Bila berjalan di sekitar Tanah Arab ini, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan dan tanda tanya kepada saya berkaitan sejarah pembentukan negara-negara arab. Antaranya ada satu bendera yang menyerupai bendera negara Jordan, tetapi yang ini tanpa bintang. Dan, bila ke satu kawasan pelancongan Wadi Rum, pastinya akan singgah di satu checkpoint yang mempunyai tugu peringatan seorang tentera British yang dikenali sebagai ‘Lawrence Of Arabia’.
Jadi, saya terpanggil untuk mengkaji dan menggali sejarah-sejarah yang terdapat di negara ini.
Revolusi Arab tercetus bermula pada tahun 1916, dipimpin oleh Syarif Husain Bin Ali dari kabilah Bani Hashim yang merupakan antara kabilah terbesar dan dipandang mulia di tanah arab. Pemberontakan ini berlaku kerana bangsa Arab yang berada di bawah pemerintahan Daulah Uthmaniyyah ketika itu, ingin menuntut kemerdekaan bagi membentuk satu kesatuan negara arab bermula dari Syria hingga ke Yaman.
Menurut sumber, antara punca berlakunya pemberontakan ini adalah kerana timbul perasaan tidak puas hati kepada kepimpinan Turki Muda ketika itu yang dikatakan melanggar nilai-nilai Islam, pendapat lain mengatakan ia adalah kerana cetusan daripada semangat nasionalisme bangsa Arab yang tidak mahu duduk di bawah pemerintahan bangsa Turki.
Ketika itu pemerintahan Daulah Uthmaniyyah sedang di ambang kejatuhan, kerana berlakunya krisis-krisis dalaman dan juga serangan-serangan dari pihak luar, terutamanya British. British telah menghantar seorang pegawai tenteranya, Kapten Thomas Edward Lawrence bagi membantu dan menjadi penasihat untuk menjayakan revolusi tersebut.
TE Lawrence digelar sebagai Lawrence Of Arabia kerana kefasihannya bertutur di dalam bahasa Arab, beliau juga sangat arif dalam ilmu demografi dan arkeologi di tanah arab. Ada pendapat yang mengatakan beliau telah memeluk Islam, kerana sering dilihat menghadiri pengajian agama, memakai jubah dan memberikan salam seperti muslim. Tetapi, bukti tersebut tidak kuat dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Beliau telah berjaya memujuk bangsa arab agar menggunakan senjata moden yang dibekalkan bagi melawan Turki. Seterusnya, bagi memutuskan hubungan negara Arab dengan Daulah Uthmaniyyah, beliau mencadangkan agar dimusnahkan laluan kereta api Hijaz yang merupakan laluan menghubungkan Turki dengan negra-negara di bawah pemerintahannya. Kereta api itu juga digunakan oleh Jemaah Haji untuk ke Mekah.
Pada 1917, Lawrence mengadakan pakatan dengan Arab Badwi yang diketuai oleh ‘Awdah untuk mengusir kerajaan Uthmaniyyah dari ‘Aqabah. ‘Aqabah merupakan lambang kekuatan Uthamniyyah di Jazirah Arab, kerana ia merupakan laluan dan akses utama perdagangan ke Mesir.
Seterusnya, Lawrence berusaha untuk memisahkan Dimasyq dari jajahan Uthmaniyyah. Pada tahun 1918, berlaku pertempuran di Dimasyq yang menyebabkan Syria telah terpisah dari Turki dan jatuh ke tangan Arab. Kerana jasanya itu, beliau telah diberikan penghargaan dan pingat jasa kerana telah membantu dalam misi Revolusi Arab.
Setelah selesai misinya itu, beliau pulang ke kampung halaman. Beliau dilantik menjadi duta dan banyak mambantu hubungan diplomasi diantara Inggeris dengan negara-negara arab yang baru membangun pada ketika itu. Lawrence merupakan simbol Inggeris yang berasimilasi dengan budaya arab sehingga beliau dikenali di rantau Arab sehingga kini.
Nota: Untuk bacaan lanjut berdasarkan tentang isu ini dan mendalami dari sudut geopolitik. Boleh baca artikel Bagaimana Empayar Turki Uthmaniyah Dirobek Oleh Penjajah?
– Zabidi Azhar-
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih