Baru-baru ini, ahli-ahli arkeologi China menemui 25 buah patung terracotta di Lubang No. 1, Muzium Tapak Makam Maharaja Qin Shi Huang. Penemuan terbaru askar terracotta ini dianggap signifikan oleh komuniti arkeologi China kerana ia boleh membantu mereka memahami dan mengkaji tentera terracotta yang ada.

Antara patung terracotta yang ditemui ialah sebuah patung menyerupai seorang jeneral dengan satu lagi patung ialah patung pegawai berpangkat pertengahan. Kesemua 25 buah patung yang ditemui masih dalam keadaan baik. Mengikut kenyataan rasmi muzium di laman sesawang mereka, kesemua patung ini dipindahkan ke bilik perlindungan dan pemulihan bagi menjamin keselamatan mereka.

Terletak di timur laut wilayah Shaanxi, muzium ini meliputi kompleks makam Qin Shi Huang. Baginda bukan saja maharaja pertama Dinasti Qin tetapi juga merupakan maharaja pertama China. Bergelar raja Qin pada 247 SM, Shi Huang memperkukuh kedudukannya dan merampas banyak wilayah untuk diserap sebagai jajahan takluknya. Menjelang 221 SM, kedudukan baginda sudah tidak boleh dicabar sesiapa sekaligus membenarkan Shi Huang ditabalkan sebagai maharaja.

Teks-teks sejarah China langsung tidak menyebut tentang tentera-tentera terracotta ini. Kewujudan patung terracotta ini berkemungkinan untuk menaikkan status Shi Huang lebih-lebih lagi selepas baginda mangkat pada 210 SM. Dinasti Qin kemudiannya digulingkan dalam satu pemberontakan yang akhirnya membawa kepada pembentukan Dinasti Han sebagai dinasti maharaja China yang seterusnya.

Dinasti Han sudah pasti mahu memastikan semua rekod berkenaan Shi Huang dan pencapaiannya dihapuskan. Selain itu, sejarawan-sejarawan moden melihat tentera-tentera terracotta – lebih tepat, 8,000 tentera terracotta berperanan sebagai angkatan tentera yang mengikut arahan baginda di alam barzakh.

Pasukan arkeologi turut menjalankan ekskavasi di beberapa buah makam yang disyaki pegawai-pegawai istana era Shi Huang. Kerja ekskavasi di makam-makam ini telah digerakkan sejak 2013. Berdasarkan dapatan kajian dan penemuan artifak, kebanyakan pemilik makam merupakan orang berstatus tinggi dalam kerajaan. Antara artifak yang ditemui ialah 15 buah loceng dan patung-patung yang diperbuat daripada emas, perak dan gangsa.

Selain itu, pihak muzium turut memulihara beberapa artifak yang dikeluarkan daripada kawasan makam. Ini termasuk ukiran unta yang diperbuat daripada emas dan perak dan sebuah patung gangsa kecil yang mempunyai riak wajah muram dan memakai mahkota.

RUJUKAN

Global Times. (2022, 23 Januari). 25 new pottery figurines unearthed at Emperor Qinshihuang’s mausoleum significant for researches: archaeologists.

Jarus, O. (2022, 9 Februari). 20 ‘Terracotta Warriors’ discovered in pit around secret tomb of China’s 1st emperor. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply