Ketika Cinta Bertasbih (2009) pernah menjadi kegilaan pelajar Melayu di Mesir suatu masa dahulu. Korang mesti ingat kata-kata Ayyatul Husna apabila ditanyakan kepadanya, “Cinta itu apa sih?”

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta”

Anna Althafun Nisa’ menambah:

“Sekalipun cinta telah ku uraikan, dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang. Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keldai terbaring dalam lumpur. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.”

Ini puisi siapa sebenarnya?

Ya. Madah pujangga ini merupakan puisi Maulana Jalaluddin Rumi, seorang sufi cinta. Ia boleh didapati dalam Mathnawi jilid 1, bait 112-115.

Untuk membedah puisi Rumi yang sangat maknawi ini, kita kena tahu terlebih dahulu perjalanan hidupnya. Barulah kita akan memahami apakah yang membuatkan Rumi jatuh cinta sehingga beliau melayang dan berpusing seperti burung merpati yang bebas.

Pada suatu hari, Rumi bertemu Shams Tabrizi.

Shams bertanya: “Khabarkan kepadaku, siapakah yang lebih agung. Abu Yazid Bustami atau Nabi Muhammad?” Rumi menjawab: “Soalan apakah ini. Sudah tentulah Nabi Muhammad lebih agung”.

“Jikalau Nabi Muhammad yang lebih agung, mengapa baginda mengatakan, ‘Aku beristighfar 70 kali setiap hari,’ sedangkan Abu Yazid Bustami mengatakan, ‘Alangkah hebatnya kewujudanku.’ Apa pendapatmu?”

Setelah bertafakur sebentar, Rumi menjawab:

“Darjat Nabi Muhammad meningkat setiap hari. Setiap kali darjatnya semakin tinggi, Baginda malu dengan keadaan dirinya (iaitu darjat sebelumnya yang lebih rendah). Oleh yang demikian, Baginda kerap beristighfar memohon ampun. Pada masa yang sama, Abu Yazid Bustami terpesona dengan darjat yang pertama lalu fana’ dan mengucapkan syatahat seperti itu.”

Shams Tabrizi telah menggoncang jiwa Rumi. Serta merta, Rumi menjadi seperti Majnun yang tergila-gilakan Laila. Shams mengajarkan Rumi untuk mencintai Allah Taala sepenuh hati.

Cinta tulus yang seperti ini tidak mampu digambarkan kata-kata atau panjang bicara. Akal juga tidak mampu menyimpulkannya. Rumi sampai terduduk dan mengakui, “Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy

Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply