Kaum Yahudi ini sejak dulu lagi ada saja perangai mereka mempertikaikan penyampaian wahyu dari para Nabi. Sampai sejarah mereka menjadi firman dalam kitab Bible bagi penganut Kristian dan Al-Quran bagi muslim sebagai pengajaran kepada umat.

 

Tapi, dalam kitab Bible terdapat catatan tentang lokasi yang hangat dengan penyembahan kepada syaitan oleh orang Yahudi, demi deharka kepada Tuhan. Lokasi tersebut ialah Lembah Hinnom.

 

 

Kisahnya bermula pada zaman pemerintahan Raja Manasseh (697 – 643 SM) yang memerintah kerajaan Judah. Baginda dilantik menjadi raja Judah pada hanya usia 12 tahun saja. Manasseh merubah sistem agama yang pada awalnya menyembah kepada Yahweh kepada sistem agama asal iaitu penyembahan dewa-dewi kuno, terutamanya dewa Ba’al.

 

Jadi, baginda menjadikan Lembah Hinnom sebagai tapak penyembahan dewa Ba’al, selain membina kuil-kuil baru dalam kerajaan. Yang sadisnya, raja ini korbankan salah satu puteranya ke unggun api sebagai korban kepada Ba’al. Dari sinilah ramai orang Yahudi mengikuti jejak raja mereka, korbankan anak lelaki demi menyembah dewa.

 

Mengikut catatan dalam kitab Bible, Ba’al sebenarnya dewa palsu. Dewa ini biasanya dikaitkan dengan iblis dan syaitan. Jadi, orang Yahudi ketika itu terang-terang menyembah syaitan!

 

 

Penyembahan syaitan ini berakhir apabila masuk zaman pemerintahan Raja Josiah (640 – 609 SM), iaitu cucu Raja Mannaseh. Baginda hancurkan kuil-kuil dan hapuskan segala bentuk penyembahan di Lembah Hinnom, demi mengasaskan semula sistem penyembahan kepada Yahweh.

 

Lembah ini dulu tidak ada namanya. Sejak masuk era Nabi Isa AS, lembah yang dulunya tapak menyembah syaitan diberi nama ‘Hinnom’ yang bermaksud neraka dalam bahasa Hebrew. Sekarang, kalau korang nak lawat lembah ni, korang pergi ke kota Jerusalem. Lembah ni terletak di bahagian barat Jerusalem.

 

Boleh la korang nampak sendiri lembah yang sekian lama menjadi tapak orang Yahudi sembah syaitan.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply