Catatan dan lagenda banyak bercerita tentang sejarah British. Walau bagaimanapun, catatan sebenarnya merupakan sumber sangat terhad. Apa yang tidak dicatat habis tenggelam dalam lintasan masa. Sebab itulah sejarah moden bergantung pada arkeologi saintifik, yang melunturkan ketepatan di sebalik pepatah “sejarah ditulis pemenang”.

Kerana arkeologilah, orang ramai sekarang lebih tahu tentang sejarah Sutton Hoo. Untuk pengetahuan semua, Sutton Hoo merupakan tapak perkuburan sejarah yang terletak berhampiran dengan pekan Woodbridge.

Kubur ini ditemui secara kebetulan. Pada tahun 1934, seorang wanita bernama Edith Pretty kehilangan suaminya.

Terlalu rindu, Pretty mula menceburi bidang mistik untuk berbual dengan mendiang. Tiga tahun kemudian, beliau mula menggali gundukan-gundukan (mound) yang terletak dalam perkarangan rumah agamnya. Misi penggalian ini dibuat Basil Brown, seorang ahli arkeologi yang menyiasat tinggalan Rom.

Contoh gundukan di Sutton Hoo.

Beliau menemui sesuatu yang tidak disangka – bαηgkαi kapal tertanam bersama sebuah ruangan makam yang menyimpan artifak logam dan kaca. Penemuan ini menarik perhatian Muzium Ipswich yang pantas masuk campur.

Sejak hari itu Sutton Hoo menjadi cerita utama, dengan sejarahnya disingkap begitu jauh sampai ke zaman prasejarah. Terdapat banyak bukti yang mendedahkan kewujudan manusia di Woodbridge sekurang-kurangnya sejak 5,000 tahun yang lalu.

Lembah Woodbridge dibersihkan kalangan petani purbakala yang kemudian mengorek lubang untuk menyimpan periuk tanah liat. Tetapi kena cakap awal-awal: kehidupan prasejarah tiada kena mengena dengan mαkαm Sutton Hoo.

Siapa Dikebμmikan Di Sini

Terlalu banyak teori yang bercerita tentang Sutton Hoo. Tetapi identitinya barangkali takkan mungkin disingkap. Tapak perkμbμran (bμriαl site) ini mempunyai banyak liαηg kμbμr (bμriαl ground). Banyak liαηg sudah dirοmpαk tangan-tangan jahat.

Basil Brown menemui bαηgkαi kapal di dalam bumi Sutton Hoo. Sekarang saintis tidak tahu jika liαηg-liαηg tersebut ada kena mengena atau tidak dengan bαηgkαi kapal ini.

Penggalian Di Sutton Hoo.

Seandainya perοmpαk tahu pasal kapal ini, memang sudah pasti teruk dikerjakannya… kerana terlalu banyak artifak bersejarah.

Artifak-artifak ini adalah seperti kepala tali pinggan emas yang terukir gambaran ular dan burung. Duit syiling daripada Empayar Byzantium pun ada di situ. Kemudian sebilαh pedαηg yang pemegangnya terhias dengan barangan kemas (jewelry) daripada bumi Sri Lanka.

Jadi saintis tertanya-tanya tentang identiti sebenar “isi mαkαm” ini. Takkan mungkin orang-orang lama sanggup mengangkat kapal untuk ditanam dalam sebuah lubang sangat besar… semata-mata untuk mengabadikan seorang pengemis daripada kota London. Jadi saintis mula membelek kitab sejarah untuk tengok raja mana paling menepati kebesaran sebegini rupa.

Dua perkara bermain dalam fikiran sarjana sejarah: 1) tarikh syiling Byzantium dan 2) majlis peηgebμmiαη yang tidak bercirikan agama Kristian. Hanya Raja Raedwald saja yang betul-betul menepati dua ciri ini.

Untuk pengetahuan semua, Raedwald membina sebuah kuil berdwimazbah (twin-altar): mazbah pertama untuk agama Kristian; mazbah kedua pula untuk agama pagan (Jarus, 2021).

Replika helmet Raedwald

Kira seorang raja yang tidak berapa betul di sisi agama, berpadanan pula kerana pemerintahan baginda berakhir pada tahun 627. Dan sesetengah syiling dibuat pada tahun 595.

Tetapi penilaian ini masih berasaskan hipotesis. Kerana anak Raedwald turut berpadanan dengan zaman duit syiling ini. Namun pihak Muzium British meletakkan zaman 610 hingga 635 (Archaelogy, 2014), betul-betul kena pada zaman pemerintahan Raedwald.

Cuma individu yang disimpan dalam Gundukan 1 tidak dapat dikenal pasti. Itu yang mereka tidak nokhtahkan secara tuntas… bahawasanya ini memang tempat penyimpanan Raedwald.

RUJUKAN:

Archaelogy. (2014, Jun 20). Sutton Hoo at the British Museum.

Jarus, O. (2021, Februari 9). Who was buried at Sutton Hoo? Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply