Konflik antara Rusia-Ukraine yang sedang berlangsung sejak 2-3 hari lepas amat meresahkan penduduk seluruh negara di dunia setelah menyaksikan angka korban meningkat setiap hari di kalangan rakyat awam. Berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine melalui ketenteraan membawa konflik ini kearah yang lebih serius.

Konflik semakin menegang setelah Presiden Rusia Vladimir Putih mengarahkan pasukan nuklear mereka dalam keadaan mod khas dan bersedia. Di mana kenyataan rasmi tersebut dikeluarkan oleh Kremlin. Jadi apakah fungsi Kremlin dan apa tu Kremlin sebenarnya?

Kompleks Kremlin Dari Sudut Jauh

Kremlin bermaksud ‘kubu dalam kota’ atau ‘kota berkubu’ dalam Bahasa Rusia. Ia adalah salah satu kompleks berkubu paling ikonik di tengah-tengah Moscow.

Asalnya Kremlin sebagai kompleks berkubu yang bermula pada abad ke-14, namun hari ini Kremlin berfungsi sebagai pusat kediaman Presiden Rusia dan sering digunakan sebagai metonim untuk merujuk kerajaan Persekutuan Rusia.

Walau bagaimanapun Kremlin bukan sahaja jantung politik Rusia tetapi juga berfungsi sebagai pusat keagamaan dan banyak gereja dan katedral dibina di dalam kota tersebut. Selain itu, Kremlin berfungsi sebagai tempat kediaman bagi Patriarch Moscow, iaitu seorang ketua rohani gereja ortodoks Rusia.

Kremlin Kota Berkubu

Kompleks Kremlin terletak di tengah-tengah Moscow. Menghadap ke Sungai Moskva di Selatan, di Timur terletaknya Katedral Saint Basil dan Dataran Merah atau Red Square, Manakala di barat terletaknya Alexander Garden, taman awam pertama di Moscow.

Selama berabad-abad pelbagai struktur telah dibina (dan dimusnahkan) di Kremlin, termasuk istana, gereja, dan pelbagai monumen.

Kremlin Red Square

Sebagai sebuah kota berkubu, sememangnya wajar dan masuk akal bahawa Kremlin dikelilingi oleh tembok besar dan menara pertahanan.

Walaupun Kremlin bermula pada abad ke-14, sejarahnya menjangkau lebih jauh sebelum itu. Rujukan terawal diketahui tentang bandar itu terdapat dalam catatan terawal Sejarah Rusia.

Lukisan Tokhtamysh Mongol Di Pintu Gerbang Moscow

Pada 4 April 1147, Putera Suzdal, Yury Vladimirovich Dolgoruky direkodkan dalam catatan telah mengadakan satu majlis bagi meraikan Putera dari Novgorod-Seversky(bandar di Ukraine moden), salah seorang rakan sekutu mereka di Moscow.

Kemudian pada tahun 1156, Dolgoruky dicatatkan telah membina struktur bangunan berkubu pertama di bandar itu di Bukit Borovitsky. Berkeluasan cuma sebidang tanah di antara Sungai Moskva dan salah satu anak sungai Neglinnaya.

Struktur kubu yang diperbuat daripada tanah dan berdinding kayu telah menghasilkan binaan pertama di atas bukit Borovitsky, selain sebuah blok rumah turut dibina. Ini antara keadaan asal Kremlin semasa zaman tinggi pertengahan.

Dulu Dolgoruky tidak dipanggil sebagai kremlin. Sebaliknya dikenali sebagai ‘Grad’ yang bermaksud penempatan berkubu.

Semasa empayar Mongol melanggar Ru’s di bawah pimpinan Batu Khan yang berlangsung dari 1236 hingga 1240, Moscow hangus dibantai Mongol. Namun tahun 1293 sekali lagi Moscow dibelasah oleh Mongol. Sehingga lah tiga tahun kemudian tembok Grad diperkuatkan dengan pagar kayu oak dan tembok tanah yang baharu.

Contoh terawal nama Kremlin mula dipanggil sedemikian adalah pada 1326 semasa Saint Peter menjadikan Kremlin/Grad sebagai metropolitan pertama dan sebagai tempat tinggal di Moscow. Abad yang sama juga merekodkan binaan daripada batu mula diperkenalkan.

Kremlin Sebagai Pusat Gereja

Sebelum wilayah Peter dan Kiev menjadi pusat Gereja Ortodoks Rusia. Saint Peter telah mengambil alih jawatan sebagai ketua keagamaan dan rohani telah memindahkan kediamannya dari Kiev(bandar Ukraine Moden) ke Vladimir(bandar Rusia moden), seterusnya berpindah ke Rusia atas permintaan Ivan Kalita, Putera Besar Moscow.

Peter meramalkan Moscow akan muncul sebagai ‘center of Russia’, dan akan membebaskan negara daripada penjarahan Mongol.

Ketibaan Peter di Moscow mengubah bandar itu menjadi pusat rohani. Bagi mencerminkan status yang diberikan sebagai pusat rohani, Ivan Kalita membina sebuah geraja iaitu Katedral Archangel.

Cathedral of the Assumption

Bermula di sinilah semua raja Moscow dari Ivan Kalita hingga Ivan V disemadikan. mengikut nasihat Peter, Katedral Assumption dibina. Katedral menjadi gereja utama Moscow dan tempat di mana semua Maharaja Tsar ditabalkan

Istana Grand Kremlin, misalnya pernah menjadi Istana Musim Sejuk, struktur Baroque yang dibina pada tahun 1750 mengikut reka bentuk Francesco Bartolomeo Rastrelli, seorang arkitek Itali.

Istana dan Gereja Saint John The Precursor yang berdekatan telah dirobohkan untuk pembinaan Istana Grand Kremlin.

Apabila Perancis terpaksa berundur dari Moscow, Napoleon mengarahkan seluruh Kremlin diletupkan. Walaupun beberapa bangunan musnah dan rosak, Namun Kremlin terselamat daripada kemusnahan sepenuhnya kerana disebabkan masalah-masalah teknikal seperti bom rosak akibat hujan.

Kremlin Senate

Selepas Revolusi Rusia pada tahun 1917, Monarki Tsar dimansuhkan sepenuhnya. Empayar Rusia pun berakhir dan digantikan dengan Soviet Rusia.

Pada tahun 1918, kerajaan Soviet memindahkan ibu kota St. Petersburg kembali ke Moscow, sekali gus memberikan bandar Kremlin nafas baru.

Pemimpin pertama Soviet Vladimir Lenin memilih Dewan Senat Kremlin sebagai kediaman dan kini biliknya dipelihara sebagai muzium. Penggantinya Stalin juga mempunyai bilik peribadi di Kremlin. Pada masa ini simbol Rejim Tsarist telah dikeluarkan dari Kremlin dan digantikan dengan Soviet.

Simbol Helang empayar Tsar di atas menara bangunan digantikan dengan bintang Soviet. Kremlin menjadi sinonim sebagai kerajaan Kesatuan Soviet sehingga kejatuhannya pada tahun 1991.

Soviet menambah beberapa bangunan dalam kompleks Kremlin seperti Sekolah Komander Merah (Presidium Kremlin) dan Istana Kongres.

Kremlin telah mengatasi kedua-dua Empayar Rusia dan Kesatuan Soviet, kerana ia terus berkhidmat sebagai pusat pemerintahan negara Rusia. Selain menjadi pusat pentadbiran Rusia, Kremlin dijadikan sebagai pusat pelancongan.

Bilik senjata Kremlin pernah menjadi senjata diraja. Hari ini menempatkan banyak koleksi artifak dari Rusia dan luar negara termasuk Mahkota Imperial Rusia, takhta gading Ivan the Terrible dan senjata perisai dari Parsi. Kremlin diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1990.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply