ni, manusia cuma ambil peluang untuk belajar dan manfaatkan. Tapi macam semua benda dalam dunia, perlu ada ilmu, kesedaran, dan pilihan bijak. Jangan mudah percaya pada label. Cari produk yang jujur dan berkualiti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.