Hukum asal bagi setiap sesuatu adalah harus, selagi tiada dalil yang mengharamkannya. Tahukah korang, kopi pernah diharamkan suatu masa dahulu?
Alkisahnya, mazhab Maliki pernah memilih pandangan kopi itu haram. Alasannya? Sebab mengkhayalkan. Ironic jugak pasal mazhab Maliki yang paling terbuka bab makan minum ni. Umat islam kat afrika ramai Maliki, senang diorang boleh sebat singa dan buaya.
Kaki hipster kat Kaherah, Mesir pun risau. Kat mana lagi diorang nak healing kalau café kopi tutup kan. Jadi, diorang pun mengadukan masalah ini kepada ulama besar, Syeikh Zakaria al-Ansari. “Tuan guru, apa hukum meminum kopi yang sebenarnya?”
Sebelum menjatuhkan hukum, syeikh kumpulkan dulu kaki kopi.
“Apa manfaat minom kopi yang korang dapat?” tanya syeikh.
“Kami jadi segar bila minum kopi..”
Untuk memastikan apa yang mereka katakan ini benar, Syeikh Zakaria al-Ansari menguji mereka. Biji-biji kopi direbus dan dibanculah air kopi yang cukup untuk orang ramai. Minuman hitam yang hangat menyelerakan itu disajikan kepada mereka semua. Syeikh pun sambung melayan diorang berbual-bual. Sambil ngopi, sambil tambah ilmu.
Setelah beberapa masa, terbukti kaki kopi tak mabuk atau khayal.
Justeru, Syeikh Zakaria al-Ansari memuktamadkan pandangan dengan berfatwa yang kopi itu halal. Tuduhan ia mengkhayalkan tidaklah benar sama sekali. Hari ini, kopi menjadi minuman popular di Mesir pada pagi hari. “Aizz ahwah sukkar zaadahh!”
Syeikh Wajih al-Din ‘Abd al-Rahman bin al-Syeikh ‘Umar al-‘Amudi (967 H) pernah mengarang beberapa rangkap syair tentang kopi :
“Inilah rahsia kopi kita, fahami ia dengan nyata # Membantu para salik di malam hari untuk berjaga. Melapangkan hati, mencergaskan anggota # Menghapus bimbang, sedih dan celaru di dada. Minumlah kopi sekadar mampumu, kutebus engkau denganya, # Bangunlah di malam hari, nescaya engkau sihat, semampunya. Ikhlaskan niatmu saat meneguknya # Gunakan ia untuk menggali kebaikan tersembunyi di mata. Berniatlah minum kopi mengikut jejak orang dahulu # Ia itu orang-orang soleh, jangan engkau ikut orang yang rugi nasibnya. Mintalah Tuhanmu melimpahkan rahmat-Nya # Ke atas Nabimu sebaik cipta dan manusia”
…
Hukum hakam kopi dikaji ulama daripada dalil alQuran dan sunnah Nabi. Kenali Nabi Muhammad yang tercinta dalam Muhammad: Dakwah dan Diplomasi. Dapatkan di https://bit.ly/MuhammadSAWDD
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih