Kalau korang pening kepala dengan perangai perempuan, ketahuilah bahawa Rumi pun tak mampu nak faham fiil orang perempuan.

Tapi, Rumi puji jugak orang perempuan.

Rumi mengatakan, “Perempuan melahirkan ciptaan.”

Syeikh Hamza Yusuf menghuraikan setiap perempuan dikurniakan Allah bahagian tubuh bernama rahim. Bahasa Arab dan Hebrew juga meletakkan nama yang sama. Rahim berkait dengan kalimat rahmat.

Allah Taala telah memberikan perempuan bahagian rahim sebagai wasilah melahirkan anak-anak Adam di atas dunia. Melalui perempuan, manusia belajar berkasih sayang. Memuliakan perempuan bermakna mengangkat kasih sayang. Menghina perempuan bermakna menyisihkan kasih sayang.

Bak kata Rumi: “Di sebaliknya, lelaki yang jahil menindas perempuan kerana mereka garang dan biadab perangai. Kasih sayang dan kelembutan ialah sifat manusia. Kemarahan dan keberahian ialah sifat haiwan.”

Orang lelaki memang susah nak faham orang perempuan. Akan tetapi, yang lebih penting daripada memahami mereka adalah melayan mereka dengan baik. Begitulah sunnah Rasulullah SAW. Kerana fitrahnya, lelaki memang memerlukan orang perempuan.

Bak kata Rumi: Dia kerana keangkuhannya, hatimu sedang menggigil, bagaimana akan kamu bertindak apabila dia jatuh menangis di depanmu? Dia yang daripada penghinaannya, hati dan rohmu berdarah, bagaimana agaknya apabila dia berpaling terhadap rayuan?

Dia yang daripada kezaliman dan kekejamannya, kami terperangkap, apa rayuan yang kami ada, apabila dia bangkit untuk merayu? Diperhiaskan untuk lelaki. Tuhan telah mengaturnya. Bagaimana mereka hendak lepaskan diri daripada apa yang Tuhan telah aturkan?”

Lelaki adalah pelindung kaum perempuan. Sebagai watak pemimpin, seorang suami kena berjiwa besar dengan memimpin isteri penuh bijaksana. Jangan tahu nak marah je, jangan tahu nak bentak je. Suami dan isteri saling memerlukan. Bukankah kita terlahir dengan cinta, mengapa sekarang kita bermasam muka?

Bak kata Rumi: “Suami isteri harus mencontohi satu sama lain. Tidakkah kau perhatikan sepasang sepatu? Jika satu sempit di kaki, kedua-duanya tak berguna.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 15% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy

Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply