Kadang-kadang nak buat pilihan ni susah. Sebab kedua-duanya kita sayang dan perlu buat satu pilihan je. Lagi satu tu terus sengsara. Samalah macam kisah Dato Permaisuri Kemala yang kecewa di Miri.
Apa yang sebenarnya terjadi sampai Dato Permaisuri Kemala sangat kecewa?
Semuanya bermula apabila Dato Permaisuri Kemala daripada kerabat Johor-Riau berkahwin dengan putera daripada kerabat Brunei. Dia pun mengajak suaminya tinggal di Johor terlebih dahulu.
Setelah beberapa waktu, suami Dato Permaisuri Kemala meminta izin Johor-Riau untuk kembali ke Brunei. Dalam perjalanan ke Brunei, tanpa disangka-sangka laut mula bergelora dan ribut taufan melanda.
Benda tu menyebabkan kapal mereka karam. Berita baiknya si suami dapat menyelamatkan diri. Tapi masalah mula timbul sebab dia cuma boleh selamatkan seorang sahaja sama ada ibu atau isteri.
Selepas fikir masak-masak, si suami terus selamatkan ibunya. Dato Permaisuri Kemala pulak dibiarkan hanyut di laut. Sebab si suami fikir, ibu sangat sukar dicari ganti. Isteri pulak senang je nak ganti. Dekat mana-mana boleh cari.
Walau bagaimanapun, takdir memihak kepada Dato Permaisuri Kemala kerana ombak telah menghanyutkannya ke Miri. Di sana, Dato Permaisuri Kemala telah dirawat sehingga pulih oleh penduduk tempatan.
Malah dia turut dihormati kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi pekerti. Ditambah lagi dia merupakan kerabat daripada Empayar Johor-Riau.
Si suami yang dah terselamat tu terkejut beruk mendengar berita isterinya masih hidup. Tanpa berlengah lagi, dia terus menuju ke Miri.
Kedatangan si suami ke Miri pada mulanya disambut baik oleh Dato Permaisuri Kemala. Tapi bila si suami ajak Dato Permaisuri Kemala pulang ke Brunei, terus mood dia berubah.
Sebab Dato Permaisuri Kemala masih tak boleh terima dengan tindakan si suami yang membiarkannya hanyut di lautan. Siap mention pulak tu, isteri boleh dicari dengan mudah. Makin menyiraplah Dato Permaisuri Kemala. Senang cerita, kecewa teruklah dia dekat si suami.
Si suami tak berputus asa untuk memujuk Dato Permaisuri Kemala, bermacam-macam pickup line dan puisi telah diberi. Benda tu masih lagi tak dapat ubati kekecewaan Dato Permaisuri Kemala.
Dengan berat hati si suami pulang ke Brunei. Manakala Dato Permaisuri Kemala terus hidup di Miri sehingga akhir hayat.
Apa-apapun perempuan kalau dah tawar hati memang sukar diubati. Berilah apa benda sekalipun, semuanya tak kan sama seperti dahulu.
Nak tahu lebih banyak tentang kisah-kisah legenda, baca je KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Cepat beli dekat https://bit.ly/KKTMShopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply