Krummlauf ialah contoh sempurna ketaksuban Jerman terhadap senjata rahsia yang tak praktikal untuk mengubah arus Perang Dunia Kedua.

 

Krummlauf ialah peranti laras melengkung yang diikat pada hujung senapang MP-44 untuk membolehkan askar menembak tanpa menbiarkan diri terdedah.

 

Ia mungkin idea yang menarik, tapi ia tidak akan mengubah keputusan Pertempuran Berlin.

 

Sebenarnya, pembangunan Krummlauf bermula pada tahun 1943. Ujian awal dilakukan dengan memasang laras 20mm melengkung pada senapang 8mm.

 

Ideanya ialah untuk menggunakan bahagian melengkung 20mm untuk mengalihkan arah peluru.

 

Jikalau laras melengkung yang digunakan sama diameternya dengan peluru akan menyebabkan terlalu banyak tekanan dan geseran untuk berfungsi, tetapi tanggapan tu telah disangkal dalam ujian kemudian. Ternyata laras diameter standard sebenarnya berfungsi dengan lebih baik.

 

Krummlauf dibuat dalam dua versi berbeza. Satunya bengkok 30° ke laras, dan bertujuan untuk kegunaan infantri. Satu lagi bengkok 90° bertujuan untuk dipasang pada kenderaan berperisai.

 

Model kenderaan tu direka bentuk supaya senapang boleh diletakkan dalam kedudukan menegak, yang akan mengambil ruang minimum.

 

Ia pertama kali digunakan dalam kereta kebal pemusnah Elefant, yang tak mempunyai mesingan. Krummlauf memberi laluan kepada anak kapal untuk menembak tentera musuh yang cuba mendekati kenderaan itu dengan bahan letupan.

 

Model infantri lebih selalu dilihat dan wujud hingga hari ini. Ia dilengkapi cermin besar untuk membolehkan askar menggunakannya untuk melihat ke mana senapang itu diacukan.

 

Ujian ketenteraan AS di Aberdeen Proving Ground selepas perang menunjukkan bahawa peluru biasanya akan pecah dua apabila ditembak melalui Krummlauf.

 

Sebenarnya Krummlauf langsung tak berguna untuk apa-apa kecuali pada jarak yang sangat dekat.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Jerman sangat terkenal dengan teknologi baru dan pelik-pelik yang mereka perkenalkan ketika Perang Dunia Kedua. Kenali banyak lagi senjata yang mereka gunakan dalam pertempuran bersama buku PERANG DUNIA KEDUA. Dapatkan segera! https://bit.ly/perangduniakedua


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply