Leftenan Adnan, satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia dan Singapura. Perjuangan beliau mempertahankan Bukit Chandu pada 14 Februari 1942 diangkat martabatnya sebagai di antara pertempuran paling epik Rejimen Askar Melayu.

 

Namun timbul ura-ura yang mengatakan beliau ialah tali barut British. Betul ke?

 

Kita patah balik semula melihat bagaimana penubuhan Rejimen Askar Melayu. Sejak penjajahan Kerajaan Kolonial British, pasukan-pasukan Tentera British dan juga Tentera British India (British Indian Army) seperti pasukan “Burma Rifles” telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan.

 

Raja-Raja Melayu seperti Raja Chulan, Sultan Alang Iskandar Shah (Perak) dan Tuanku Muhamad Ibni Yamtuan Antah (Negeri Sembilan) usulkan kepada British untuk didirikan sebuah pasukan tentera terdiri daripada warga tempatan sejak 1902. Lantas, Pasukan Percubaan Pertama Rejimen Askar Melayu dibentuk dengan kekuatan 25 orang dengan latihan selama lima bulan pada 1933.

 

Pada 23 Januari 1933, Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.

 

Awalnya, pegawai-pegawai British tak tunjuk minat terhadap idea tersebut. Kononnya kalau latih, tak berdisiplin dan tiada kesungguhan macam askar British lain.

 

Ternyata sangkaan bahawa orang Melayu tak boleh ikut disiplin dan taktik tentera British meleset sama sekali. 25 orang rekrut menunjukkan prestasi baik semasa latihan.

 

Menjelang 1938, bilangan mereka kini mencecah 900 orang. Mereka terdiri daripada tiga kompeni raifal dan satu kompeni sokongan dengan kompeni tersebut dilengkapkan dengan mesingan Vickers.

 

Selepas Perang Dunia Kedua (WWII) tercetus pada 1939, batalion kedua rejimen diwujudkan bagi memperkukuh barisan pertahanan negara.

 

Semasa Jepun menyerang Asia Tenggara terutama Tanah Melayu pada akhir tahun 1941, RAMD turut dikerah mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

 

Leftenan Adnan Saidi bersama 42 perwira yang lain memberi tentangan sengit terhadap tentera Jepun yang berjumlah 800 orang di Bukit Candu dan Bukit Pasir Panjang, Singapura pada Februari 1942.

 

Keberanian RAMD mengekang asakan musuh berbekalkan prinsip biar putih tulang, jangan putih mata mendapat sanjungan pegawai-pegawai tentera British ketika itu. Pada akhir kempen, 159 orang anggota RAMD terbunuh termasuk enam pegawai British dan tujuh pegawai Melayu. Mana yang menjadi tawanan perang dilepaskan sebulan selepas itu kecuali tujuh pegawai Melayu yang dibunuh kerana enggan patuh kepada Jepun.

 

Mereka tidak mahu agama Islam yang diamal oleh rakyat di Tanah Air di perkotak-katikan oleh Jepun, mereka tidak mahu bangsa melayu dijajah lagi, mereka tidak mahu kekayaan negara dirampas oleh Jepun, mereka tidak mahu adat melayu diubah dan mungkin mati mereka untuk memberi contoh jati diri anak melayu yang tidak mengalah sehingga akhir hayat kepada generasi muda.

 

Dan jika anda salah seorang Pegawai Tentera Askar Melayu tersebut, apakah pilihan anda? Apa jua pilihan yang bakal anda pilih, anda akan ditembak mati oleh tentera Jepun kerana mereka tidak boleh dipercayai dan sangat tidak berperikemanusian.

 

Ungkapan yang dilafazkan oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita, tentera Imperial Jepun pada Perang Dunia ke-2 mengatakan bahawa jika adanya 10 orang tentera seperti Leftenan Adnan, maka Tanah Melayu tidak akan jatuh ke tangan Jepun.

 

Pengorbanan yang dilakukan oleh Leftenan Adnan itu ternyata kerana mempertahankan untuk negara dan tidak sama sekali untuk kepentingan British dan mempertahankan amanat serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Sebenarnya, serangan tentera Jepun di Kota Bharu ialah permulaan kepada Perang Pasifik ketika Perang Dunia Kedua. Kenapa bukan Pearl Harbour? Jawapannya ada di dalam MALAYA 1941. Dapatkan segera!

https://bit.ly/Malaya1941Shopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply