Semua orang tau lagu Happy Birthday, tapi korang tau tak yang lagu ni pernah jadi kes di mahkamah disebabkan royalti yang dipegang oleh Warner Music Group.

 

Jadi apa status lagu ni sekarang? Kita kena bayar royalti ke kalau nak guna?

 

Lagu ni asalnya dicipta bukan sebagai lagu hari lahir. Patty dan Mildred Hill dari Louisville, Kentucky adalah pengarang asal lagu ni.

 

Lagu ni mula ditulis pada tahun 1890-an untuk murid murid di tadika tempat Patty bekerja. Pada mulanya, lagu ni diberi nama “Good Morning to All’ dan dinyanyikan setiap pagi dalam kelas.

 

Apabila tiba hari lahir murid, diorang tukar lirik lagu itu daripada Good Morning to All menjadi Happy Birthday to You.

 

Bila lagu ni mula popular, adik-beradik Hill memfailkan saman terhadap penggunaan lagu ni yang tak berlesen.

 

Antara saman yang difailkan diorang ialah kepada komposer serta pelakon layar Irving Berlin dan Moss Hart yang didakwa guna lagu ni dalam teater muzikal Broadway bertajuk The Band Wagon.

 

Tapi, adik-beradik Hill ni tak pernah daftarkan lagu Happy Birthday bawah hak cipta diorang, hanya lagu Good Morning to You je yang didaftarkan.

 

Pada tahun 1988, Warner Music dapat hak sepenuhnya lagu Happy Birthday sehingga tahun 2030. Memang diorang kaut untung kawkaw dan jadi lagu paling tinggi kutipan dalam sejarah itu selama lebih sedekad.

 

Pada Jun 2013, seorang penerbit filem Jennifer Nelson yang buat dokumentari pasal lagu Good Morning to All kena bayar USD 1,500 sebab guna lagu Happy Birthday.

 

Dia pun bawa Warner Music ke mahkamah dan dakwa Warner Music kaut keuntungan terhadap lagu yang bukan dicipta oleh diorang sendiri.

 

Selain tuntut bayaran balik denda yang dibayarnya, dia siap tuntut syarikat tu bayar balik kos semua yang pernah bayar royalti untuk guna lagu Happy Birthday.

 

Oleh kerana semua saksi relevan dah meninggal dunia, peguam Nelson perlukan satu bukti kukuh dan akhirnya berjaya mendapatkannya dengan harga USD 3 sahaja dari Amazon.

 

Sebuah buku muzik yang diterbitkan pada 1922 menyatakan semua lagu termasuk Happy Birthday perlulah mendapat keizinan istimewa melalui ihsan syarikat Clayton F. Summy.

 

Memandangkan hakikat bahawa muzik yang diterbitkan sebelum tahun 1923 biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada hak awam atau public domain, peguam berhujah bahawa Happy Birthday patutnya menjadi hak milik awam.

 

Pada bulan September 2015, Hakim George H. King putuskan tuntutan hak cipta Warner Music tak sah dan hak cipta 1935 hanya dipakai untuk satu susunan lagu sahaja, bukan keseluruhannya.

 

Oleh kerana takde pihak lain yang tuntut hak cipta lagu itu, lagu tu pun jadi hak awam.

 

Warner Music setuju untuk bayar balik USD 14 juta kepada semua yang pernah bayar untuk guna lagu itu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

_

 

Korang suka layan kisah atau drama dengan genre legal atau berkisarkan kes mahkamah? Apa kata korang dapatkan buku yang ditulis berdasarkan perbicaraan kes paling terkemuka di Malaysia dalam DENDAM ORANG MENANG dan KEPUTUSAN AKHIR: DARI PEKAN KE PENJARA secara kombo sekarang! Ada diskaun kalau beli set ni!

 

Beli DOM sahaja: https://shope.ee/2AqH3stwR7

Beli KA:DPKP sahaja: https://shope.ee/2fmXetcD1T

Kombo RM55: https://shope.ee/7fBDc94Qby


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply