Tatkala pemerhati serantau menunggu keputusan pilihan raya Jepun pada Ahad lepas, negara itu dikejutkan dengan se.ra.ngan pi.s.au seorang lelaki berpakaian kostum Joker di Tokyo. Se.ra.ngan di sebuah stesen keretapi itu menyaksikan 17 orang cedera, tiga daripadanya mengalami kecederaan serius.

Klip video se.ra.ngan:

(Sumber: South China Morning Post)

Saksi-saksi di tempat kejadian memberitahu stesen televisyen NHK pengguna keretapi yang panik melompat keluar dari tingkap komuter atau masuk ke gerabak keretapi lain. Se.ra.ngan tersebut berlaku ketika penduduk Tokyo meraikan sambutan Halloween dengan kebanyakan penduduk memakai kostum. Selain meni.k.am, suspek turut menuang minyak dan memba.ka.r stesen sekaligus mengakibatkan ramai pengguna panik.

Rajah 1: Penumpang-penumpang yang ketakutan melompat keluar dari gerabak dan berlari keluar dari stesen. Sumber: Twitter/@SIZ33

Suspek Kyota Hattori, 24 tahun, diberkas polis di tempat kejadian tanpa melawan. Semasa disoal siasat, Hattori memberitahu dia amat meminati watak Joker dari filem Batman. Malah, dia menyatakan ingin membu.n.uh ramai pengguna pada hari itu dan berharap dikenakan hukuman ma.ti atas je.na.yahnya itu.

Rajah 2: Suspek Kyota Hattori ditahan polis tanpa melawan selepas meni.k.am 17 orang penumpang. Sumber: South China Morning Post.

Laman media sosial riuh dengan imej-imej dari tempat kejadian. Satu imej menunjukkan Hattori memakai baju kemeja berwarna hijau dan sut berwarna ungu – menye.ra.ng pengguna keretapi dengan pi.sa.u dalam keretapi Keio berhampiran stesen keretapi Kokuryo. Menurut seorang saksi kejadian. dia menye.ra.ng penumpang tanpa menunjukkan sebarang perasaan sekaligus menimbulkan ketakutan para penumpang.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Apabila diminta mengulas insiden itu, jurucakap kerajaan Hirokazu Matsuno menyifatkan se.ra.ngan tersebut sebagai ke.j.am dan tidak berperikemanusiaan. Klip video televisyen menunjukkan pihak berkuasa dan pasukan penyelamat bekerja keras di luar stesen keretapi mengeluarkan pengguna keretapi yang terperangkap.

Rajah 3: Pasukan bomba masuk ke stesen untuk memadamkan api keba.ka.ran yang dicetuskan suspek. Sumber: Twitter/@SIZ33

Salah seorang penumpang yang merakam video insiden, Shunsuke Kimura memberitahu dia terpaksa melompat keluar dari tingkap gerabak. Bagaimanapun, dia mengalami kecederaan di bahu selepas terjatuh pada platform stesen.

Jepun jarang berdepan je.na.yah ga.n.as begini berikutan usaha keras pihak berkuasa menjaga keamanan negara itu. Tetapi ia masih tidak boleh memadamkan hakikat bahawa ini se.ra.ngan pi.s.au kedua dihadapi ibu negara Jepun itu dalam tempoh dua bulan.

Sehari sebelum upacara penutupan Sukan Olimpik, seorang lelaki berusia 36 tahun bertindak meni.k.am 10 orang penumpang komuter. Selepas ditahan pihak berkuasa, suspek memberitahu dia mahu meni.k.am wanita yang kelihatan gembira. Dengan se.ra.ngan terbaru ini, ini menunjukkan peningkatan trend je.na.yah pi.s.au berprofil tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dua tahun sebelumnya, seorang lelaki bernama Ryuichi Iwasaki, 51 tahun, membawa dua bilah pi.s.au sebelum menye.ra.ng sekumpulan pelajar perempuan di sebuah perhentian bas di luar Tokyo. Se.ra.ngan tersebut menyaksikan dua orang mangsa terbu.n.uh dengan 17 lain cedera. Sebelum sempat dicekup pihak berkuasa, suspek memilih mengambil nyawanya sendiri.

Pada 2018, seorang lelaki bernama Ichiro Kojima membu.nu.h seorang penumpang dan mencederakan dua lagi dalam satu se.ra.ngan dalam keretapi Shinkansen. Kojima kini sedang menjalani hukuman pen.ja.ra seumur hidup atas je.na.yah yang dilakukannya.

Dan akhir sekali pada 2016, Jepun dikejutkan dengan insiden se.ra.ngan pi.s.au di sebuah rumah penjagaan orang kelainan upaya (OKU) di Sagamihara. Se.ra.ngan yang dilakukan oleh Satoshi Uematsu menyaksikan 10 orang individu terbu.n.uh dengan 26 lagi cedera.

Bila ditanya motif se.ra.ngan, dia melakukannya sebagai cara menamatkan penderitaan OKU yang dibebankan dengan pelbagai penyakit dan keadaan genetik. Selepas ditahan dan dibicarakan di mahkamah, Uematsu kemudiannya dikenakan hukuman ma.ti pada 2020. Dalam penghakimannya, hakim menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan melihat hukuman tersebut sebagai setimpal terhadap je.na.yahnya.

Insiden-insiden ini sudah pasti menimbulkan persoalan bagaimana pihak berkuasa melindungi stesen dan penumpang keretapi daripada se.ra.ngan sebegini. Dahulu, wujud cadangan untuk memeriksa penumpang sebelum memasuki stesen tetapi ditolak atas alasan ia berpotensi melewatkan perjalanan keretapi.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri baru Fumio Kishida mengambil kira aspek keselamatan dan kebajikan pengguna pengangkutan awam Jepun daripada aspek ketepatan masa ketibaan keretapi. Cukuplah pisang berbuah dua kali. Atau hanya selepas se.ra.ngan lebih dahsyat, baru nak bertindak? Jika itu berlaku, maka jelaslah kepentingan kerajaan ialah aspek material dan bukannya nyawa rakyat yang tidak berdosa.

RUJUKAN

BBC News. (2020, 13 Mac). Satoshi Uematsu: Japanese man who DITAPIS 19 disabled people sentenced to DITAPIS.

McCurry, J. (2021, 31 Oktober). Arrest after man dressed as Joker injures 17 in Tokyo train DITAPIS. The Guardian.

Feehan, K. dan Devereux-Evans, O. (2021, 31 Oktober). Suspect dressed as The Joker, 24, ‘told police he wanted the DITAPIS PENALTY’ as they arrested him after DITAPIS, acid and arson DITAPIS on Tokyo train left 17 injured including elderly man fighting for his life. Daily Mail.

Reuters. (2019, 18 Disember). Japanese man sentenced to life in prison for DITAPIS DITAPIS on DITAPIS train.

Sumber gambar: South China Morning Post.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.