Korang yang dah pergi Turki, perasaan atau tidak budaya mereka yang suka memberi makan kepada binatang terbiar? Budaya ini diajarkan oleh Jalaluddin Rumi dan ada kisah menarik di sebaliknya.

Rumi suka bagi makanan kepada kucing.

Pada waktu Rumi sakit tenat, ada seekor kucing yang datang menggesel-geselkan bulu dan mukanya. Ia kelihatan sedih. Kucing itu mengiau-ngiau dengan suara yang sayu. Ia berbunyi syahdu bagaikan sedang meratap.

Ketika itu, Rumi tersenyum dan berkata kepada keluarganya, “Adakah engkau tahu apa yang kucing ini katakan?”

Mereka pelik dan menjawab, “Tidak.”

Lalu Rumi berkata: “Kucing ini mengadu, ‘Tidak lama lagi engkau akan pergi ke syurga, kembali ke kampung halaman dengan selamat. Apa yang akan aku lakukan tanpa engkau?’”

Pada 17 Disember 1273 Masihi, Rumi menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Seluruh warga Konya berkabung, termasuklah haiwan-haiwan yang rapat dengannya. Kucing kesayangan Rumi turut berdukacita. Ia tidak mahu makan apa-apa walaupun disuguhkan percuma. Selepas tujuh hari, kucing tersebut mengikuti Rumi ke alam barzakh.

Selain itu, Rumi turut bersimpati dengan anjing-anjing jalanan.

Syeikh Nafisuddin dari Sivas bercerita: Pada suatu hari, Rumi meminta aku membelikan roti dengan wang dua dirham. Sepinggan roti berharga satu dirham. Aku segera membelinya. Setelah Rumi mengambilnya, dia membungkus dengan sehelai kain dan berlalu pergi.

Aku berjalan mengekorinya secara rahsia sehingga dia sampai di sebuah binaan usang. Di situ aku lihat ada seekor anjing betina yang baru sahaja melahirkan anak. Rumi memberikan semua roti tadi kepada anjing itu. Aku begitu tersentuh hati menyaksikan kesantunan cintanya.

“Selama tujuh hari, anjing ini tidak makan apa-apa pun. Ia tidak dapat bergerak disebabkan anak-anaknya”, kata Rumi.

Sikap belas kasihan dan kasih sayang Rumi ini merupakan warisan daripada baginda Rasulullah SAW. Rumi beranggapan, dengan menyebarkan rahmat kepada sesama makhluk, maka beliau akan mendapat kedekatan dengan Allah.

Bak kata Rumi: “Jadilah seperti matahari, dalam rahmat dan belas kasihan. Jadilah seperti malam, dalam menutupi kesalahan orang lain. Jadilah seperti air yang mengalir, dalam kemurahan hati. Jadilah seperti kematian, dalam kebuasan dan kemarahan. Jadilah seperti bumi, dalam kesopanan. Jadilah seperti diri, jadilah seperti diri yang sebenarnya.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy

Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply