Korang yang dah tengok series One Piece, mesti ngeri tengok plot Zeff potong kaki sendiri. Sanggup tu, demi nak pastikan Sanji cukup makan. Tapi kan, ada tak kejadian sebenar macam tu dalam dunia?
Ada.
Kurt Kaser. Dia ni seorang petani kat Amerika. Pada suatu hari, dia nak pindahkan gandum yang dia tuai masuk ke tempat simpanan dengan menggunakan mesin grain auger. Tanpa dia perasan, kaki kirinya termasuk ke dalam jentera itu!
Adrenaline kick in.
Kurt cuba bertahan daripada ditarik masuk ke mesin grain auger. Mesin tu dah tangkap sampai ke pergelangan kaki. Ia stuck sekejap sebab tertahan dengan tulang. Kalau tak, memang dia sudah ke alam di sebalik mata.
Ketika detik inilah, Kurt buat satu tindakan drastik.
Sudah tidak ada pilihan lain. Sama ada kaki kirinya atau seluruh nyawanya. Kurt teringat dalam poket dia ada sebilah pisau lipat. Baru dia dapat idea untuk buat satu tindakan nekad.
Dengan menggunakan pisau lipat tu, dia mula memotong kakinya dari bawah lutut. Selapis demi selapi kulit dan daging dipotong tanpa ubat bius. Sebab situasi dah kritikal, Kurt tak fikir dah pasal sakit.
Mujur, kakinya terputus tanpa banyak masalah. Kurt merangkak 45 meter untuk capai henfon dan buat panggilan kecemasan. Helikopter segera sampai dan menerbangkan dia ke hospital terdekat.
Kalau dalam situasi terdesak, memang manusia sanggup buat perkara gila untuk selamatkan nyawa kan!
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kalau nak tahu, One Piece memang amik banyak plot daripada kisah benar. Kalau korang memang minat genre pengembaraan macam tu, mesti korang seronok untuk baca Mahakarya – Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra. Klik https://bit.ly/Adiwangsa2
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih