Rabu, 21 Oktober 202621 Okt 2026
Kronikel Dunia

Langkah Jebat, 7 Orang Muar Yang Bangkit Menentang Malayan Union?

Kita malu dengar pasal 7 orang pemain import palsu ber-IC ni. Sebab perjuangan 7 orang atok nenek dari Muar dulu mempertahankan tanah air tanpa mengira pangkat terasa sia-sia.

Jarang kita dengar kisah ni. Tak ada dalam buku teks. Tapi hakikatnya, kalau bukan sebab tujuh orang anak Muar ni, sejarah negara kita mungkin jadi lain terus.

Kita kena rewind balik ke tahun 1945. Masa tu Tanah Melayu baru lepas Perang Dunia Kedua. British masuk balik, tapi kali ni mereka nak ubah terus struktur negara melalui satu sistem baru yang dipanggil Malayan Union.

Pada 11 Oktober 1945, seorang wakil khas British bernama Sir Harold MacMichael mendarat secara senyap di Port Swettenham yang hari ini kita kenal sebagai Port Klang.

Misi dia?

Dapatkan tandatangan semua Sultan Melayu supaya Malayan Union boleh dilaksanakan tanpa bantahan.

Apa sebenarnya Malayan Union ni?

Ringkasnya, semua negeri Melayu digabungkan sekali dengan Negeri-Negeri Selat seperti Melaka dan Pulau Pinang. Tapi yang lebih “pedih”, sistem ni bagi kerakyatan mudah kepada semua kaum dan dalam masa sama, kuasa Raja-Raja Melayu hampir dilucutkan. Sultan tak lagi berdaulat sepenuhnya, mereka akan berada di bawah seorang Gabenor British.

MacMichael tahu, kalau dia dapat tandatangan Sultan Johor dulu, kerja dia akan jadi lebih mudah. Dan itulah yang berlaku.

Pada 20 Oktober 1945, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar jadi Sultan pertama yang tandatangan perjanjian tu. Lepas tu satu demi satu Sultan lain ikut. Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Dalam masa kurang dua bulan, semua tandatangan berjaya dikumpul.

Pada 6 Januari 1946, MacMichael balik ke England dengan “hasil kerja” dia. Pada 22 Januari, Parlimen British luluskan Malayan Union.

Game over?

Belum.

Bila berita ni sampai ke Tanah Melayu, orang Melayu marah lah. Maruah bangsa rasa macam dipijak. Tapi masa tu, siapa berani lawan keputusan Raja?

Di sinilah muncul satu kisah yang orang jarang cerita.

Di Johor, seorang pegawai negeri bernama Dato Abdul Rahman bin Mohammad Yassin bangkit. Dia faham undang-undang tubuh negeri dan dia tahu tindakan Sultan tandatangan perjanjian tu mungkin tidak sah dari sudut undang-undang.

Dia tak terus melawan secara membuta tuli. Dia balik ke Muar, kumpulkan orang-orang yang dia percaya.

Dan dari situlah lahirnya kumpulan yang dikenali sebagai “Orang Tujuh Muar”.

Antara yang terlibat ialah Dr. Hamzah Hj. Taib, seorang doktor Melayu pertama Johor, Cikgu Kosai yang lulusan Cambridge, dua beradik Cikgu Ahmad dan Cikgu Safiah Suleiman, Hj. Hassan Yunos yang ketika itu Mufti Johor dan Dr. Awang Hassan yang kemudian hari jadi Gabenor Pulau Pinang.

Tujuh orang. Itu saja.

Mereka tahu apa yang mereka buat ni bukan benda kecil. Mereka bukan setakat lawan British, mereka “melawan” keputusan Sultan sendiri.

Tapi ni bukan derhaka.

Ini langkah Jebat.

Bukan untuk jatuhkan Raja, tapi untuk selamatkan institusi Raja itu sendiri.

Mereka mula dengan menyebarkan risalah kepada rakyat Johor. Dalam risalah tu, mereka jelaskan kenapa tindakan Sultan bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Rakyat mula sedar. Sokongan mula membesar.

Pihak istana mula rasa terancam.

Mereka dihalang. Mereka digantung kerja. Tekanan datang dari semua arah.

Tapi mereka tak berhenti.

Akhirnya mereka buat keputusan hantar petisyen kepada Sultan.

Dan orang yang dipilih untuk menghadap Sultan ialah Hj. Hassan Yunos.

Hari tu, suasana di Masjid Abu Bakar penuh dengan orang. Semua tunggu. Semua berharap.

Hj. Hassan jalan seorang diri ke Istana Besar.

Bayangkan perasaan dia masa tu. Lutut menggigil. Takut memang ada. Tapi tanggungjawab lebih besar daripada rasa takut.

Bila dia berdepan dengan Sultan, dia jelaskan satu per satu dengan penuh tertib kenapa tindakan baginda salah dari segi undang-undang.

Dan di situlah titik perubahan berlaku.

Sultan akhirnya sedar.

Baginda bersetuju untuk tarik balik persetujuan terhadap Malayan Union.

Bila Hj. Hassan keluar dari istana dan berjalan balik ke masjid, orang ramai terus tahu berita baik dah sampai.

Tangisan. Jeritan. Sujud syukur.

Perjuangan tujuh orang dari Muar ni berjaya menggoncang satu sistem yang hampir mengubah nasib seluruh bangsa.

Beberapa hari kemudian, Sultan Johor hantar surat kepada British menyatakan baginda menarik balik persetujuan. Dan bila itu berlaku, Sultan-Sultan lain turut ikut jejak yang sama.

Dari situlah gelombang penentangan Malayan Union mula merebak ke seluruh Tanah Melayu.

Barulah muncul nama seperti Dato Onn Jaafar untuk memimpin gerakan lebih besar.

Tapi kita kena faham satu benda.

Sebelum semua tu berlaku…

Ada tujuh orang dari Muar yang dah bergerak dulu.

Kenapa mereka digelar “Orang Tujuh Muar”?

Sebab walaupun ramai yang sokong, hanya tujuh orang saja yang berani tandatangan petisyen tu.

Tujuh orang yang sanggup ambil risiko hilang kerja, hilang kedudukan, bahkan mungkin hilang nyawa.

Kalau bukan sebab mereka, Malayan Union mungkin jadi kenyataan tanpa tentangan awal.

Dan mungkin, sejarah Malaysia hari ini tak sama macam yang kita kenal.

Nama-nama mereka mungkin tak banyak disebut, tapi jasa mereka terlalu besar untuk dilupakan.

Al-Fatihah buat tujuh anak Muar yang mengubah sejarah dalam diam.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet