Di satu tempat terpencil di Tasmania, Australia, terdapat sebuah struktur aneh yang direka untuk merekod apa yang berlaku kepada pengakhiran dunia ini. Rekod ini diharap dapat menjadi tatapan untuk generasi seterusnya yang terselamat daripada peristiwa kiamat itu.

Projek yang dipanggil Kotak Hitam Bumi itu merupakan sebuah struktur besi gergasi di mana ia akan diisi dengan pemacu-pemacu keras (hard drives) dengan tenaga dibekalkan menerusi tenaga suria. Setiap pemacu keras akan mencatat dan merekod data dan analisis saintifik masa nyata. Pencipta projek ini melihatnya sebagai arkib sejarah lampau buat generasi seterusnya.

Projek Kotak Hitam Bumi merupakan kolaborasi membabitkan tiga pihak iaitu Clemenger BBDO, agensi kreatif The Glue Society dan para penyelidik dari Universiti Tasmania. Projek ini dijangka siap pada akhir tahun 2022 tetapi sebahagian kotak hitam sudah mula aktif. Pengaktifan itu dibuat menerusi ujian beta bagi merekod data alam sekitar secara langsung.

Kotak Hitam Bumi sama sekali berbeza dengan Peti Besi Kiamat (Doomsday Vault) – nama glamor untuk Peti Besi Biji Benih Global Svalbard di Norway. Tetapi ia sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain.

Peti Besi Kiamat berperanan sebagai tempat perlindungan biji benih tumbuhan-tumbuhan terpilih sekiranya berlaku situasi kiamat. Manakala Kotak Hitam Bumi pula berperanan sebagai arkib yang merekod sejarah trajektori dunia ke arah jalan kehancuran yang disebabkan oleh perubahan iklim.

Salah satu tujuan pembinaan Kotak Hitam Bumi ialah sebagai cara menolak manusiawi untuk tidak terus terjerumus ke dalam senario yang membinasakan dunia. Dari situ, ia akan membawa kepada pelbagai langkah bersifat progresif dan lestari kepada alam sekitar.

Sejak cerita ini timbul pada awal Disember 2021, ramai orang melihatnya sebagai satu pengiklanan mengejut dan sekadar satu berita sensasi yang sia-sia. Tetapi itu tidak menafikan hakikat perubahan iklim merupakan satu isu global yang patut ditangani segera. Tanpa sebarang tindakan konkrit termasuk tidak lagi bergantung kepada sumber tenaga bahan fosil, manusia secara tidak langsung menjadi arkitek kemusnahan diri mereka sendiri.

RUJUKAN

Dockrill, P. (2021, 6 Disember). This Mysterious, Indestructible ‘Black Box’ Will Tell The Future What Happened to Us. Science Alert.

Sumber gambar: Earth’s Black Box


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply