Zaman dulu, bab tolak menolak cinta dan pinangan ni boleh sampai kena hukum mati. Sebab tu lah perempuan zaman dulu suka berkias-kias. Kalau tak, bakal jadi macam kisah puteri tujuh yang mati kerana tolak cinta putera raja di Dumai.
Macam mana pulak boleh sampai terkorban sebab tolak cinta putera raja?
Legenda mengatakan seorang putera raja yang bernama Empang Kuala terpikat melihat kecantikan Puteri Mayang Sari. Dia pun tanpa buang masa terus je nak lamar Puteri Mayang Sari.
Masalahnya emak Puteri Mayang Sari iaitu Ratu Cik Sima reject mentah-mentah lamaran Empang Kuala. Sebab Ratu Cik Sima nak tengok 6 orang kakak Puteri Mayang Sari kahwin terlebih dahulu. Tak nak langkah bendul katanya.
Disebabkan rasa sangat terhina dengan penolakan tersebut, Empang Kuala telah menyerang Kerajaan Seri Bunga Tanjung yang diperintah oleh Ratu Cik Sima. Bagi melindungi 7 orang puterinya, Ratu Cik Sima telah arahkan deme bersembunyi dalam sebuah gua. Bab makanan dan minuman jangan risau. Sebab Ratu Cik Sima bagi untuk tiga bulan.
Setelah 4 bulan lamanya berperang, Ratu Cik Sima tewas dan Kerajaan Seri Bunga Tanjung telah menjadi milik Empang Kuala. Tanpa Ratu Cik Sima sedari, peperangan itu telah mengorbankan ketujuh-tujuh puterinya.
Sebab bekalan makanan yang diberikan hanya bertahan untuk 3 bulan sahaja. Sekarang dah 4 bulan. Bermakna semua puteri telah terkorban. Ditambah lagi Kerajaan Seri Bunga Tanjung yang dah musnah dan hilang, makin buat Ratu Cik Sima bertambah marah.
Dia pun pergi minta tolong jin untuk musnahkan bala tentera Empang Kuala. Dengan begitu mudah, Empang Kuala tewas. Barulah hati Ratu Cik Sima puas.
Tak gentle langsung si Empang Kuala ni, baru kena reject terus hantar bala tentera untuk menyerang. Padahal boleh je berlapang dada terima hakikat. Akibatnya kerajaan musnah dan ramai terkorban.
—
Nak tahu lebih banyak tentang kisah-kisah legenda, baca je KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Cepat beli dekat https://bit.ly/KKTMShopee