88 tahun kaum Cina Han duduk bawah pemerintahan Empayar Mongol. Kaum Han tak dibenarkan berkumpul, tak dibenarkan memiliki senjata, sampaikan pisau pemotong daging pun satu je untuk setiap sepuluh keluarga bagi elak berlaku pemberontakan.
Tahun 1368, Zhu Yuanzhang, bakal pengasas dan maharaja pertama Dinasti Ming, Walau ada sorang kawan bernama Liu Bowen, yang tolongnya untuk menjadi terkenal dan berkuasa.
Liu seorang penyair dan ahli falsafah, serta pakar strategi. Perayaan Kuih Bulan dah dekat, Liu hantar pemuda ke setiap sudut di tiga wilayah Mongol, masing-masing akan melawat kedai kuih dan membuang pesanan untuk berjuta-juta biji kuih bulan. Dikatakan, setiap kuih bulan diselitkan sekeping kertas yang menyeru bangsa Cina Han bangkit melawan Mongol pada malam Perayaan Kuih Bulan.
Sekurang-kurangnya, itu hanyalah salah satu dari puluhan versi cerita. Sumber yang lain mengatakan bahawa mesej tu berbunyi kurang puitis, ‘’Bunuh Tartar pada Malam Tahun Baru!’ (Orang Mongol tidak boleh membaca penulisan karakter Cina).
Atau mungkin mesej tu ditulis di atas kertas beras yang diletakkan di bawah kek. Mungkin mesej dah dikodkan, dan hanya boleh dibaca jika ia dipasang dengan cara menggabungkan beberapa kuih bulan.
Semua cerita ini disusun oleh mendiang sarjana sejarah China, Hok-Lam Chan. Kita tahu bangsa Mongol menguasai Cina Han dan selama beberapa dekad di abad ke-14, ada pemberontakan yang menyebabkan Zhu Yuanzhang merampas tampuk pemerintahan dan mendirikan Dinasti Ming.
Mesej kuih bulan mungkin tak mainkan peranan secara langsung dalam menggulingkan pemerintahan Mongol, tapi idea mengenainya memainkan peranan kecil dalam menyebarkan apa yang digambarkan sebagai “manifesto ‘mengusir orang Tartar, memulihkan pemerintahan China’ semasa revolusi nasionalis Han.”
Sentimen yang sama ini membawa kepada penggulingan pemerintahan Manchu. Kisah ni mungkin hanyalah rekaan, tetapi kesan propaganda tu adalah jelas dan nyata, ia dimanfaatkan dengan cara yang sangat elegan oleh para pejuang anti-Qing dan nasionalis Han.
Oleh: Azizul Farhan
…
Banyak lagi cerita menarik, misteri dan luar biasa pasal Mongol yang saya pasti korang belum tahu. Jadi jom tambahkan ilmu mengenai Mongol bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh beli di: https://bit.ly/3KhafNU
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih