Pada satu hari, sorang suami yang misogynist jatuh sakit. Bini dia pun cakap, “Kalau abang mati, saya akan bunuh diri.” Tanpa belas, laki taguna tu balas, “Do me the favor, nak buat sekarang pun takpe.”
Orang Rom dengar lawak atas ni, berdekah-dekah diorang ketawa. Bukan kita je tau ada Maharaja Lawak Mega, diorang pun ada. Makna kata orang Rom ni bukan rajin berperang dan berdagang je. Diorang pun ada life. Ada masa serius, ada masa melawak.
Jokes tadi diambil daripada Philogelos, buku himpunan lawak Rom tertua. Ada 265 jenaka dalam tu. Ia ditulis pada abad ke-4 Masihi dalam Bahasa Greek. Kalau nak tau, Empayar Rom berpecah dua. Rom Barat pakai Bahasa Latin dan Rom Byzantine (Timur) pakai Bahasa Greek. Lawak diorang kalau dengar hari ni, mungkin kena censor kat tv. Ada unsur misogynist, 18SX, sexist dan racist.
Sorang lelaki ditanya, kat rumah bini takut dia ke dia takut bini? Dengan berlagak dia jawab, “Bini aku punya takut kat aku, aku menguap je dia mencicit lari.”
Macrobius, sorang penulis Rom catit dalam buku dia, Saturnalia:
Sorang anak muda dari kampung datang ke bandar besar Roma. Dah tu, muka dia nak sama macam Maharaja Augustus. Pasal dia menarik perhatian orang ramai, Maharaja Augustus panggil lelaki ni ke istana. Dekat balairung, Maharaja tanya dia, “Bagitau aku anak muda, mak kau rajin ke datang Roma?” Dia jawab, “Dia tak pernah datang pun. Tapi bapak aku selalu la kat sini.”
Ada yang lagi senang nak faham macam lawak dari Aulus Gellius dalam Noctes Atticae:
Ada sorang lelaki yang jumpa pegawai kerajaan. Orang gomen nak tau dia ni bujang ke berkahwin. Pegawai tanya, “Sejujur-jujurnya, awak dah ada bini ke tidak?” Lelaki tu reply, “Saya memang dah ada bini, tapi saya tak dapat jamin saya jujur.”
Di antara tokoh yang merekodkan lawak orang Rom ialah Marcus Tullius Cicero sorang ahli falsafah dan lawyer sezaman dengan Julius Caeser. Dia terkenal juga sebagai pak lawak. Cicero kata lawak orang Rom ada unsur: “ambiguity, the unexpected, wordplay, understatement, irony, ridicule, silliness, and pratfalls”
Dalam De Divinatione, Cicero tulis:
Pada suatu malam, seorang peserta lumba lari yang nak join sukan Olympic telah bermimpi. Dia nampak yang dia naik quadriga, sejenis kereta kuda yang ditarik oleh empat ekor kuda. Esok paginya, dia tanya sorang tukang tilik, apa makna mimpi tu? “Kau confirm menang punyalah! Maknanya kelajuan dan kegagahan seperti kuda-kuda,” ramal tukang tilik. Untuk dapatkan kepastian, dia tanya sorang lagi tukang tilik. Yang kedua ni jawab lain pulak: “Kau akan kalah. Kau tak faham ke, kan empat binatang tu yang sampai dulu sebelum kau!”
Professor Mary Beard yang mengkaji sejarah Rom kata, diorang ni serupa je ketawa macam kita. “Hahaha!” Yang menarik, pada asalnya takde perkataan ‘senyum’ dalam Bahasa Latin. Jacques le Goff, ahli sejarah Perancis mengutarakan teori lawak jenaka adalah pengaruh budaya Zaman Pertengahan yang diwarisi dari Greek dan Rom.
Ada juga lawak yang tak semua orang boleh gelak. Orang tertentu je yang boleh ketawa berdekah-dekah sambil orang lain diam terkebil-kebil. Sejarawan Rom, Gaius Suetonius Tranquillus tulis satu anekdot tentang Maharaja Rom, Gaius Iulius Caesar Germanicus (37-41 SM):
Dalam satu makan malam, Caligula gelak berguling-guling. Ada sorang penasihat yang berbisik tanya, apa yang lawak sangat tuanku? Maharaja ni jawab, “Kau nak apa? Kalau aku cerita dan kau gelak, ada jugak kepala yang bergolek jap lagi.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih