Perkahwinan memang menjadi impian bagi setiap lelaki di Malaysia tetapi hari ini nak laksanakannya bukan mudah. Di tambah lagi dengan kos sara hidup semakin meningkat, perkahwinan bukanlah satu pilihan yang sesuai dalam masa terdekat. Ada juga mendakwa, perkahwinan menjadi semakin sukar kerana demand yang bukan-bukan daripada pihak perempuan.

Situasi itu membuatkan ramai lelaki lebih selesa solo dan fokus kepada pekara yang memberi manfaat kepada mereka. Tapi tahukah anda sebenarnya, kos sara hidup tinggi dan perempuan terlalu memilih bukanlah sebab utama mengapa lelaki selesa solo. Ini kerana jika dua perkara itu tiada sekalipun, lelaki Malaysia akan tetap solo dan kesepian di masa hadapan. Kenapa boleh jadi begitu?

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah lelaki telah meningkat dengan mendadak sebanyak 52.3% berbanding wanita. Bermakna seramai 17 juta populasi Malaysia terdiri daripada orang lelaki. Manakala bakinya iaitu sekitar 15.5 juta adalah wanita. Jika dikira secara nisbah, jumlah lelaki kepada wanita akan menjadi 110:100. Jadi apa kaitan antara populasi lelaki yang lebih banyak berbanding wanita dengan kesepian?

Sekarang ini cuba bayangkan, andai kata setiap lelaki di Malaysia hanya akan berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Berdasarkan nisbah 110:100, ada lebih 10 orang lelaki yang kesepian kerana jumlah wanita tidak mencukupi. Jika ada lelaki yang memang tak cukup satu dan kurang miliki kesetian, pasti lebih daripada 10 orang lelaki akan sentiasa kesepian.

Bak kata Dewa 19, baru ku sedari cinta ku bertepuk sebelah tangan

Tapi kalau dikira berdasarkan nisbah sahaja, pasti nampak sikit dan mungkin tidak akan memberikan kesan. Bagaimana pula kalau dikira berdasarkan jumlah sebenar populasi rakyat Malaysia, pasti ramai yang terkejut. Jumlah lelaki adalah 17 juta dan wanita pula adalah 15.5 juta. Jika seorang lelaki mengahwini seorang wanita, maka tinggal sejumlah 1.5 juta lelaki yang bakal kesepian.

Itu belum masuk lagi mereka yang suka lebih dari satu dan pertambahan populasi pada masa hadapan. Jadi adakah ini sesuatu yang perlu kita semua bimbangkan?

Jangan risau kerana trend sedemikian rupa juga turut terjadi di negara lain. Sebagai contoh di India, nisbah lelaki kepada wanita adalah 108:100. Bermaknan sebanyak 723.97 juta daripada populasi keseluruhan India adalah lelaki. Bagi China pula, sebanyak 51.24% daripada keseluruhan populasi adalah lelaki.

Biarpun begitu masih terdapat lagi beberapa tempat di Malaysia yang miliki populasi wanita lebih ramai berbanding lelaki. Antaranya adalah Putrajaya yang miliki nisbah lelaki kepada wanita sekitar 96:100. Jadi kepada lelaki-lelaki Putrajaya, peratusan untuk anda mengalami kesepian adalah rendah kerana jumlah yang sedikit.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bagi lelaki Malaysia secara keseluruhannya, usah bersedih kerana anda juga boleh lari daripada kesepian dengan memilih wanita daripada negara yang memiliki populasi wanita agak tinggi. Antaranya adalah seperti Rusia, Latvia, Ukraine, Armenia dan Belarus. Keempat-empat negara ini memiliki nisbah lelaki yang lebih rendah berbanding perempuan iaitu 86:100. Selepas ini mungkin anda tidak lagi kesepian.

Kesimpulannya, pertambahan populasi di sesebuah negara itu adalah satu perkara normal untuk menuju negara maju. Jika sesebuah negara itu sedang mengalami kekurangan populasi atau menjadi tua, ia akan menjadi masalah besar kerana akan kekurangan pekerja untuk membangunkan negara. Kepada anda yang single itu, jika ada bertanya kenapa tidak kahwin lagi. Cakap sahaja anda tergolong daripada 1.5 juta lelaki yang menjadi lebihan populasi di Malaysia.


Ada banyak buku menarik – fiksyen dan bukan fiksyen – menanti anda di halaman Shopee kami. Kalian dipelawa layari pautan dibawah:

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Bernama. (2021, Februari 10). Populasi penduduk Malaysia sudah cecah 32.73 juta, lelaki melebihi wanita. Astro Awani. Dipetik daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/populasi-penduduk-malaysia-sudah-cecah-3273-juta-lelaki-melebihi-wanita-282292

Zanariah Abd Mutalib. (2022, Februari 14). Nisbah jantina rakyat Malaysia 110 lelaki berbanding 100 wanita. Berita Harian. Dipetik daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/922366/nisbah-jantina-rakyat-malaysia-110-lelaki-berbanding-100-wanita


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply