Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam sebuah masyarakat yang sangat berpotensi. Cuma masyarakat ini digelumangi bebanan lembah pembodohan. Inilah punca zaman pra-Islam dianggap jahiliyah.

Kerana bangsa Arab di rantau ini mempunyai harta kekayaan tetapi dengan sistem yang tidak adil dari segi pengagihan. Kalangan pembesar pula bagaikan tidak tahu malu meneruskan sikap jahil angkara kebodohan diwarisi secara sistemik.

Memang benar, bukan semua bandar ditenggelami kejahilan. Tetapi kawasan berkaitan dengan baginda Muhammad SAW sememangnya terjejas teruk angkara benih jahiliyah.

Sudah berpindah sekalipun, puak jahil masih meηgαηcαm keselamatan dan kesejahteraan kawasan baginda. Selepas pemergian baginda, puak Arab mencuba nasib untuk kembali ke cara lama. Namun empat sahabat berjaya mengemudikan negara ke lembah sepatutnya.

Dan apabila mencapai kestabilan, khilafah-khilafah susulan menikmati kekayaan luar biasa sampai ke tahap elemen kejahilan sudah bukan lagi masalah besar ummah. Semua tahu umat Islam suka berdagang.

Itulah punca khilafah bertambah kaya, dengan ramai tidak jemu merantau untuk berdagang. Tetapi sejauh manakah jaringan perdagangan ini?

Penemuan Arkeologi Yang Membuktikan Perdagangan

Kalau ikut cara lama, kena belek catatan sejarah untuk tahu jaringan perdagangan. Satu saja masalah dengan cara ini: pedagang silam kena catat. Tiada catatan, maka tiadalah sumber.

Sekarang ada cara baru. Cari dan gali. Sekitar 1970-an misalnya, saintis di Sweden menggali sebuah kυbυr silam. Mereka mengkaji habis tentang mαγαt wanita yang ditanam situ.

Namun mereka tidak tengok baju yang dipakai pada mαγαt tersebut… sampailah 2010-an, apabila seorang pakar arkeologi pakaian (textile archaeologist) bernama Dr. Annika Larsson datang buat katalog.

Larsson menemui nama ALLAH dan Ali pada pakaian wanita tersebut (Anderson, 2017). Bermakna pakaian Arab dibawa merentasi laut ke bumi Viking.

Cincin ditemui dalam zon Viking yang mengandungi nama ALLAH.

Dalam sebuah kajian bersama pihak Muzium Southwest Jutland pula, kumpulan arkeologi menemui bukti lain.

Mereka menggali di sebuah kota perdagangan Viking iaitu Ribe. Tujuan penggalian ini adalah untuk mengenal pasti barangan yang masuk keluar daripada pasar besar di Ribe. Kemungkinan cara ini boleh mendedahkan rangkaian perdagangan silam yang sudah lama ditelαη zaman.

Tentu sekali alat pentarikhan radiokarbon penting dalam kajian ini. Sebelum ini ketepatan radiokarbon mungkin menjadi faktor penghalang. Tetapi pada tahun 2012, saintis Jepun bernama Fusa Miyake menemui sesuatu yang menarik tentang Matahari.

Fusa Miyake yang merevolusikan disiplin arkeologi.

Sekadar pengetahuan: Matahari sentiasa melepaskan radiasi elektromagnetik yang dipanggil suar suria (solar flare). Peristiwa suar suria ini meninggalkan jejak pada langit di Bumi (Scifo, et al., 2019). Untuk faham macam mana jejak ini ada pada langit, tengok bulatan-bulatan pada tunggul pokok.

Tree rings

Agaknya orang ramai tahu yang bulatan ini memudahkan saintis ukur usia pokok. Dendrokologi (kajian pokok) sebegini banyak membantu kajian arkeologi dari segi ketepatan tarikh.

Sekadar contoh marhaen: rangka seorang manusia ditemui dalam keadaan melecυr teruk. Keliling rangka ini ada pokok serba tua. Ujian radiokarbon boleh membuat anggaran tahun kebαkαrαn yang membυnυh manusia tersebut.

Tetapi kejadian kebαkαrαn akan meninggalkan kesan pada bulatan pokok. Jadi dengan dendrokologi, saintis boleh kira tahun jauh lebih tepat.

Dua Kajian Bersatu Padu

Dalam konteks ini, radiokarbon pada langit menjadi bulatan pokok. Suar suria pula mempengaruhi radiokarbon. Jadi saintis ibaratkan menemui kaedah pentarikhan mirip formula “arkeologi + dendrokologi” dengan menggunakan radiokarbon.

Maka pepatah ‘langit menjadi saksi’ seolah-olah bertambah benar, kerana saintis belajar tentang perdagangan khilafah Islam dengan aktiviti maritim Viking… dengan menggunakan sisa radiokarbon.

Menurut fakta sejarah, perdagangan Islam bertambah pesat antara tahun 750 hingga 1000. Ketika itu juga bangsa laut di Scandinavia berlayar untuk mengambil kesempatan.

Dalam tempoh 250 tahun, perhubungan globalisasi antara mereka bertambah akrab dengan dakapan antara empayar Islam dan orang laut Viking.

Mereka bertemu di kota-kota tertentu di setiap pelusuk Afrika-Eropah yang berada dibawah kedaulatan, naungan dan juga peηjαjαhan khilafah (Philippsen, et al., 2021).

Sepanjang tempoh itu juga, berlaku suar suria yang meninggalkan jejak pada langit dalam bentuk radiokarbon.

Katakanlah pada tahun 760, berlaku suar suria yang meninggalkan kesan “ABC” pada langit. Hasil galian daripada tapak arkeologi tertentu mengeluarkan artifak daripada tahun 760. Kesan “ABC” yang sama akan ditemui pada artifak tersebut.

Suar suria ini bernama ABC. Kesannya akan ada pada langit. Dan artifak.

Tahun 770 pula berlaku satu lagi suar suria. Kesan kali ini “DEF”. Artifak daripada tahun 770 pun akan mengandungi kesan radiokarbon “DEF”.

“ABC” dan “DEF” ini hanyalah analogi sahaja untuk memudahkan pemahaman. Maksud di sini senang saja. Suar suria menganggu langit dengan kesan radiokarbon. Saintis mengenal pasti kesan radiokarbon tersebut pada artifak ditemui.

Suar suria kerap berlaku sepanjang perdagangan Islam dan Viking antara tahun 750 hingga 1000. Jadi saintis berpandukan radiokarbon yang berlaku kerana suar-suar ini… yang juga terdapat pada artifak Islam-Viking untuk mengira tarikh lebih tepat.

RUJUKAN:

Anderson, C. (2017, Oktober 14). ‘Allah’ Is Found on Viking Funeral Clothes. The New York Times.

Philippsen, B., et al. (2021). Single-year radiocarbon dating anchors Viking Age trade cycles in time. Nature.

Scifo, A., et al. (2019). Radiocarbon production events and their potential relationship with the Schwabe cycle. Scientific Reports. 9 (17056).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply