1. 16
Puasa merupakan drama Melayu arahan sutradara Mamat Khalid. Ia mengisahkan
tentang sekumpulan orang-orang kampung yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Mereka akhirnya ditangkap oleh penguatkuasa agama apabila didapati makan di
tepi sungai. Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini antaranya ialah Sabri
Yunus, Aziz M. Osman, Bell Ngasri, Arwah Rab Khalid, Syarwani dan ramai lagi.
2.
Mamat Khalid dalam satu temubual dalam Astro Awani menyatakan sebab mereka
tidak berpuasa bukan kerana mereka tidak mampu berpuasa. Tetapi kerana jiwa
mereka memberontak dan ego kerana dibuang kerja. Ini boleh dilihat pada dialog
Yeh, “aku kan dah kena buang kerja..” Bila isterinya mengadu beras
sudah habis.
3. Mungkin sebab itulah lagu-lagu sosialis seperti Loituma Polka, Hiski Solama, dan Lannen Jukka dari Finland telah menjadi latar dalam drama ini. Sosialisme memang terkenal sebagai satu ideologi yang mempertahankan hak-hak kelas pekerja. Ini mungkin sesuatu yang belum pernah ada dalam mana-mana drama Melayu sebelum ini.
4.
Dalam satu adegan Abe Li lakonan Sabri Yunus membeli roti kering untuk ponteng
puasa. Tapi akhirnya dia tidak jadi makan kerana malu untuk berbuka puasa
dengan roti kering sahaja. Satu lagi adegan apabila Abe Li membawa nasi dan
telur sahaja untuk dimakan. Tetapi kawan-kawan yang lain pada mulanya menolak
kerana berasa tidak padan berbuka puasa hanya dengan nasi dan telur. Walaupun
dalam kesempitan hidup, tapi masih ‘memilih’ makanan.
5. Dengan dihimpit kesusahan hidup, Abe Li mempunyai seorang Ayah yang pemalas. Dia buat rumahnya seperti kedai makan. “Hollick Ais!” , “Teh Ais!”. Bahkan pada waktu pagi di bulan puasa pun dia tidak malu menempah minuman kepada isteri Abe Li. Perangai semacam ini kita boleh lihat di mana-mana sebenarnya.
6. Walaupun mereka tidak berpuasa dan tahu makan pada bulan puasa itu haram. Tapi mereka berasa takut apabila memegang anjing. Wani dalam satu dialog, “Kalau dah pegang nanti jenuh nak samak.” Secara umumnya, inilah pemikiran orang kita. Sangat sensitif dengan anjing padahal makan pada bulan ramadan itu pun haram juga.
7.
Khuda merupakan satu watak yang tidak kesah makan di kedai buatan orang Cina.
Dia membeli Mee Kari di kedai Ah Hok lalu dibungkus untuk makan di dalam hutan.
Watak ini agak terpencil dalam masyarakat Melayu yang sangat jarang makan
buatan kedai Cina. Tetapi pada suatu hari Khuda membeli Mee Kari untuk kesemua
kawan-kawannya. Lalu mereka tersentak apabila Mee Kari itu dibeli dari kedai Ah
Hok. Padahal sebelum tahu, mereka makan dengan amat berselera.
8.
Watak Ngasri satu watak yang sinonim dengan para suami dalam masyarakat kita.
Dia sangat takutkan isteri. Tetapi makan secara haram tidak takut pula.
Sehingga bila ditangkap dengan penguatkuasa agama pun. yang lain dia tidak
takutkan, Yang ditakutkan ialah kalau isterinya tahu yang dia tidak berpuasa.
9. Ngas
juga seorang yang sangat sensitif. Tidak boleh salah soalan atau bergurau. Dia
akan terasa dan merajuk. Orang yang cepat sensitif ini memang ada pada
sebahagian orang. Kata orang, ‘tak boleh dibawa bergurau’. Sebab itulah
perangainya kebudak-budakkan. Dilihat dari trademark nya, “Yak yak yeay!.
10.
Suatu yang sangat dekat dengan masyarakat kita ialah walaupun tidak berpuasa.
Tetapi pada setiap malam mereka tetap hadir untuk solat terawih di masjid atau
surau. Rancangan untuk tidak berpuasa pada esok hari juga dirancang semasa di
surau.
11. Walaupun solat itu dituntut untuk khusyuk. Tapi masyarakat kita masih tidak reti untuk menukar telefon ke dalam mode senyap. Salah satu adegan yang melucukan di surau apabila telefon makmum berbunyi ketika solat berjamaah. Walaupun selepas salam Pak imam cuba menegur makmum. Tetapi telefon dia juga akhirnya berbunyi dengan lagu ‘uptown girl’. Alasan Pak Imam cucunya telah menukar ringtone itu. Ya, ramai dalam kalangan orang yang berusia masih tak pandai menukar ringtone!
12.
Dalam drama ini juga mengkritik sebahagian penguatkuasa agama yang terburu-buru
ingin menangkap orang yang tidak berpuasa. Satu adegan mereka ingin menangkap
orang yang sedang menjual air untuk orang berbuka puasa. Tetapi mereka ingin
merampas barangan yang ada di gerai tersebut. Tetapi telah dihalau dengan
parang. Pergaduhan seumpama ini begitu banyak terjadi antara pekedai dengan
mana-mana penguatkuasa dalam negara kita.
13.
Antara adegan yang menarik ialah ketika Yeh berleter kepada isterinya yang
berleter. Sedangkan dia juga sedang berleter. Dia berleter panjang apabila
beras di rumahnya sudah habis. Gelagat Yeh berleter dalam loghat utara ini amat
melucukan.
14. Banyak
lagi sebenarnya yang boleh kita bincangkan mengenai Drama 16 Puasa ini. Ia
wajar ditonton oleh masyarakat Islam. Ia sangat dekat dengan realiti masyarakat
dalam konteks orang Melayu. Drama ini telah menyampaikan sesuatu yang harus
difikirkan walaupun disampaikan dalam bentuk jenaka.




No comments yet