Hubungan antara Korea Utara dan Selatan dingin selama beberapa dekad. Kedua-dua Korea masih berperang secara teknikal. Walaupun kedua-dua negara ni tak sebulu selama bertahun-tahun, terdapat beberapa artis Korea Selatan telah membuat persembahan di Korea Utara. Secara keseluruhan, tujuh konsert oleh artis Korea Selatan telah dipersembahkan di Korea Utara.

 

Sebagai salah satu kumpulan gadis K-Pop “generasi pertama”, Fin.KL ialah perintis yang bukan sahaja diorang ni kumpulan wanita pertama memenangi anugerah muzik akhir tahun malah menjadi kumpulan wanita pertama mengadakan konsert solo. Fin.KL juga merupakan kumpulan wanita pertama yang membuat persembahan di Korea Utara.

 

Pada tahun 1999, Fin.KL membuat persembahan “To My Prince” semasa Peace Friendship Music Concert di Pyongyang, Korea Utara. Walaupun Fin.KL menerima pujian daripada penonton Pyongyang, persembahan itu disambut dengan suasana muram yang sepadan dengan pakaian serba hitam kumpulan itu.

 

Bersama Fin.KL, kumpulan idola lelaki generasi pertama Sechskies turut membuat persembahan masa tu di Pyongyang. Semasa persembahan “Yaegam” diorang ubah koreografi diorang untuk menghormati penonton. Seperti Fin.KL, suasana terasa tegang sepanjang persembahan.

 

Pada Mac 2018, beberapa artis K-Pop Korea Selatan pergi ke Korea Utara sempena konsert istimewa “Spring is Coming” di Pyongyang. Konsert tu bermula pada 31 Mac dan berlangsung sehingga 3 April. Terdapat beberapa artis yang membuat persembahan pada 1 April. Dan salah satu daripada kumpulan ini tak lain tak bukan ialah Red Velvet.

 

Red Velvet mempersembahkan lagu, ‘Red Flavor’ dan ‘Bad Boy’. Diorang tak buat ubah cara persembahan selain ketiadaan salah sorang ahli iaitu Joy. Pernah tular dulu video reaksi diorang semasa konsert yang memang macam tengah tengok korang buat pembentangan. Walaupun etika penonton lain macam, penonton tetap berikan respon positif terhadap persembahan mereka.

 

Yeri kata, “Diorang tepuk tangan kuat untuk kitorang dan turut menyanyi bersama. Saya berasa kurang gementar sebab tu.”

 

Wendy tambah, “Kitorang ada pemikiran walaupun tiada reaksi, kitorang tetap melakukan yang terbaik sebab kitorang buat untuk mempamerkan lagu kitorang, tetapi penonton mempamerkan banyak respon positif.”

 

Irene menyebut, “Bila kitorang kehabisan nafas, penonton tersenyum dan bertepuk tangan untuk kitorang.”

 

Ahli-ahli kelihatan agak gembira dengan pengalaman tu. Kim Jong Un bertemu dengan Red Velvet kemudian. Beliau minta Red Velvet sampaikan mesej kepada Presiden Moon Jae In.

 

Kim Jong Un ubah jadual semata-mata nak tengok Red Velvet serta berterima kasih kepada Red Velvet dan kata, “Saya berterima kasih atas hadiah baik ini kepada warga Pyongyang.”

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di:

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply