Baru-baru ini Malaysia telah dilanda tragedi kekurangan ayam di dalam pasaran sehingga menyebabkan harganya meningkat berkali ganda. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah menetapkan harga syiling untuk memastikan rakyat mampu membeli ayam. Tak rasa pelik ke kerana dalam ekonomi kapitalisme, kerajaan dilarang sama sekali campur tangan dalam pasaran.

Tapi sekarang ini kerajaan dah masuk campur dengan tetapkan harga syiling. Bukan setakat ayam sahaja, petrol dan minyak masak paket pun kerajaan bagi subsidi. Sekali imbas macam ada unsur-unsur sosialisme. Bukan ke Malaysia ini penuh dengan kapitalisme dan macam mana boleh ada sosialisme pula? Aduh bukan setakat budaya saja Malaysia hadapi krisis identiti malah ekonomi turut sama terpalit.

Persoalannya adalah ekonomi Malaysia ini bertunjangkan kapitalisme ataupun sosialisme?

Secara asasnya ekonomi kapitalisme sangat meraikan kebebasan individu untuk memiliki harta sebanyak mana yang mereka mahukan. Bermakna kita semua boleh mengumpul, mengembangkan dan membelanjakan harta tanpa apa-apa halangan. Buktinya hari ini di Malaysia terdapat begitu ramai individu yang berjaya dalam perniagaan. Malah jual produk timbang kilo pun boleh capai sales sebanyak RM1 juta kerana kerajaan tak kacau.

Dia punya bebas itu sampaikan berlaku dominasi yang sangat teruk seperti Astro terus menjadi syarikat televisyen tunggal berbayar sebelum kewujudan Unifi TV. Dalam sektor elektrik pula, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menjadi pemain tunggal di Semenanjung Malaysia. Kalau tarif elektrik meningkat, kita hanya boleh pasrah dan menangis di bucu katil sahaja.

Seterusnya, ekonomi kapitalisme ini juga membuatkan kita semua bekerja lebih kuat semata-mata mahu mendapatkan banyak wang. Konsepnya adalah apabila anda dapat banyak wang, anda lebih bersemangat untuk kerja. Seperti hari ini, kita buat 3 hingga 4 kerja hanya untuk menampung kehidupan. Perkara inilah yang digunakan oleh kebanyakan sektor untuk perah kita sampai burnout lepas tu jadi gila. Memang kapitalisme betul Malaysia ni.

Masalahnya ekonomi sosialisme juga turut wujud di Malaysia terutamanya melalui pemilikan harta oleh negara. Bermakna setiap keuntungan yang diperolehi oleh syarikat itu akan menjadi milik negara. Sebagai contoh syarikat milik kerajaan iaitu Khazanah Nasional mempunyai pegangan dalam Axiata Group, Farm Fresh dan CIMB. Setiap keuntungan syarikat tersebut akan menjadi milik kerajaan dan boleh digunakan untuk bangunkan infrastruktur.

Di samping itu dalam ekonomi sosialisme, setiap warganegara akan diberikan segala kemudahan seperti makanan, tempat tinggal dan perubatan. Di Malaysia, bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan adalah antara paling murah di dunia. Lagi tak logik dek akal adalah kerajaan pernah membuka klinik dengan bayaran RM1 sahaja. Jadi tak kira miskin kaya, semua boleh dapatkan rawatan dengan harga cukup murah. Tapi sudah ditutup sebab ada yang kata membazir je.

Sebelum itu kalau nak tahu lebih banyak tentang sosialisme, boleh baca buku POLITIK UNTUK PEMULA. Kami yakin anda tidak akan rugi dan sudah sedia untuk main politik. Boleh beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Politik-Untuk-Pemula-(Ayman-Rashdan-Wong)-i.238336777.3282451258

Paling ketara sekali unsur sosialisme dalam ekonomi Malaysia adalah melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia. Kalau nak tahu, DEB milik Malaysia sebenarnya mengambil ilham daripada The New Economy Policy (NPC) yang pernah diamalkan oleh Soviet Union.

Di bawah NPC, petani Soviet dibenarkan menjual lebihan hasil kepada orang lain tanpa sekatan. Secara tidak langsung golongan peniaga, peruncit dan orang tengah mula muncul lantas membuatkan taraf hidup petani semakin meningkat. Sama seperti DEB, pelaksanaannya adalah bertujuan meningkatkan taraf ekonomi orang miskin dan merapatkan jurang antara kaum.

Rancangan Malaysia pula boleh dikatakan ditiru bulat-bulat daripada Five-Year Plans yang diamalkan oleh Soviet Union. Ini kerana Rancangan Malaysia akan diperbaharui setiap 5 tahun dan sama dengan Five-Year Plans. Ketika itu hanya negara komunis seperti China dan Korea Utara yang miliki Five-Year Plans. Biarpun Soviet Union telah runtuh, sehingga ke hari ini Malaysia masih mengamalkan Rancangan Malaysia. Kita ni punyalah benci dekat sosialisme tapi macam banyak pula unsur sosialisme dalam ekonomi Malaysia.

Betul ke bohong?

Jadi sekarang ini sistem ekonomi apa yang sedang Malaysia amalkan? Sekejap nampak macam kapitalisme dan sekejap nampak macam sosialisme. Jawapannya adalah Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran. Sistem ini mencampuradukkan kapitalisme dan sosialisme dalam mangkuk yang sama. Contoh paling mudah adalah campur tangan kerajaan adalah penetapan harga syiling minyak paket dalam pasaran bebas.

Apa-apapun Malaysia ini memang sangat pelik sebab dari budaya sampai ke ekonomi kita jadi sangat keliru. Paling ironi sekali adalah parti paling kanan dalam negara tetapi agak kiri dalam ekonomi. Manakala parti yang dikatakan kiri sangat kanan dalam ekonomi.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:Britannica. (n.d). Five-year plans. Dipetik daripada https://www.britannica.com/topic/Five-Year-Plans

Dr. Nihayatul Masykuroh. (2020). Perbandingan Sistem Ekonomi. Media Karya Publishing: Banten. Di petik daripada http://repository.uinbanten.ac.id/5629/2/Naskah%20Perbandingan%20Sistem%20Ekonomi.pdf

Llewellyn, J., McConnell, M., & Thompson, S. (2019, Jun 18). The new economic policy (NEP). Alpha History. Dipetik daripada https://alphahistory.com/russianrevolution/new-economic-policy-nep/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply