Sekiranya kucing boleh menjadi manusia, percayalah kebanyakannya mempunyai kecenderungan menjadi psikopat. Ini bukan kata penulis. Tetapi ini komentar yang dibuat oleh penyelidik Rebecca Evans. Beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan penyelidik dari Universiti Liverpool dan Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom.

Mereka menghasilkan satu kaji selidik bagi menentukan kedudukan sang kucing mengikut skala psikopati. Ia diukur mengikut Model Tiga Psikopati yang mengukur kecenderungan psikopati manusia. Ia dapat dilihat dari segi keberanian, keke.ja.man dan penyahrencatan. Kaji selidik ini merupakan sebahagian kajian yang diterbitkan dalam Journal of Research in Personality keluaran Disember.

Dalam kaji selidik berkenaan, 549 responden ditanya sama ada kucing mereka menunjukkan kecenderungan yang dinyatakan dan jika ada, nyatakan contoh. Antara contoh jawapan diberi ialah kucing responden melompat terhadap manusia/haiwan, menye.k.sa mangsanya daripada membu.n.uhnya terus atau menunjukkan perubahan mood yang drastik.

Berdasarkan kaji selidik, tiga faktor yang dinyatakan relevan dengan personaliti kucing. Bagaimanapun, dua lagi faktor ditambah iaitu ketidakmesraan haiwan peliharaan dan ketidakmesraan manusia. Dengan tambahan dua faktor ini, penyelidik mahu mengetahui persepsi pemilik kucing terhadap hubungan mereka sambil mengambil kira faktor psikopati haiwan tersebut.

Kajian mendapati pemilik yang mempunyai kucing yang berani dan ke.j.am mempunyai kualiti hubungan kucing-pemilik yang rendah. Tetapi perlu diingat, tidak semua psikopati kucing memberi kesan negatif kepada hubungan kucing-pemilik. Misalnya, kucing yang mempunyai penyahrencatan dan tidak mesra yang tinggi mempunyai hubungan kucing-pemilik yang lebih baik.

Dengan mengambil kira markah pada setiap skala, ia membantu pemilik mengurangkan tingkah laku agresif kucing terhadap manusia, haiwan atau mana-mana objek yang dimilikinya. Misalnya, kucing yang mencatat markah tinggi dari segi keberanian akan lebih aman bila memanjat pokok tinggi atau tiang menggaru yang tinggi.

Kaji selidik sama boleh digunakan oleh tempat perlindungan haiwan untuk menentukan kucing mana sesuai untuk sesebuah isi rumah. Bagi pakar veterinar pula, ia dapat membantu mereka menasihati pemilik bagaimana menguruskan tingkah laku negatif kucing. Evans percaya kualiti adaptasi sama yang digunakan oleh nenek moyang kucing untuk memburu, menanda sempadan wilayah mereka dan mencari pasangan.

RUJUKAN

Marnin, J. (2021, 13 Disember). If cats were human, many would be psychopaths, study finds. The Charlotte Observer.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.